*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Susah sikit nak salahkan Barat dalam hal ini. Yang menghalau tu bukan Barat, tapi 
kerajaan Arab Saudi sendiri.

Mengerjakan haji adalah satu hak setiap ahli umat Islam. Ia adalah salah satu rukun 
Islam. Sepatutnya kita dibenarkan pergi menunaikan haji tanpa halangan - tak kiralah 
sama ada kita ada quota ke visa ke. Asalkan kita mengucap syahadah, ini sepatutnya 
cukup untuk kita dibenarkan masuk Mekah.

Oman Mia
http://dimashq.hypermart.net/osman



-----Original Message-----
From:    ibnu ramli [EMAIL PROTECTED]
Sent:    Sat, 12 Feb 2000 05:43:31 PST
To:      [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* 172 bakal haji Malaysia ditangkap



Assalamu'alaikum Wrt Wbt!

Saya memetik ceramah drp Us. Tajuddin Mat Jali di Alor Setar tidak berapa lama dahulu.
Katanya, ini adalah salah satu perancangan jahat Barat. Sepatutnya, musim haji itu 
adalah masa untuk orang Islam berkumpul dan bertukar-tukar fikiran tentang apa yg 
berlaku di seluruh dunia (mafhum ayat Al-Qur'an).
TTp, apa yg terjadi hari ini ialah diletakkan kuota kpd setiap negara umat Islam utk 
menghantar jemaah hajinya.
Dan apb telah selesai menunaikan haji, jemaah dgn tergesa-gesa 'dihalau' balik ke 
kampung asal mrk.
Hujah bahawa terdapat terlalu ramai jemaah haji juga tidak relevan.Jika Masjidil Haram 
tidak cukup tempat, Arab Saudi sbg negara kaya sepatutnya memperbesarkannya lagi.
Inilah sedihnya, apb tempat suci kita dikawal oleh 'Khadam Haramain'.

WaLlahua'lam.

>From: "Je Fire" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* 172 bakal haji Malaysia ditangkap
>Date: Thu, 10 Feb 2000 23:29:53 PST
>
>
>172 bakal haji Malaysia ditangkap
>
>KUALA LUMPUR 10 Feb. - Sebanyak 172 rakyat Malaysia merupakan antara
>beribu-ribu bakal jemaah haji dari seluruh
>dunia yang ditangkap di Mekah Ahad lalu kerana menggunakan visa umrah pada
>bulan puasa untuk mengerjakan ibadat haji.
>
>Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Datuk Syed Hussein al-Habshee berkata,
>tangkapan itu merupakan jumlah terbesar
>membabitkan jemaah negara ini setakat ini.
>
>Katanya, tangkapan itu dilakukan apabila pihak berkuasa Arab Saudi >melakukan
>pemeriksaan dan serbuan di rumah-rumah
>yang disyaki sebagai tempat persembunyian jemaah haji yang tiba secara >haram
>dari seluruh dunia.
>
>Menurutnya, jemaah itu kini ditempatkan di pusat tahanan sementara di >Jeddah
>sebelum dihantar pulang ke tanah air.
>
>''Semalam 49 daripada mereka dihantar pulang oleh Imigresen Arab Saudi,''
>katanya kepada Utusan ketika dihubungi hari ini.
>
>Katanya, semua jemaah terbabit telah pergi ke Arab Saudi menerusi agensi
>swasta atas visa umrah.
>
>Majoriti mereka adalah dari Kelantan dan Terengganu serta berusia melebihi
>60 tahun.
>
>''Baki jemaah yang ditahan sedang diuruskan tiket penerbangan mereka oleh
>pihak berkuasa Arab Saudi untuk dihantar pulang
>segera.
>
>Beliau tidak menolak kemungkinan lebih ramai bakal jemaah ditangkap
>berikutan operasi besar-besaran yang sedang
>dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu sekarang.
>
>''Jemaah terbabit mungkin telah ditipu oleh tekong yang menguruskan mereka
>dan tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya
>dibawa masuk secara haram,'' tambah beliau.
>
>Syed Hussein berkata, rakyat Arab Saudi yang menyediakan penginapan kepada
>bakal jemaah itu turut ditangkap dan akan
>didakwa kerana melindungi pendatang tanpa izin di bawah undang-undang Arab
>Saudi.



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Osman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke