*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KENYATAAN MEDIA MALAYSIAN CHINESE STUDENTS ASSOCIATION (MACSA) UNITED 
KINGDOM & EIRE

PILIHANRAYA KECIL SANGGANG: PENGUNDI CINA PENENTU MASA DEPAN NEGARA

Malaysian Chinese  Students Association (MACSA) yang mewakili 
penuntut-penuntut Cina Malaysia di  United Kingdom dan Ireland ingin 
mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua pengundi-pengundi Cina 
di Dewan Undangan Negeri Sanggang supaya bertindak bijak  dengan melakukan 
perubahan pada pilihanraya kecil ini dengan memberikan undi kepada calon Pas 
iaitu Dato Hishamuddin Yahaya dari Barisan Alternatif.

        Pendirian dan seruan kami ini adalah bersandarkan kepada 
perkembangan-perkembangan yang berlaku akhir-akhir ini terutamanya pada 
ketika hari penamaan calon tempohari. Perbuatan dan tingkah laku biadap yang 
ditunjukkan  oleh Menteri Besar Pahang iaitu Dato Seri Adnan Yaakob sudah 
cukup untuk kita menolak kepimpinan Barisan Nasional di negeri Pahang ini. 
Aksi dan isyarat lucah itu bukan sahaja menggambarkan betapa rendahnya 
akhlak dan  sikap pemimpin-pemimpin UMNO bahkan mendedahkan lagi betapa 
rosaknya akal fikiran mereka. Memberikan undi kepada Barisan Nasional adalah 
sama seperti kita memberikan mereka kebebasan melakukan kegiatan-kegiatan 
yang tidak bermoral yang telah pun berleluasa di negeri Pahang ini.

        Kami merasa amat bimbang perbuatan tidak senonoh Dato Seri Adnan itu akan 
menjadi ikutan  anak-anak muda dan generasi kita yang akan datang. Kaum Cina 
amat dikenali sebagai suatu kaum yang sangat berakhlak dan tinggi budi 
pekerti. Kita harus bersama-sama mempertahankan  kedudukan ini sebagaimana 
nenek moyang kita menjaga dan memelihara kita semua.

        Kami sekali lagi menyeru dan merayu kepada semua kaum kerabat kami 
pengundi-pengundi Cina di Sanggang agar jangan menghampakan harapan kami. 
Masa depan kami bergantung kepada kebijaksaan anda semua. Berikanlah undi 
anda kepada calon Pas dari Barisan Alternatif demi untuk menyelamatkan masa 
depan generasi  muda kita yang akan datang.


GAN SIEW LIM
Presiden,
Malaysian Chinese Students Association (MACSA),
United Kingdom & Ireland.

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "pak su" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke