*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamu'alaikum Wrt Wbt!

Saya memetik ceramah drp Us. Tajuddin Mat Jali di Alor Setar tidak berapa 
lama dahulu.
Katanya, ini adalah salah satu perancangan jahat Barat. Sepatutnya, musim 
haji itu adalah masa untuk orang Islam berkumpul dan bertukar-tukar fikiran 
tentang apa yg berlaku di seluruh dunia (mafhum ayat Al-Qur'an).
TTp, apa yg terjadi hari ini ialah diletakkan kuota kpd setiap negara umat 
Islam utk menghantar jemaah hajinya.
Dan apb telah selesai menunaikan haji, jemaah dgn tergesa-gesa 'dihalau' 
balik ke kampung asal mrk.
Hujah bahawa terdapat terlalu ramai jemaah haji juga tidak relevan.Jika 
Masjidil Haram tidak cukup tempat, Arab Saudi sbg negara kaya sepatutnya 
memperbesarkannya lagi.
Inilah sedihnya, apb tempat suci kita dikawal oleh 'Khadam Haramain'.

WaLlahua'lam.

>From: "Je Fire" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* 172 bakal haji Malaysia ditangkap
>Date: Thu, 10 Feb 2000 23:29:53 PST
>
>
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>172 bakal haji Malaysia ditangkap
>
>KUALA LUMPUR 10 Feb. - Sebanyak 172 rakyat Malaysia merupakan antara
>beribu-ribu bakal jemaah haji dari seluruh
>dunia yang ditangkap di Mekah Ahad lalu kerana menggunakan visa umrah pada
>bulan puasa untuk mengerjakan ibadat haji.
>
>Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Datuk Syed Hussein al-Habshee berkata,
>tangkapan itu merupakan jumlah terbesar
>membabitkan jemaah negara ini setakat ini.
>
>Katanya, tangkapan itu dilakukan apabila pihak berkuasa Arab Saudi 
>melakukan
>pemeriksaan dan serbuan di rumah-rumah
>yang disyaki sebagai tempat persembunyian jemaah haji yang tiba secara 
>haram
>dari seluruh dunia.
>
>Menurutnya, jemaah itu kini ditempatkan di pusat tahanan sementara di 
>Jeddah
>sebelum dihantar pulang ke tanah air.
>
>''Semalam 49 daripada mereka dihantar pulang oleh Imigresen Arab Saudi,''
>katanya kepada Utusan ketika dihubungi hari ini.
>
>Katanya, semua jemaah terbabit telah pergi ke Arab Saudi menerusi agensi
>swasta atas visa umrah.
>
>Majoriti mereka adalah dari Kelantan dan Terengganu serta berusia melebihi
>60 tahun.
>
>''Baki jemaah yang ditahan sedang diuruskan tiket penerbangan mereka oleh
>pihak berkuasa Arab Saudi untuk dihantar pulang
>segera.
>
>Beliau tidak menolak kemungkinan lebih ramai bakal jemaah ditangkap
>berikutan operasi besar-besaran yang sedang
>dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu sekarang.
>
>''Jemaah terbabit mungkin telah ditipu oleh tekong yang menguruskan mereka
>dan tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya
>dibawa masuk secara haram,'' tambah beliau.
>
>Syed Hussein berkata, rakyat Arab Saudi yang menyediakan penginapan kepada
>bakal jemaah itu turut ditangkap dan akan
>didakwa kerana melindungi pendatang tanpa izin di bawah undang-undang Arab
>Saudi.
>______________________________________________________
>Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
>
>
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Je Fire" <[EMAIL PROTECTED]>

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "ibnu ramli" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke