*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Semalam beberapa penduduk disatu kampung di Kelantan
ditemubual pasal pendaratan UFO disana. Pakcik tu kata
dia ternampak cahaya dari tengah sawah. Sorang lagi
kata dia nampak makhluk tu berhidung besar. Ustaz pun
ada nampak juga. Ditengah sawah tu terdapat satu 
saluran berbentuk  Y-shape seperti tempat benda berat
mendarat. 

(Teman pun tengok juga makhluk asing tu, mata macam 
mata belalang (hidungnya kecil aje), tapi dalam movie
"the shadow man" di TV, malam sabtu lepas la). 

Apa sebab makhluk tu mendarat di Kelantan; ada beberapa
kemungkinan:

1. Sebab kelantan dekat border siam. Kalau dikejar
TUDM, terus saja cross border.  Walaupun perlis dekat
border juga, bahaya sikit mendarat disana, sebab boleh
digunakan oleh pihak2 tertentu untuk political
menoeuvre terutama dekat2 pemilihan ni. Di kelantan
selamat sikit pasal no-hope Ku Li tak boleh ambil
kesempatan apa2.  Lagipun Kerajaan yang berlandaskan
Islam mengawal hal-ehwal semua makhluk (asing atau
tidak), bukan setakat satu bangsa saja.

2. Kenapa dalam sawah padi? Sebab yang duduk dekat 
sawah padi ni orang kampung aje. Cerita orang kampung 
ni sapa nak percaya sangap. Misalnya, walaupun menjadi
kenyataan orang kampunglah yang paling susah nak
menampung kos pelajaraan anak, tapi sapa peduli.
Katanya ada tabung khas untuk pelajar2 kampung yang
cemerlang. Tapi macam mana nak cemerlang sedangkan
persekitarannya tak cemerlang macam orang bandar. 
Internet takdak. Hari2 makan nasi berlauk ikan darat
dan ulam dari semak belakang rumah - macam mana nak
cerdas otaknya. Cara belajar pun main ikut suka aje
bukan sistematik macam di asrama penuh. Sepatutnya,
anak2 orang kampung diambil secara en-bloc (macam bekas
S46 diterima masuk umno dulu) masuk sekolah asrama yang
semua ditanggung beres. Tidak lah mak-bapak orang
kampung dibebankan untuk membesarkan anak2 yang tak
dapat meneruskan pelajaran kerana tak cukup belanja
sebab tak dapat bantuan akibat kurang cemerlang. 

Ada beberapa sebab lagi kenapa UFO tu mendarat disana.
Tapi cukuplah 2 sebab diatas. 

Sekian.  


-----------------------------------------------------
Get free email from CMP at http://www.cmpnetmail.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke