Assalamualaikum...

Cuba anjurkan puan Latifah berubat cara kampung pulak, mana tahu menjadi.
Saya pernah melihat beberapa orang yang agak lama tak mendapat zuriat
datang mengurut dengan bidan kampung dan berjaya memperolehi zuriat. Ada
yang dah 10 tahun berkahwin datang mengurut dengan bidan tersebut
akhirnya dikurniakan Allah anak yang comel. Setelah mengurut bidan
tersebut hanya menyuruh kita sembahyang tahajut dan hajat dan membaca
surah yasin serta berdoa dengan bersungguh-sungguh memohon kehadrat
illahi supaya dikurniakan anak. Cubalah hubungi No Talipon ni. Manalah
tahu...lagi pun Puan Latifah masih muda lagi. Peluang untuk berubat dan
mendapatkan zuriat masih terbuka luas. Ikhtiarkan lah.

Mak Wan ni bukan sahaja seorang bidan Kampung tetapi juga bekas bidan
kerajaan yang berkhidmat dengan Hospital Alor Setar hingga Pencen.

04-9172780 - Bercakap dengan Mak Wan
Alamatnya : No 130, Jalan Masjid,
                   Jitra Kedah.

Saya sekadar menyampaikan dan menolong kepada yang berhajat.

Salam
Noriza

Adam wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum
>
> Masalah ni memang kerap berlaku dan terjadi.
> Saranan saya, kahwin sahaja lah En Ali dan Cik Amira
> tu..lagi pulak semua orang kampung dah tau. Pasai Puan
> Latifah tu...kena lah bijaksana En Ali mententeramkan
> bini dia tu. Walau lagumana pun En Ali kenalah berlaku
> adil dan saksama seperti yang dituntut oleh Islam.
> Pastikan bila sampai giliran Puan Latifah, En Ali
> kenalah balik kerumah Puan Latifah, walau kena serang
> dengan mortar dan berperang sampai siang. Kena lah
> banyak bersabar dan berdoa..bacalah mana mana ayat
> pelembut hati yang patut padan. InsyaAllah lama lama
> lembutlah hati Puan Latifah tu... Mula mula memang la
> susah. En Ali kenalah hormat dan sayang pada Pn
> Latifah sama macam bini muda dia tu..walau tension
> macam mana sekali pun.
>
> Nak tanya la sikit...En Ali dan Puan Latifah ni dah
> habis ikhtiar ka berusaha dan berubat. Semua pakar
> pakar macam Dr Hamid Arshat dah pi jumpa ka belum.?
> Pakar pakar di LPPKN dah jumpa ka belum.? Dah cuba
> test tube baby ka, hormone treatment, invitro
> fertilization, surgery dsb ?. Nak tanya jugak sperm
> count dah buat ka ? Jangan jangan dia ( En Ali )yang
> perlu berubat. Pakar pakar perubatan kat Singapore dah
> jumpa ka semua. Itu belum tanya bab bab Pakar pakar
> perubatan tradisional yang tak terkira banyak nya
> lagi...Segala doa doa dalam Al Quraan dah habis ke
> hafal dan praktis. Bukan apa la..Puan Latifah tu muda
> lagi baru 35 tahun !!!!! Kesian jugak kat Pn Latifah
> tu..
>
> Masalah "tidak dapat mengawal perasaan masing masing
> ni" agak kebudak budakkan sikit la. Bukan nak sebut
> apa la..orang jantan ni kalu tak dak self control dan
> self discipline ni sekupang pun tak dak guna la...Kalu
> bab bab keimanan ni, awal awal dah kabur..maka lagu
> mana nak jadi Nakhoda dua kapal ni...? Nanti dua dua
> kapal karam tengah laut, susah nanti, kena cari TLDM
> nak selamatkan pulak ????!!!!!!
>
> Wassalam
>
> Adam
>
> --- mohd adam <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> ~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >
> >
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> > Assalamu'alaikum Warga Hizbi,
> >
> > Di sini saya inginkan pandangan dari netters
> > sekelian bagi menyelesaikan
> > satu masalah yang sedang di hadapi oleh salah
> > seorang dari kawan saya .
> > Beliau telah menge-mailkan kepada saya masalah
> > beliau dan saya ingin
> > memohon kerjasama netters untuk sama-sama kita cuba
> > berikan pandangan yang
> > terbaik bagi menyelesaikan masalah beliau. Saya
> > namakan pengirim tersebut
> > sebagai Cik Amira
> >
> > Masalahnya begini,
> >
> > Cik Amira telah berkenalan dengan seorang lelaki ,
> > saya namakan sebagai En.
> > Ali yang berumur 33 tahun dan telah berumahtangga.
> > Isterinya pula saya
> > namakan sebagai Puan Latifah dan beliau berumur 35
> > tahun iaitu 10 tahun
> > bezanya dengan umur Cik Amira. Masalah sekarang,
> > perkahwinan En. Ali dan
> > Puan Latifah mempunyai
> > masalah kerana mereka tidak mempunyai cahaya mata.
> > Dari apa yang diketahui,
> > Puan Latifah tidak dapat memberikan cahaya mata
> > kerana mempunyai masalah
> > peranakan, manakala En. Ali pula teramat inginkan
> > anak, sudah puas mereka
> > berikhtiar tapi belum dapat hasilnya. Sekarang En.
> > Ali dan Cik Amira telah
> > berkenalan dengan dan  berjanji akan mendirikan
> > rumahtangga, tapi En. ALi
> > tidak sampai hati  untuk memberitahu isterinya.
> > Padahal sekarang isterinya
> > sudah pun tahu akan hubungan En. Ali dan Cik Amira.
> > Apa yang nyata Cik Amira
> >   telah dituduh merosakkan rumahtangga En. Ali dan
> > isterinya. Sememangnya
> > sekarang Cik Amira dan En. Ali amat
> > menyintai antara satu sama lain. Cik Amira
> > sebenarnya kasihan kepada Puan
> > Latifah tetapi beliau juga menyintai En. Ali dan
> > beliau tidak tahu apa yang
> > harus mereka (En. Ali dan Cik Amira) lakukan.
> > Hubungan En. Ali dan Cik Amira
> > juga telah diketahui oleh ketiga-tiga keluarga
> > mereka, tetapi  mereka hanya
> > mendiamkan diri sahaja.
> > Baru-baru ini En. Ali dan Cik Amira telah bercadang
> > untuk kahwin diseberang.
> > Tapi bila difikirkan semula mereka takut nanti
> > bermacam masalah akan timbul.
> > Mereka fikir sebelum sesuatu yang tidak diingini
> > berlaku lebih baik mereka
> > berdua halalkan dahulu apa yang
> > haram. Cik Amira juga tidak mahu membelakangi orang
> > tuanya.
> > Sekarang ni mereka  tidak tahu bagaimana untuk
> > berterus terang kepada Puan
> > Latifah supaya merestui hubungan mereka. Cik Amira
> > juga pernah menghubungi
> > Puan Latifah tetapi belum sempat beliau bercerita
> > (cuma memperkenalkan diri)
> > beliau terus dimaki hamun oleh Puan Latifah dan
> > adiknya. Cik Amira dan En.
> > Ali ingin menyelesaikannya secara baik tapi pihak
> > Puan Latifah tidak mahu
> > mendengar alasan merekai...Apa yang ditakuti mereka
> > berdua adalah takut
> > mereka tidak dapat mengawal perasaan masing-masing.
> > Setakat ini mereka masih
> > lagi mampu untuk bersabar tapi sampai bila?
> >
> > Jadi saya harapkan netters yang bijak pandai dapat
> > memberikan pandangan yang
> > ikhlas bagi menyelesaikan masalah sahabat kita ni...
> >
> > Terima kasih
> >
> ______________________________________________________
> > Get Your Private, Free Email at
> > http://www.hotmail.com
> >
> >
> >
> >
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body
> > : SUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:
> > UNSUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak
> > menggambarkan             )
> >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net
> >                )
> >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]
> >                )
> >
> >
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> > Pengirim: "mohd adam" <[EMAIL PROTECTED]>
> >
>
> =====
> **Berhati hati di jalan raya Pandu Cermat Jiwa Selamat**
> *********************************************************
>           >>>>>>> 'EID UL FITR' MUBARAK <<<<<<<<<
> *********************************************************
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
> http://im.yahoo.com
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: Adam <[EMAIL PROTECTED]>
begin:vcard 
n:Ishak  @ Bahari;Noriza 
x-mozilla-html:FALSE
org:IT Security Administration;Perwira Affin Bank
adr:;;;;;;
version:2.1
email;internet:[EMAIL PROTECTED]
fn:Noriza Ishak
end:vcard

S/MIME Cryptographic Signature

Kirim email ke