*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


                 Hikmah disebalik kekalahan di Sanggang


Wahai pejuang2 Islam sekalian,

Ingatlah bahawa walaupun manusia merancang, Allah pun merancang juga. Tetapi 
rancangan Allah jualah yang tetap benar.

Kekalahan parti yang memperjuangkan Islam di Sanggang tidak sepatutnya kita 
sedihkah kerana hikmah disebaliknya adalah besar. Ketahuilah bahawa 
kekalahan ini merupakan satu peluang yang Allah berikan kepada kita untuk 
menambahkan pahala kerana kita diminta terus berjuang tanpa takut dan ragu 
untuk menegakkan kalimah tauhidNya. Ketahuilah juga bahawa Allah sedang 
menyaring (screen) hamba2nya supaya hanya yang kental semangat mereka dan 
yang beristiqamah sahaja yang akan terpilih untuk menegakkan panji2 
kebesaran Allah di negara ini bila tiba masanya kelak. Ganjaran yang 
tersangat besar sehingga tidak terhitung akan nilainya sedang menunggu 
hamba2Nya yang bersikap begini. Yakinlah bahawa Islam pasti akan menang pada 
suatu hari nanti dan hanya mereka yang beristiqamah sahajalah yang akan 
berjaya memperolehi ganjaran yang telah Allah janjikan ini. Marilah kita 
bersama-sama merebut peluang ini.

Inilah perbezaan besar di antara perjuangan di antara Islam dan Taghut. Bagi 
perjuangan Islam, samada menang atau kalah, pahala dan ganjaran kita disisi 
Allah adalah dinilaikan dengan ganjaran jihad yang amat besar. Tetapi bagi 
perjuangan Taghut pula, samada menang atau kalah, tidak ada nilai bagi usaha 
dan perjuangan mereka disisi Allah kerana mereka berjuang menentang 
ketetapan Allah demi menegakkan Taghut. Balasan bagi mereka yang sedemikian 
adalah tidak lain dan tidak bukan merupakan neraka Jahannam disebabkan oleh 
kesyirikkan kepada Allah kerana memilih Taghut sebagai sembahan mereka. 
Kekafiran mereka terhadap ayat2 Allah dan sikap mereka yang 
memperolok-olokkanNya serta memperlekehkan sunnah Rasulnya dengan gaya lagak 
yang begitu angkuh sekali sekali-kali tidak akan dilupai oleh Allah, 
melainkan jika mereka cepat2 bertaubat dan kembali kepada jalan Allah yang 
lurus itu.

Insaflah bahawa apa yang kita sedang lalui di Malaysia adalah hanya satu 
perjuangan yang kecil dalam skop perjuangan Islam yang begitu besar sekali 
yang sedang berlaku diseluruh dunia. Pengorbanan yang dituntut oleh kita di 
Malaysia tidak sebesar mana berbanding dengan pergorbanan harta dan jiwa 
yang terpaksa dilakukan oleh saudara2 kita di Chechnya, Kosovo, Kashmir, 
Palestin, Ambon, Maluku, Moro, Palestin, Turki dan di merata-rata tempat 
yang lain dalam menegakkan kalimah Allah itu. Sedarlah bahawa perjalanan 
dalam perjuangan memenangkan Islam adalah satu perjuangan yang masih jauh 
lagi dan ia sesungguhnya tidak memberi tempat kepada sesiapa yang tipis iman 
dan lemah pendiriannya. Seruan jihad untuk menundukkan Taghut telah bermula 
sejak Rasulullah diutuskan dahulu dan ia wajib terus diperjuangkan hingga 
hari Kiamat. Marilah kita contohi sikap dan para sahabat Rasulullah yang 
begitu gigih sekali semangat dan keimanan mereka dalam menegakkan kalimah 
tauhid itu. Kerana tanpa menghayati ini, kita sudah pasti akan 
dikecundangkan oleh hasutan syaitan yang sentiasa mahu menyesatkan kita dari 
jalan yang lurus ini.

Oleh itu, janganlah kita bersedih dan tangiskan kekalahan yang telah berlaku 
di Sanggang itu kerana kekalahan tersebut membawa hikmah yang besar dan 
kekalahan itu juga tampak hanya dari sudut zahir sahaja. Kerana disebalik 
kekalalahn zahir itu, jiwa kita telah tetap menang kerana kejayaan kita 
berhijrah dari kebatilan di mana kita telah berada pada suatu ketika dulu, 
kepada cahaya kebenaran. Insaflah bahawa dengan sifat Allah yang Maha 
Pemurah lagi Maha Penyayang itu, kita telah diselamatkan olehNya dari jurang 
neraka dengan hidayah yang telah diberikan kepada kita untuk menyedari 
kejahilan kita dulu. Dengan cahaya inilah, kita telah berjaya melakukan 
hijrah dan pengorbanan untuk meninggalkan alam kejahilan tersebut dan 
berjaya membebaskan diri kita dari belenggu Taghut/Syaitan yang sesat lagi 
menyesatkan itu. Kemerdekaan inilah yang merupakan kemenangan sejati bagi 
setiap individu Muslim yang mengaku beragama Islam. Inilah dia kemenangan 
hakiki.

Maka dengan itu, mari kita bersama-sama terus memperjuangkan kebenaran ini 
kerana masanya telah tiba bagi kita memenuhi tuntutan jihad pula. Tuntutan 
ini tidak boleh terlepas dari kita kerana inilah tanggungjawab kita selepas 
kita berjaya melakukan hijrah. Fahamilah dan pegangilah dengan kemas2 bahawa 
inilah kaedah yang telah diajar oleh Nabi jungjungan kita Muhammad SAW 
kepada semua umat yang mengaku Islam jika kita mahu memenuhi tanggungjawab 
kita yang sebenar, iaitu : KEIMANAN (AQIDAH) yang mantap, kesanggupan untuk 
melakukan HIJRAH, dan kemudiannya disusuli dengan JIHAD menentang 
kemungkaran dan kebatilan agar kalimah "La ilah ha illallah" akan berjaya 
didaulatkan melebihi segala-galanya.

Maka dengan ini, ayuhlah! Marilah kita menyeru kepada kebenaran dengan tidak 
berputus-asa kepada mereka yang masih tertenggelam dalam arus kebatilan dan 
kegelapan samada dengan cara halus atau pun dengan cara yang akan memberi 
bekas kepada jiwa mereka. Matlamat kita tidak lain dan tidak bukan hanyalah 
untuk mencapai keredhaan Allah. Marilah kita persiapkanlah diri untuk 
memenuhi tuntutan ini. Marilah kita tanamkan ke dalam jiwa kita dengan 
cita-cita untuk menjadi "jundullah" atau tentera Allah yang akan berjuang 
hingga titisan darah yang terakhir untuk menegakkan kalimah tauhidNya.

Bangunlah saudara-saudari yang seagama dengan ku. Marilah kita terus 
berjihad dan berjuang dengan hati yang girang dan berlapang dada sehinggalah 
maut dan kematian sahaja yang akan memisahkan kita dari perjuangan suci ini.

Takbir!!!

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "zuk fli" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke