Oleh TUAN HAJI SUBKY ABDUL LATIF
Alaf baru: Membangun dengan maksiat
DUNIA sudah pun berada dalam alaf baru masihi. Yang dikatakan alaf baru itu seolah-olah menyediakan alam baru untuk semua.
Maka kedatangan alaf baru itu, kerana ia dihitung mengikut kalendar Kristian, lalu manusia seluruhnya yang bergembira dengan kedatangannya telah menyambutnya dengan yang disedia dan diatur oleh penganut Kristian dan acaranya pula tidaklah semestinya selari dengan ajaran Kristian.
Malaysia dibenarkan oleh kerajaannya, Barisan Nasional pimpinan bersama Dr Mahathir dan Abdullah Badawi, menyambutnya secara maksiat besar-besaran.
Pesta arak memenuhi acara sambutan hiburan di banyak lokasi di kota-kota besar Malaysia, sama dengan kota-kota besar dunia lainnya. Persiapannya dibuat lama, diiklan besar-besaran dan diberi lesen oleh kerajaan.
Rakyat antimaksiat membantah kepada kerajaan, tetapi kerajaan yang lemah itu tidak terdaya untuk membatalkannya kerana kononnya lesen sudah diberi dan penganjur sudah berbelanja besar.
Kerajaan yang lemah ini bertindak garang menghalang penjual Harakah secara terbuka yang dosanya pada kerajaan tidaklah besar, tetapi lumpuh dan lesu untuk berhadapan dengan penganjur maksiat yang terlaknat yang sudah tentu dosa kepada Allah adalah besar.
Bukan sekadar menteri menggelengkan kepala terhadap desakan umat Islam supaya pesta maksiat bersyaitan itu diharamkan, bahkan pemimpin besar Barisan Nasional yang juga Perdana Menteri menghadirkan diri di beberapa lokasi di Lembah Kelang.
Pagi hari terakhir alaf lama Dr Mahathir bertemu ulama dari seluruh negara, entah apa yang dibincang, atau entah meminta restu mereka untuk menyertai para artis dalam kegiatan maksiat sebelah malamnya. Adakah setuju ulama-ulama itu akan pemergian Perdana Menteri ke pesta itu?
Pesta manyambut ketibaan alaf baru itu direstu dan disokong oleh kerajaan Barisan Nasional yang memenangi pilihan raya umum yang ke sepuluh pada 29 November lalu.
Ertinya ia mencerminkan dasar dan sasaran kerajaan yang mendapat sokongan dua pertiga rakyat itu. Corak dan bentuk alaf itu disambung, tentunya mencerminkan bentuk budaya dan kehidupan negara untuk sealaf akan datang - untuk seribu tahun nanti.
Jika hiburan maksiat yang diadakan tidak untuk sempena apa-apa, memberi kesan keburukan yang lama kepada masyarakat, maka tentulah hiburan maksiat sempena peristiwa besar, membawa padah besar.
Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Mahathir membenarkan pesta maksiat terkutuk itu, maka ia seolah-olah menyediakan alam dan kehidupan pesta bermaksiat bagi masyarakat Malaysia untuk seribu tahun akan datang.
Rakyat sudah sedia runtuh akhlak. Tidak dibantah lagi oleh sesiapa. Diwujudkan kementerian kebudayaan. Menteri pertamanya Sabbaruddin Chik tidak memberi corak kebudayaan yang membanggakan. Keruntuhan akhlak menjadi-jadi. Lalu ia disambung oleh Dato' Kadir Syikh Fadzir. Sudah tentulah atas setuju dan nasihatnya maka kerajaan mengambil langkah membenarkan pesta arak, maksiat alaf baru itu.
Ikim yang ditubuhkan beberapa tahun dulu tidak berkata apa-apa tentang pesta maksiat itu. Atau adakah ia disetujui oleh Ikim. Atau Islam yang Ikim kembangkan tidak mengira ia maksiat?
Dalam Islam orang-orang yang menghidangkan arak, seperti pelayan, nescaya Allah laknat.
Laknat adalah sebesar-besar hukum, kutukan dan kebencian Allah. Makhluk yang Allah laknat pertama di alam jagat ini ialah iblis. Ia kekal dalam neraka. Ia adalah sebesar-besar musuh manusia yang nyata. Selepas kena laknat maka dia bersumpah untuk menyesatkan manusia.
Kemudian manusia yang Allah laknat ialah Yahudi. Yahudi bukan sekadar benci kepada manusia yang bukan Yahudi, para malaikat pun mereka marah dan benci. Iblis benci kepada manusia termasuk Yahudi, Yahudi pula benci kepada manusia yang bukan Yahudi.
Iblis cuba sesatkan manusia hingga saat manusia menghadap sakratul maut. Yahudi pula sanggup tipu dan aniaya manusia bukan Yahudi dalam apa bentuk juga.
Setengah dari angkara laknat Yahudi itu tidak datang terus dari Yahudi seperti yang dilakukannya terhadap Nabi Isa dan terhadap umat Palestin sekarang, tetapi mereka seksa sekalian rakyat Amerika yang pro mereka dan Kristian itu.
Mana-mana calon Presiden Amerika yang tidak perkenan kepada cara hidup Yahudi, nescaya macam-macam mereka buat bagi membuang mereka jauh dari Rumah Putih.
Dalam keadaan demikian kerajaan Malaysia hendak berbaik-baik dengan Israel dan mahu mendakwah mereka. Hasrat besar Dr Mahathir hendak mendakwah warga Israel menjadi perhatian Israel tetapi dengan keupayaan Ikim, maka bukan Israel yang akan didakwah, tetapi Ikim dan Islam di Malaysia akan didakwah.
Yahudi sedia menyesatkan manusia lain melalui berbagai-bagai. Tidak mustahil sambutan alaf baru di mana-mana di dunia ini adalah sebahagian dari usaha Yahudi yang diperdaya iblis untuk merosakkan sekalian manusia.
Maka di mana kedudukan pemaju dan penghidang arak yang juga dilaknat Allah?
Jika yang menghidang arak Allah laknat, apakah yang mengilang, menjual dan memberi lesen arak tidak dilaknati Allah?
Jika iblis dan Yahudi menjadi musuh rasmi manusia, maka tidakkah yang dilaknati kerana arak tidak menjadi musuh manusia?
Atas lojik dan kias itu, tidakkah kerajaan yang melesen arak dan tidak menghalang pesta arak, tidak dikira musuh manusia yang kebetulan adalah rakyat?
Allah melarang arak jadi minuman manusia kerana lebih banyak mendatangkan keburukan kepada manusia. Arak adalah raja kepada segala maksiat. Semua maksiat jadi kecil apabila ada arak.
Alaf baru adalah alaf Kristian. Kristian terasa ia sudah berjaya, tetapi tidak mustahil apa yang penganut Kristian fikir itu dan sangka sebagai rancangannya adalah didalang oleh Yahudi sendiri.
Yahudi kadang-kadang tidak minum arak, tetapi mereka majukan arak untuk diminum oleh orang lain. Sama dengan peniaga dadah. Mereka dan anak-anak mereka tidak menjadi pengamal dadah. Yang menjadi mangsa dadah ada anak orang lain.
Yahudi menguasai media massa dan hiburan dunia. Tidak mustahil pesta maksiat besar-besaran di negara kita yang menghidangkan berbagai jenama arak dan telah dibuktikan mereka terkinja-kinja dengan tin arak di tangan masing adalah serangan Yahudi ke atas rakyat negara ini.
Tidak perlu panglima dan rahib Yahudi datang ke Malaysia. Melalui budaya Barat yang diperdaya mereka datang memohon lesen. Kerajaan yang tidak ditegakkan atas asas dakwah itu tidak terdaya menolaknya.
Apakah yang saya paparkan ini satu lagi bahan fitnah?
Jangan mudah sangat memakai lebel fitnah untuk membenarkan fitnah. Dan jangan mudah menjadikan kalimah fitnah demi menghalang umat Islam untuk menentang pesta maksiat. Pesta alaf baru itu adalah satu fitnah besar untuk umat Islam rantau ini.
Alaf baru disambut demikian rupa di Malaysia, menjadikan Malaysia sama seperti kota-kota maksiat lain di dunia. Tetapi tidakkah mungkin alaf baru itu satu strategi untuk menggagalkan abad baru hijrah yang dikira bermulanya pusingan Islam.
Abad baru hijrah hanya sekadar program yang disertai oleh umat Islam tetapi alaf baru diprogramkan untuk manusia jagat
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
