*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tak perlu lah pandang rendah pada orang yang berkelulusan LCE. Tak semua 
orang yan berkelulusan LCE tu macam sepupu saudara..ada yang lebih bagus 
dari tu.


>From: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Gebang-Gebang
>Date: Thu, 10 Feb 2000 20:52:15 -0500
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamualaikum,
>
>Raya Cina baru-baru ini, kami sekeluarga balik kampung; bukannya apa, saja 
>la
>nak tumpang bagi sesak jalan raya yang dah sedia sesak itu. Cakap pasal 
>jalan
>sesak ini, ada sekali masa tengah memandu kereta itu, saya terperasan yang
>jalanraya menghala ke pekan kecil kampung asal saya itu makin hari makin 
>sesak
>dengan kenderaan. Rasa-rasanya, dulu tak  sesak macam itu; dulu-dulu kalau
>kami naik basikal, boleh lagi dok buat willy kat tengah jalan; la ni bukan
>kata nak buat willy, silap-silap kalau tak pegang handle betul-betul, boleh
>tergolek, terbabas ke tepi jalan nak elak bas-bas atau van-van kilang.
>
>MASALAHNYA - JUMLAH KERETA, LORI, BAS DAN VAN SERTA MOTOSIKAL MAKIN HARI 
>MAKIN
>BANYAK, TAPI JALAN DOK BESAQ TU JUGAK!!
>
>[Maka itu, memang patut lah, tiap kali depa buat operasi statistik, tak
>kiralah musim raya Melayu ka, raya Hindu ka raya Cina ka, apa-apa ka, 
>jumlah
>yang maut di jalan raya tak pernah berkurangan; makin bertambah ada!!]
>
>KITA BAYAQ ROAD TAX,  DOK HARAP DEPA NAK GUNA PERBESARKAN JALAN-JALAN KAT
>KAMPUNG TU; TAPI DEPA TARAK NAK PEDULI AIH, ORANG NAK MAMPUS, MAMPUS LAH,
>PERBESARKAN JALAN KAMPUNG BUKANNYA BOLEH KUTIP TOL!!
>
>TAIK KUCING PUNYA SAMMY VELLU!
>
>Dah terlajak balik kampung, saya pun pusing kereta pi cari satu kedai makan
>yang saya rasa antara yang best dia punya ais kacang. Saya tak tau pulak 
>best
>tang mana, tapi sebab dia punya ais kacang dari jauh nampak berwarna warni,
>ada kaler merah ada kaler hijau, boleh membuatkan orang yang berpuasa 
>tertelan
>air liur; maka saya pun teringinlah ke sana nak menjamu selera.
>
>Cari punya cari, La, tu dia, tutup pulak dah. Selalunya kedai itu buka
>tiap-tiap hari, tak kan hari ini tutup pulak kot. Lalu, saya terperasan,
>banyak kedai-kedai di Pekan Kecil tadi juga ditutup; nak kata cuti 
>berkabung
>sebab Sultan Mati atau Mahathir Mangkat, tak dak pulak radio bukak cerita.
>Pikir punya pikir, hmm, patutlah depa tutup - cuti tahun baru cina.
>
>KALAU TUTUP, CUTI TANDA HORMAT RAYA CINA TAK APALAH JUGAK - INI, TUTUP 
>SEBAB
>KEDAI CINA YANG SUPPLY AIS BATU KAT PEKAN KECIL TU TUTUP!!
>
>[Ish, ish, tak sangka no, dah  lebih 43 tahun negara merdeka, nak buat ais
>kacang pun, orang kita di kampung masih lagi dok bergantung kat bangsa 
>lain!!]
>
>Saya dok ingatkan cerita ekonomi orang Melayu bergantung kepada bangsa 
>asing
>ini hanyalah wujud dalam memoirs "Tun Mahathir" dalam buku The Malay 
>Dilemanya
>saja; rupa-rupanya kisah yang dicatatkan oleh beliau seawal tahun 1969 itu
>masih lagi laku hingga ke hari ini. Untuk yang tidak tahu, dalam buku the
>Malay Dilemanya itu, Dr Mahathir ada menulis mengenai betapa susahnya
>pengusaha-pengusaha kedai minyak Melayu ketika itu untuk maju - kerana
>kebanyakan lori-lori dan kenderaan pengangkutan ketika itu dimiliki oleh 
>kaum
>bukan Melayu yang lebih 'gemar' mengisi minyak di kedai-kedai minyak milik
>bangsa mereka sendiri. Kerana itulah ketika itu, ekonomi negara banyak
>bergantung kepada orang2 bukan Melayu khususnya kaum Cina.
>
>Dr Mahathir ini, dulu-dulu memang saya tabik, saya cukup kagum dengan dia ;
>apa taknya, dia berani lawan semua orang. Tunku dia lawan, Raja-Raja Melayu
>dia lawan, Hakim dia lawan, Soros dia lawan, kira berani sungguh lah dia 
>ini;
>tapi sejak-sejak dia tunjuk lagak nak lawan Nabi (isu janggut) dan dia
>terlajak cakap macam nak lawan Tuhan (isu Hudud), terus saya  tawar hati 
>nak
>bertuankan dia. Ish, kalaulah Dr Mahathir tiba-tiba diberi hidayah macam 
>Ogy
>Ahmad Daud, kan bagus!!
>
>BUKANNYA APA; SESEKALI TU TERINGIN JUGA RASANYA NAK TENGOK CHE DET MENANGIS
>MENDAYU-DAYU DI KACA TV, MACAM OGY AHMAD DAUD, KESAL DAN INSAF DENGAN
>KESILAPAN DAN KEJAHILAN YANG LALU!!
>Semasa pulang bercuti raya Cina di kampung, saya berkesempatan hadir dalam
>satu majlis kenduri tahlil untuk keluarga terdekat. Saya tengok, ramai kaum
>kerabat saya yang hadir. Meriah jugak, sebab selepas musim pilihanraya 
>dulu,
>inilah pertama kali kami dapat berkumpul dan bersembang dalam suasana yang
>lebih selesa. Ya lah, masa hari raya dulu, jumpa juga, tapi jumpa gitu-gitu
>aje, sebab masa tu baru saja lepas pilihanraya, nak bersembang rancak pun
>macam rasa ada dinding pemisah antara kami yang berlainan ideologi ini.
>Sekarang, suasana tegang dulu dah kembali tenang, bolehlah bersembang macam
>biasa.
>
>Di celah-celah rasa kekok akibat panahan musim p/raya ke-10 yang saya rasa
>paling sengit itu; kami cuba bersembang atas isu-isu biasa yang dirasakan
>common kepada semua orang. Saya tak berapa ingat isu-isu biasa yang 
>dibualkan,
>tak silap saya kami bercerita pasal bab kereta; kereta mana paling laju,
>kereta mana paling bagus pick up dia, yang mana kuat makan minyak dan
>sebagainya. Bab ini okaylah, semua orang boleh masuk, PAS, UMNO, ADIL atau
>apa-apa parti sekali pun. Habis sembang bab itu, entah macam mana termasuk 
>bab
>golf atau pun mungkin termasuk bab tanam padi; saya tak pasti macam mana 
>jalan
>ceritanya; tiba-tiba terpesong masuk cerita Banjir di Padang Golf Pedu dan
>kisah Menteri Besar tak nak campur tangan dalam isu nak lepas ka tak mau 
>lepas
>air!
>
>AIK, CONTROL PUNYA CONTROL, MASUK BAB POLITIK JUGAK!
>
>Salah seorang saudara kami, orang ADIL, selamba saja tanya: "Mana penting,
>padang golf ka bendang padi?". Suasana jadi sunyi sepi; saya yang 
>terperasan
>isu itu dah masuk bab politik, cepat-cepat cuba mengubah tajuk; tapi tak
>berapa menjadi, sebab selepas itu saya lihat masing-masing cuba membawa 
>diri,
>mencari klik masing-masing.
>
>PERCUBAAN SAYA UNTUK CONTROL MAJLIS CUMA MAMPU BERTAHAN DEKAT 10 MINIT 
>SAJA!!
>
>Saya tak tahu nak kata apa, cumanya saya terfikir, dalam keadaan 
>kawan-kawan
>dan saudara-saudara kita berbangsa UMNO yang sudah teruk terhimpit ke 
>dinding
>ini (akibat penangan p/raya ke-10); saya rasa ada baiknya kita berhikmah 
>sikit
>apabila berhubungan dengan mereka. Janganlah berkasar sangat.
>
>Kita kena ingat, depa-depa ini bukannya jenis yang panjang akal sangat; 
>saya
>tak taulah keluarga tuan-tuan; tapi sanak saudara saya yang kuat-kuat UMNO 
>ini
>kebanyakannya cuma SPM Gred-3, itu pun kalau nasib baik sempat ambik SPM,
>kalau tidak cuma ada LCE saja. Jadi, apa sangat yang kita nak harap dengan
>manusia-manusia yang bermentaliti LCE ini??
>
>Saya bagi contoh, salah seorang sepupu saya yang kini jadi orang kuat UMNO 
>kat
>kampung saya. Dia ini mengaji pun tak sampai mana, SPM dia kalau tak Gred-5
>mungkin Gred-4. Saya tiap kali tengok muka dia, rasa macam nak tergelak. 
>Bukan
>nak kutuk, dia punya IQ mungkin elok sikit saja daripada IQ Tajol Rosli.
>Sepupu saya ini perangai bodoh sombong dia memang terbawa dari dulu-dulu 
>lagi;
>saya masih ingat masa kami sekolah rendah dulu; masa tu kalau tak silap, 
>kami
>dalam darjah 2. Sekali tu cikgu tanya soalan:
>
>"Apakah nama ibunegara Malaysia?"
>
>Orang semua diam, tak reti jawab; bila cikgu tanya dia, dengan penuh yakin 
>dia
>jawab:
>
>"DATUK HUSSEIN ONN!!"
>
>Tergelak kami satu kelas, sebab walau pun kami tak tau jawapannya, tapi 
>kami
>yakin Datuk Hussein Onn bukanlah ibunegara Malaysia!
>
>Ada sekali tu pulak, cikgu tanya ibunegeri Kedah. Saya tak pasti siapa kena
>tanya, tapi antara ingat dan lupa, saya rasa sepupu saya itu jawab:
>"Bangladesh!!"
>
>Mungkin masa itu masih budak-budak lagi, tak boleh nak salahkan beliau, 
>tapi
>realitinya perangai bodoh sombong beliau beserta IQ LCEnya itu terbawa-bawa
>hingga sekarang. Contohnya, surau kat kampung saya yang "kadang-kadang" 
>hidup
>cuma waktu maghrib, pernah cuba dimeriahkan oleh beberapa orang PAS di 
>kampung
>berkenaan. Malangnya, saya diberitahu, dua tiga kerat orang PAS ini kena
>sergah dengan beliau, "Woi, madrasah ini UMNO yang buat, kalau nak 
>semayang,
>pi lah suruh PAS buat madrasah hangpa sendiri!". Saya tak taulah apa yang 
>ada
>dalam kepala hotak beliau, tapi satu benda yang pasti, kalau tang 
>sembahyang,
>dia sembahyang jugak, tapi cuma sembahyang jumaat saja - .itu pun kalau dia
>tak ada urusan lain di luar mukim!
>
>Ringkasnya, majoriti pemimpin-pemimpin UMNO kat luar sana, terutamanya di
>sebelah-sebelah kampung sana, kalau tak banyak pun, ramai yang hampir satu
>rupa dengan sepupu saya ini. Nak salah depa pun tak berapa kena sebab depa
>punya IQ dah dijadikan Tuhan macam tu. Kita yakin, orang-orang macam Dr
>Mahathir dan Pak Lah tahu benda-benda ini, sebab tu depa berani keluarkan
>'Fatwa' kata "Demi menyelamatkan UMNO, dua jawatan tertinggi parti tak 
>boleh
>ditandingi!".
>
>SAYA TAK TANYA SEPUPU SAYA, TAPI SAYA YAKIN, KALAU SAYA TANYA, DIA
>BERMATI-MATIAN AKAN KATA DIA SETUJU PENUH DENGAN 'FATWA' BERKENAAN!!
>
>Kesian sungguh kat orang-orang kampung apabila aturcara hidup mereka
>ditentukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO macam sepupu saya ini, yang saya 
>rasa
>di peringkat atas mungkin boleh masuk satu kumpulan macam Ibrahim Ali dan 
>suku
>sakatnya. Sebab itu, saya cukup seronok bila dengar berita dua tiga hari 
>lepas
>bahawa kerajaan telah menarik balik larangan kakitangan kerajaan Kumpulan-A
>daripada bergiat dalam politik. Penarikan larangan yang mula dikuatkuasakan
>sejak 1987 itu  bermakna lebih 80,000 guru kategori DG1, 2 dan 3 akan dapat
>menyumbangkan tenaga mereka kepada pembangunan  negara.
>
>OLEH KERANA BUKAN SEMUA DARIPADA 80,000 ORANG ITU AKAN BERSAMA PAS, MAKA 
>KITA
>HARAP YANG MANA YANG MEMILIH UMNO ITU AKAN DAPAT BERBUAT SESUATU SUPAYA
>ORANG-ORANG SEPERTI IBRAHIM ALI DAN SEPUPU SAYA INI TIDAK MENJADI PENENTU
>KEPADA NASIB GENERASI MENDATANG!
>
>[Suka ka tak suka ka, untuk beberapa tahun akan datang, realiti semasa
>mengatakan UMNO akan terus menguasai pemerintahan negara. Alang-alang 
>menyeluk
>pekasam, biarlah yang elok-elok saja dok di hadapan]
>
>Akhir sekali, waktu singgah di suatu tempat, saya ada terbaca satu cerita
>dalam surat khabar kisah Kementerian Belia dan Sukan kena tipu hidup-hidup
>dengan sekumpulan 'Malaysia Boleh' yang diheboh-hebohkan menjadi anak-anak
>Malaysia pertama membuat penerjunan payung terjun di kutub selatan, tapi
>rupa-rupanya selepas mendapat tajaan 'pinjaman' beratus-ratus ribu ringgit
>dari kerajaan berserta bantuan berbagai rupa, depa bukannya terjun di kutub
>selatan, tapi nu dia,  lebih kurang 1,800 kilometer jauhnya daripada 
>sasaran.
>
>KALAU HABAG AWAI-AWAI KATA GAGAL TAK APALAH JUGAK - INI, DAH LA BERIBU BATU
>JAUHNYA DARIPADA SASARAN, KEMUDIAN TAK MALU PULAK PI BUAT CERITA KATA 
>BERJAYA
>TERJUN DI KUTUB SELATAN!!
>
>Nasib baik ada sorang Doktor dalam pasukan itu yang bocorkan rahsia, kalau
>tidak butalah kita satu negara kena tipu hidup-hidup dengan puak-puak 
>Malaysia
>Boleh ini!!
>
>Penipuan hidup-hidup ini membuatkan kita terfikir:
>
>"ISH, BETOI KA DATUK AZHAR MANSUR DAH PUSING DUNIA TU; KA, DEPA BAWAK DIA
>TURUN NAIK TURUN NAIK, GUNA KAPAL LAIN PUSING DUNIA ???"
>
>Manalah tahu, kot-kot lepas Tanjung Pengharapan di Afrika tu, depa lepas 
>dia
>balik turun ke laut, suruh tala ke Langkawi. Ya lah, Malaysia Boleh punya
>pasal, macam-macam boleh jadi. Wallah hu aklam.
>
>
>Wassalam,
>Ahmad Baharudin Kasbi
>
>------------------------------------------------------------
>  Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
>                 http://MailAndNews.com
>
>  Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
>  POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.
>------------------------------------------------------------
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "anti harakah" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke