*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Yes, T. Sri Muda sek 25. Tapi masa saya duduk disitu, umno yang di tubuhkan
merupakan cawangan umno yang ke3 di kawasan Sri Muda. Masa itu, ada
hambaAllah yang aktif ketika itu secara terang mengatakan dia aktif umno pun
dgn harapan mudah-mudahan boleh dapat business ke, tanah ke, rumah ke, dsb.
Biasa lah tu...
Teringat saya satu peristiwa dimana ada saya bertemu seorang hambaAllah ni,
seorang businessman. Ketika itu dia sedang berusaha untuk mendapatkan lot
kedai (projek PKNS) kalau tak silap di seksyen 19 atau 20 (Shah Alam). Kalau
tak silap ada lah juga berpuluh-puluh lot akan dibuka dan PKNS buat tender
untuk jualan lot tersebut.
Menurut hambaAllah tersebut berusaha lah dia turun naik tangga pejabat pkns
untuk mendapatkan lot kedai tersebut. Apabila tender dibuka dan menurut
khabarnya, hanya 3 unit sahaja yang dibuka untuk tender, yang mana yang
lainnya semuanya dah di 'book' untuk orang-orang Umno esp. orang Mat Taib.
Bengang jugak lah hamba Allah sebab yang memohon tu sampai beratus-ratus
orang. Yang 3 unit itu pun di buka tender kepada orangramai pasal nak
mencukupkan syarat sahaja. Kalau tak semua depa sapu...
Khabarnya lagi ada puak umno ni siap dapat sampai 3 - 4 lot seorang. Lepas
tu bukannya depa buka kedai buat business ke, tapi dok menyewakan kpd orang
lain (tambah lagi lokasi memang baik, so sewanya tu faham-faham je lah).
Jadi ni kira ambik untung atas angin, tak payah nak usaha penat-penat spt
orang lain...
HambaAllah ni memang berhajat sungguh nak buka business, tapi nak dapatkan
premis pada lokasi yang baik, boleh dikira mimpi disiang hari terutamanya
bagi mereka yang tiada kontak atau kenalan yang berpengaruh...
-----Original Message-----
From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Sunday, 06 February, 2000 5:56 AM
To: Haslim, Hassan; 'Ahmad Baharudin Kasbi'; [EMAIL PROTECTED]
Subject: RE: H-Net* Gebang-Gebang
Assalamualaikum ,
Kalau Saudara Haslim maksudkan Tmn Sri Muda Sek. 25 saya setuju.Saya dulu
pun tinggal di situ.Malah terlibat menubuhkan JKKM,JKRT dan UMNO. Kenapa
UMNO ? Kerana Ahli Majlis MPSA hampir kesemuanya orang politik ,mewakili
MCA,MIC,UMNO dll.Kalau tak ada political connection ,buat penat aja panjat
pejabat MPSA atau
pun yang lain tu.
Satu contoh ,penduduk memerlukan surau.Bila memohon di pejabat Agama Shah
Alam, depa kata minta di Subang Jaya, Subang Jaya tolak ke Kelang ,Kelang
tolak balik ke Shah Alam.Apa ikhtiar? Tanya kawan macam mana depa dapat
surau, pulak tu di tapak padang permainan. Kami yang memang pemaju sediakan
tapak, tak di layan. Kata kawan tu ,hang pi mintak UMNO sokong ,gerenti
dapat.Kami tak dak UMNO ,jadi kami tubuhkan UMNO.Dewan dan Tadika Perpaduan
pun dapat.Macam-macam lagi lah.Tapi itu dulu.Sekarang semuanya dah hancur
!Saya pun dah lama tinggalkan Sri Muda dan UMNO.Almost five years.
>Satu lagi peristiwa yang berlaku dikawasan flat di Sri Muda yang mana
pernah
>saya diami tak berapa lama dulu. Dulu masa umno nak ditubuhkan, maka
>terdapatlah golongan penduduk yang aktif dan bergiat menubuhkan ajk untuk
>kebajikan penduduk flat. Time tu semuanya umno. Time tu semuanya kamcing...
>Tapi bila umno dah berpecah, adalah salah sorang dari member group umno
>sudahpun bertukar kem. Maka member-member yang masih umno pun telah memulau
>hambaAllah ni serta keluarganya yang telah keluaq dari umno. Padahal dulu
>hambaAllah ni lah dulu yang rajin tolong kalau ada member-member lain
kereta
>rosak ke, nak kena pergi hospital ke dsb.
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Haslim, Hassan" <[EMAIL PROTECTED]>