*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sudahlah anti harakah....engkau pun sama tak pas srp.....adik aku pu tak pas
srp tapi penyokong pas..tak malu ke ?
>From: "anti harakah" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* Gebang-Gebang
>Date: Fri, 11 Feb 2000 15:50:47 MYT
>
>Piirahhhhh....cite kelakar konon. Tengok atok, nenek, moyang dulu asalnya
>orang umno ler...hidup UMNO...sokong sama UMNO...
>
>
>>From: "roslina mamat" <[EMAIL PROTECTED]>
>>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>>Subject: Re: H-Net* Gebang-Gebang
>>Date: Fri, 11 Feb 2000 11:50:05 MYT
>>
>>
>>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>>{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
>>{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
>>{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
>>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>
>>Thanks kerana memberi cerita yang menarik dan menceriakan..
>>saya setuju bab 'orang UMNO' ni IQ rendah...saya tengok kat kampung saya
>>pun
>>lebih kurang gitula jugak...selain tu, jenis pengikut UMNO ni biasanya
>>orang
>>tamak (tamak baja dan pasir) dan kedekut...(sampai nak tanam tiang telefon
>>kat tepi tanah dia pu tak boleh)...Kedekut dan tamaknya dia orang ni
>>samapai rela anak anak pokok kat kebun dia tu mati kerana terlebih baja
>>daripada memberi atau menjual dengan harga murah kepada jiran dia..yang
>>juga
>>sepupu dia orang PAS...kes ini berlaku kat mak saya la ni ..sepupu
>>dia...mak
>>saya minta baja dengan dia sebab dia dapat baja bepuluh puluh
>>guni...sedangkan mak saya terpaksa beli....so mak saya minta la
>>sikit...ada
>>la dia bagi 2/3 tempurung..... Saya juga pernah bertegang urat dengan
>>orang
>>sepejabat saya ...dia kata antara bangsa dan ugama dia pilih
>>bangsa....maknanya dia tak kira la pemimpin dia murtad ke kristian ke asal
>>orang tu Melayu....katanya ini untuk menguatkan perpaduan
>>melayu....sebenarnya orang yang rendah IQ pun dah tahu minat PAS...yang
>>'pure' IQ rendah saja yang masih lagi totok...lagi pun biarlah dia
>>gitu...dia orang cari makan kat situ....nak kerja kerani tak boleh so
>>kerja lah dengan UMNO...pendapatan lumayan daripada jurutera pun ada....
>>
>>>From: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>
>>>To: [EMAIL PROTECTED]
>>>Subject: H-Net* Gebang-Gebang
>>>Date: Thu, 10 Feb 2000 20:52:15 -0500
>>>
>>>
>>> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>>> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
>>> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
>>> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
>>> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>>> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>>> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>>Assalamualaikum,
>>>
>>>Raya Cina baru-baru ini, kami sekeluarga balik kampung; bukannya apa,
>>>saja
>>>la
>>>nak tumpang bagi sesak jalan raya yang dah sedia sesak itu. Cakap pasal
>>>jalan
>>>sesak ini, ada sekali masa tengah memandu kereta itu, saya terperasan
>>>yang
>>>jalanraya menghala ke pekan kecil kampung asal saya itu makin hari makin
>>>sesak
>>>dengan kenderaan. Rasa-rasanya, dulu tak sesak macam itu; dulu-dulu
>>>kalau
>>>kami naik basikal, boleh lagi dok buat willy kat tengah jalan; la ni
>>>bukan
>>>kata nak buat willy, silap-silap kalau tak pegang handle betul-betul,
>>>boleh
>>>tergolek, terbabas ke tepi jalan nak elak bas-bas atau van-van kilang.
>>>
>>>MASALAHNYA - JUMLAH KERETA, LORI, BAS DAN VAN SERTA MOTOSIKAL MAKIN HARI
>>>MAKIN
>>>BANYAK, TAPI JALAN DOK BESAQ TU JUGAK!!
>>>
>>>[Maka itu, memang patut lah, tiap kali depa buat operasi statistik, tak
>>>kiralah musim raya Melayu ka, raya Hindu ka raya Cina ka, apa-apa ka,
>>>jumlah
>>>yang maut di jalan raya tak pernah berkurangan; makin bertambah ada!!]
>>>
>>>KITA BAYAQ ROAD TAX, DOK HARAP DEPA NAK GUNA PERBESARKAN JALAN-JALAN KAT
>>>KAMPUNG TU; TAPI DEPA TARAK NAK PEDULI AIH, ORANG NAK MAMPUS, MAMPUS LAH,
>>>PERBESARKAN JALAN KAMPUNG BUKANNYA BOLEH KUTIP TOL!!
>>>
>>>TAIK KUCING PUNYA SAMMY VELLU!
>>>
>>>Dah terlajak balik kampung, saya pun pusing kereta pi cari satu kedai
>>>makan
>>>yang saya rasa antara yang best dia punya ais kacang. Saya tak tau pulak
>>>best
>>>tang mana, tapi sebab dia punya ais kacang dari jauh nampak berwarna
>>>warni,
>>>ada kaler merah ada kaler hijau, boleh membuatkan orang yang berpuasa
>>>tertelan
>>>air liur; maka saya pun teringinlah ke sana nak menjamu selera.
>>>
>>>Cari punya cari, La, tu dia, tutup pulak dah. Selalunya kedai itu buka
>>>tiap-tiap hari, tak kan hari ini tutup pulak kot. Lalu, saya terperasan,
>>>banyak kedai-kedai di Pekan Kecil tadi juga ditutup; nak kata cuti
>>>berkabung
>>>sebab Sultan Mati atau Mahathir Mangkat, tak dak pulak radio bukak
>>>cerita.
>>>Pikir punya pikir, hmm, patutlah depa tutup - cuti tahun baru cina.
>>>
>>>KALAU TUTUP, CUTI TANDA HORMAT RAYA CINA TAK APALAH JUGAK - INI, TUTUP
>>>SEBAB
>>>KEDAI CINA YANG SUPPLY AIS BATU KAT PEKAN KECIL TU TUTUP!!
>>>
>>>[Ish, ish, tak sangka no, dah lebih 43 tahun negara merdeka, nak buat
>>>ais
>>>kacang pun, orang kita di kampung masih lagi dok bergantung kat bangsa
>>>lain!!]
>>>
>>>Saya dok ingatkan cerita ekonomi orang Melayu bergantung kepada bangsa
>>>asing
>>>ini hanyalah wujud dalam memoirs "Tun Mahathir" dalam buku The Malay
>>>Dilemanya
>>>saja; rupa-rupanya kisah yang dicatatkan oleh beliau seawal tahun 1969
>>>itu
>>>masih lagi laku hingga ke hari ini. Untuk yang tidak tahu, dalam buku the
>>>Malay Dilemanya itu, Dr Mahathir ada menulis mengenai betapa susahnya
>>>pengusaha-pengusaha kedai minyak Melayu ketika itu untuk maju - kerana
>>>kebanyakan lori-lori dan kenderaan pengangkutan ketika itu dimiliki oleh
>>>kaum
>>>bukan Melayu yang lebih 'gemar' mengisi minyak di kedai-kedai minyak
>>>milik
>>>bangsa mereka sendiri. Kerana itulah ketika itu, ekonomi negara banyak
>>>bergantung kepada orang2 bukan Melayu khususnya kaum Cina.
>>>
>>>Dr Mahathir ini, dulu-dulu memang saya tabik, saya cukup kagum dengan dia
>>>;
>>>apa taknya, dia berani lawan semua orang. Tunku dia lawan, Raja-Raja
>>>Melayu
>>>dia lawan, Hakim dia lawan, Soros dia lawan, kira berani sungguh lah dia
>>>ini;
>>>tapi sejak-sejak dia tunjuk lagak nak lawan Nabi (isu janggut) dan dia
>>>terlajak cakap macam nak lawan Tuhan (isu Hudud), terus saya tawar hati
>>>nak
>>>bertuankan dia. Ish, kalaulah Dr Mahathir tiba-tiba diberi hidayah macam
>>>Ogy
>>>Ahmad Daud, kan bagus!!
>>>
>>>BUKANNYA APA; SESEKALI TU TERINGIN JUGA RASANYA NAK TENGOK CHE DET
>>>MENANGIS
>>>MENDAYU-DAYU DI KACA TV, MACAM OGY AHMAD DAUD, KESAL DAN INSAF DENGAN
>>>KESILAPAN DAN KEJAHILAN YANG LALU!!
>>>Semasa pulang bercuti raya Cina di kampung, saya berkesempatan hadir
>>>dalam
>>>satu majlis kenduri tahlil untuk keluarga terdekat. Saya tengok, ramai
>>>kaum
>>>kerabat saya yang hadir. Meriah jugak, sebab selepas musim pilihanraya
>>>dulu,
>>>inilah pertama kali kami dapat berkumpul dan bersembang dalam suasana
>>>yang
>>>lebih selesa. Ya lah, masa hari raya dulu, jumpa juga, tapi jumpa
>>>gitu-gitu
>>>aje, sebab masa tu baru saja lepas pilihanraya, nak bersembang rancak pun
>>>macam rasa ada dinding pemisah antara kami yang berlainan ideologi ini.
>>>Sekarang, suasana tegang dulu dah kembali tenang, bolehlah bersembang
>>>macam
>>>biasa.
>>>
>>>Di celah-celah rasa kekok akibat panahan musim p/raya ke-10 yang saya
>>>rasa
>>>paling sengit itu; kami cuba bersembang atas isu-isu biasa yang dirasakan
>>>common kepada semua orang. Saya tak berapa ingat isu-isu biasa yang
>>>dibualkan,
>>>tak silap saya kami bercerita pasal bab kereta; kereta mana paling laju,
>>>kereta mana paling bagus pick up dia, yang mana kuat makan minyak dan
>>>sebagainya. Bab ini okaylah, semua orang boleh masuk, PAS, UMNO, ADIL
>>>atau
>>>apa-apa parti sekali pun. Habis sembang bab itu, entah macam mana
>>>termasuk
>>>bab
>>>golf atau pun mungkin termasuk bab tanam padi; saya tak pasti macam mana
>>>jalan
>>>ceritanya; tiba-tiba terpesong masuk cerita Banjir di Padang Golf Pedu
>>>dan
>>>kisah Menteri Besar tak nak campur tangan dalam isu nak lepas ka tak mau
>>>lepas
>>>air!
>>>
>>>AIK, CONTROL PUNYA CONTROL, MASUK BAB POLITIK JUGAK!
>>>
>>>Salah seorang saudara kami, orang ADIL, selamba saja tanya: "Mana
>>>penting,
>>>padang golf ka bendang padi?". Suasana jadi sunyi sepi; saya yang
>>>terperasan
>>>isu itu dah masuk bab politik, cepat-cepat cuba mengubah tajuk; tapi tak
>>>berapa menjadi, sebab selepas itu saya lihat masing-masing cuba membawa
>>>diri,
>>>mencari klik masing-masing.
>>>
>>>PERCUBAAN SAYA UNTUK CONTROL MAJLIS CUMA MAMPU BERTAHAN DEKAT 10 MINIT
>>>SAJA!!
>>>
>>>Saya tak tahu nak kata apa, cumanya saya terfikir, dalam keadaan
>>>kawan-kawan
>>>dan saudara-saudara kita berbangsa UMNO yang sudah teruk terhimpit ke
>>>dinding
>>>ini (akibat penangan p/raya ke-10); saya rasa ada baiknya kita berhikmah
>>>sikit
>>>apabila berhubungan dengan mereka. Janganlah berkasar sangat.
>>>
>>>Kita kena ingat, depa-depa ini bukannya jenis yang panjang akal sangat;
>>>saya
>>>tak taulah keluarga tuan-tuan; tapi sanak saudara saya yang kuat-kuat
>>>UMNO
>>>ini
>>>kebanyakannya cuma SPM Gred-3, itu pun kalau nasib baik sempat ambik SPM,
>>>kalau tidak cuma ada LCE saja. Jadi, apa sangat yang kita nak harap
>>>dengan
>>>manusia-manusia yang bermentaliti LCE ini??
>>>
>>>Saya bagi contoh, salah seorang sepupu saya yang kini jadi orang kuat
>>>UMNO
>>>kat
>>>kampung saya. Dia ini mengaji pun tak sampai mana, SPM dia kalau tak
>>>Gred-5
>>>mungkin Gred-4. Saya tiap kali tengok muka dia, rasa macam nak tergelak.
>>>Bukan
>>>nak kutuk, dia punya IQ mungkin elok sikit saja daripada IQ Tajol Rosli.
>>>Sepupu saya ini perangai bodoh sombong dia memang terbawa dari dulu-dulu
>>>lagi;
>>>saya masih ingat masa kami sekolah rendah dulu; masa tu kalau tak silap,
>>>kami
>>>dalam darjah 2. Sekali tu cikgu tanya soalan:
>>>
>>>"Apakah nama ibunegara Malaysia?"
>>>
>>>Orang semua diam, tak reti jawab; bila cikgu tanya dia, dengan penuh
>>>yakin
>>>dia
>>>jawab:
>>>
>>>"DATUK HUSSEIN ONN!!"
>>>
>>>Tergelak kami satu kelas, sebab walau pun kami tak tau jawapannya, tapi
>>>kami
>>>yakin Datuk Hussein Onn bukanlah ibunegara Malaysia!
>>>
>>>Ada sekali tu pulak, cikgu tanya ibunegeri Kedah. Saya tak pasti siapa
>>>kena
>>>tanya, tapi antara ingat dan lupa, saya rasa sepupu saya itu jawab:
>>>"Bangladesh!!"
>>>
>>>Mungkin masa itu masih budak-budak lagi, tak boleh nak salahkan beliau,
>>>tapi
>>>realitinya perangai bodoh sombong beliau beserta IQ LCEnya itu
>>>terbawa-bawa
>>>hingga sekarang. Contohnya, surau kat kampung saya yang "kadang-kadang"
>>>hidup
>>>cuma waktu maghrib, pernah cuba dimeriahkan oleh beberapa orang PAS di
>>>kampung
>>>berkenaan. Malangnya, saya diberitahu, dua tiga kerat orang PAS ini kena
>>>sergah dengan beliau, "Woi, madrasah ini UMNO yang buat, kalau nak
>>>semayang,
>>>pi lah suruh PAS buat madrasah hangpa sendiri!". Saya tak taulah apa yang
>>>ada
>>>dalam kepala hotak beliau, tapi satu benda yang pasti, kalau tang
>>>sembahyang,
>>>dia sembahyang jugak, tapi cuma sembahyang jumaat saja - .itu pun kalau
>>>dia
>>>tak ada urusan lain di luar mukim!
>>>
>>>Ringkasnya, majoriti pemimpin-pemimpin UMNO kat luar sana, terutamanya di
>>>sebelah-sebelah kampung sana, kalau tak banyak pun, ramai yang hampir
>>>satu
>>>rupa dengan sepupu saya ini. Nak salah depa pun tak berapa kena sebab
>>>depa
>>>punya IQ dah dijadikan Tuhan macam tu. Kita yakin, orang-orang macam Dr
>>>Mahathir dan Pak Lah tahu benda-benda ini, sebab tu depa berani keluarkan
>>>'Fatwa' kata "Demi menyelamatkan UMNO, dua jawatan tertinggi parti tak
>>>boleh
>>>ditandingi!".
>>>
>>>SAYA TAK TANYA SEPUPU SAYA, TAPI SAYA YAKIN, KALAU SAYA TANYA, DIA
>>>BERMATI-MATIAN AKAN KATA DIA SETUJU PENUH DENGAN 'FATWA' BERKENAAN!!
>>>
>>>Kesian sungguh kat orang-orang kampung apabila aturcara hidup mereka
>>>ditentukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO macam sepupu saya ini, yang saya
>>>rasa
>>>di peringkat atas mungkin boleh masuk satu kumpulan macam Ibrahim Ali dan
>>>suku
>>>sakatnya. Sebab itu, saya cukup seronok bila dengar berita dua tiga hari
>>>lepas
>>>bahawa kerajaan telah menarik balik larangan kakitangan kerajaan
>>>Kumpulan-A
>>>daripada bergiat dalam politik. Penarikan larangan yang mula
>>>dikuatkuasakan
>>>sejak 1987 itu bermakna lebih 80,000 guru kategori DG1, 2 dan 3 akan
>>>dapat
>>>menyumbangkan tenaga mereka kepada pembangunan negara.
>>>
>>>OLEH KERANA BUKAN SEMUA DARIPADA 80,000 ORANG ITU AKAN BERSAMA PAS, MAKA
>>>KITA
>>>HARAP YANG MANA YANG MEMILIH UMNO ITU AKAN DAPAT BERBUAT SESUATU SUPAYA
>>>ORANG-ORANG SEPERTI IBRAHIM ALI DAN SEPUPU SAYA INI TIDAK MENJADI PENENTU
>>>KEPADA NASIB GENERASI MENDATANG!
>>>
>>>[Suka ka tak suka ka, untuk beberapa tahun akan datang, realiti semasa
>>>mengatakan UMNO akan terus menguasai pemerintahan negara. Alang-alang
>>>menyeluk
>>>pekasam, biarlah yang elok-elok saja dok di hadapan]
>>>
>>>Akhir sekali, waktu singgah di suatu tempat, saya ada terbaca satu cerita
>>>dalam surat khabar kisah Kementerian Belia dan Sukan kena tipu
>>>hidup-hidup
>>>dengan sekumpulan 'Malaysia Boleh' yang diheboh-hebohkan menjadi
>>>anak-anak
>>>Malaysia pertama membuat penerjunan payung terjun di kutub selatan, tapi
>>>rupa-rupanya selepas mendapat tajaan 'pinjaman' beratus-ratus ribu
>>>ringgit
>>>dari kerajaan berserta bantuan berbagai rupa, depa bukannya terjun di
>>>kutub
>>>selatan, tapi nu dia, lebih kurang 1,800 kilometer jauhnya daripada
>>>sasaran.
>>>
>>>KALAU HABAG AWAI-AWAI KATA GAGAL TAK APALAH JUGAK - INI, DAH LA BERIBU
>>>BATU
>>>JAUHNYA DARIPADA SASARAN, KEMUDIAN TAK MALU PULAK PI BUAT CERITA KATA
>>>BERJAYA
>>>TERJUN DI KUTUB SELATAN!!
>>>
>>>Nasib baik ada sorang Doktor dalam pasukan itu yang bocorkan rahsia,
>>>kalau
>>>tidak butalah kita satu negara kena tipu hidup-hidup dengan puak-puak
>>>Malaysia
>>>Boleh ini!!
>>>
>>>Penipuan hidup-hidup ini membuatkan kita terfikir:
>>>
>>>"ISH, BETOI KA DATUK AZHAR MANSUR DAH PUSING DUNIA TU; KA, DEPA BAWAK DIA
>>>TURUN NAIK TURUN NAIK, GUNA KAPAL LAIN PUSING DUNIA ???"
>>>
>>>Manalah tahu, kot-kot lepas Tanjung Pengharapan di Afrika tu, depa lepas
>>>dia
>>>balik turun ke laut, suruh tala ke Langkawi. Ya lah, Malaysia Boleh punya
>>>pasal, macam-macam boleh jadi. Wallah hu aklam.
>>>
>>>
>>>Wassalam,
>>>Ahmad Baharudin Kasbi
>>>
>>>------------------------------------------------------------
>>> Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
>>> http://MailAndNews.com
>>>
>>> Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
>>> POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.
>>>------------------------------------------------------------
>>>
>>>
>>> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>>> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
>>> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
>>> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
>>> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
>>> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>>
>>>Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>
>>
>>______________________________________________________
>>Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
>>
>>
>>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>>( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
>>( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
>>( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
>>( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
>>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>
>>Pengirim: "roslina mamat" <[EMAIL PROTECTED]>
>
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "roslina mamat" <[EMAIL PROTECTED]>