*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
172 bakal haji Malaysia ditangkap

KUALA LUMPUR 10 Feb. - Sebanyak 172 rakyat Malaysia merupakan antara 
beribu-ribu bakal jemaah haji dari seluruh
dunia yang ditangkap di Mekah Ahad lalu kerana menggunakan visa umrah pada 
bulan puasa untuk mengerjakan ibadat haji.

Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Datuk Syed Hussein al-Habshee berkata, 
tangkapan itu merupakan jumlah terbesar
membabitkan jemaah negara ini setakat ini.

Katanya, tangkapan itu dilakukan apabila pihak berkuasa Arab Saudi melakukan 
pemeriksaan dan serbuan di rumah-rumah
yang disyaki sebagai tempat persembunyian jemaah haji yang tiba secara haram 
dari seluruh dunia.

Menurutnya, jemaah itu kini ditempatkan di pusat tahanan sementara di Jeddah 
sebelum dihantar pulang ke tanah air.

''Semalam 49 daripada mereka dihantar pulang oleh Imigresen Arab Saudi,'' 
katanya kepada Utusan ketika dihubungi hari ini.

Katanya, semua jemaah terbabit telah pergi ke Arab Saudi menerusi agensi 
swasta atas visa umrah.

Majoriti mereka adalah dari Kelantan dan Terengganu serta berusia melebihi 
60 tahun.

''Baki jemaah yang ditahan sedang diuruskan tiket penerbangan mereka oleh 
pihak berkuasa Arab Saudi untuk dihantar pulang
segera.

Beliau tidak menolak kemungkinan lebih ramai bakal jemaah ditangkap 
berikutan operasi besar-besaran yang sedang
dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu sekarang.

''Jemaah terbabit mungkin telah ditipu oleh tekong yang menguruskan mereka 
dan tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya
dibawa masuk secara haram,'' tambah beliau.

Syed Hussein berkata, rakyat Arab Saudi yang menyediakan penginapan kepada 
bakal jemaah itu turut ditangkap dan akan
didakwa kerana melindungi pendatang tanpa izin di bawah undang-undang Arab 
Saudi.
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Je Fire" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke