*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
assalamualaikum,
ada orang tanya AKU,jadi AKU tanya lah kat kamu semua yang pandai quran
ni....
Macam nie:
"Dan Kursyi Allah SWT itu meliputi 7 petala langit dan 7 petala bumi".
(Ayaat Kursyi - Al Baqarah : )
Dari ayat ni kursyi allah itu meliputi 7 petala langit dan 7 petala
bumi...tapi mengapa (kata org yang tanya ler)pada perkataan
langit(sama')Allah guna perkataan jama'(banyak) akan tetapi pada perkataan
bumi(ard)Allah guna perkataan mufrad(satu).
tolong ler jawab sat ......maklum ler AKU tak pandai
----------------------------------------------------------------------------
---
Assalamualaikum wbt.
"Dan Kursyi Allah SWT itu meliputi 7 petala langit dan 7 petala bumi".
(Ayaat Kursyi - Al Baqarah : )
Bagaimanakah keadaan meliputi Allah SWT itu tiada diketahui keadaanNya.
Kerana wajib diiktiqadkan hal keadaan ZAT Allah SWT itu bersalahan dan tidak
seumpama dengan sekalian yang baharu/muhadas/makhluk atau kena jadi. Bukan
ZatNya itu jirim (menempati ruang dan tempat), bukan jisim (bersuku-suku dan
boleh dipecah-pecahkan) dan bukan 'arad (berhajat kepada sesuatu
menempatinya seperti ada warna, ada gerak atau diam, ada
jauh dan dekatnya).
Hendaklah diiktiqadkan bahawa segala yang terupa, terwaham dan terlintas di
akal akan segala sifatNya itu adalah jua bersalahan dan tidak seumpama
denganNya. Kerana segala yang terupa dan terwaham itu adalah makhluk jua.
Malahan dalam perbahasan SIfat Wujud dinyatakan bahawa tiada Wujud Allah SWT
itu pada 6 pihak ini :
Tidak di atas, di bawah, di kanan, di kiri, di hadapan, di belakang.
Tidak pada 3 masa ini :
Dahulu sahaja, sekarang sahaja dan akan datang sahaja.
Tidak dikandung oleh tempat ini :
Pada lapis-lapisan langit
lapisan-lapisan bumi
luar langit dan luar bumi.
Jadi "Muhith" Allah Taala itu adalah termasuk kepada "BerIman kepada Alam
Ghaib". Tidak diketahui dan dapat dibacarakan berkenaan denganNya.
Berkenaan dengan keImanan sdr. ibn Muhajir Allah berada atas daripada langit
ke 7, itu terpulanglah kepada kefahaman dan keImanan sdr. ibn Muhajir.
Tetapi jika dirujukkan kepada bertempat maka ia termasuk kepada istilah
'arad iaitu seolah-olah antara Allah dan makhluk itu ada jaraknya - jauh
atau dekat. Kerana atas daripada langit ke 7 itu tersangat
jauh. Saya kira ibn Muhajir pun tak tahu di mana langit ke 7 itu apatah lagi
saya. Sedangkan langit yang pertama ini pun di mana lapisannya saya pun
tidak tahu. Tetapi saya sudah menyatakan bahawa "langit dalam bahawa Quran
itu adalah sesuatu tempat yang tinggi iaitu Alam Tinggi dan ia termasuk
kepada Alam Ghaib (Alam 'Alwi)". Dan jika ditinjau kepada
beberapa Ayat Quran yang lain, pendapat sdr. ibn Muhajir Allah berada di
langit ke 7 itu merujuk kepada langit dunia (alam benda) seolah-olah
bertentangan dengan keterangan bahawa Iman itu wajib kepada Alam Ghaib. Dan
alam ghaib ini Nabi SAW menyebutkan bahawa ,"Alam Ghaib adalah alam yang
tidak pernah dilihat oleh mata kasar, didengar oleh telinga
kasar dan terlintas di hati kasar".
Saya tidak mahu melanjutkan perbahasan ini di sini malahan saya mahu
mengelakkannya dari terus membincangkannya di dalam internet. Kerana
penerangan lanjut hanya akan diperoleh melalui pengajian, pendidikan dan
dengan berguru.
Tetapi berkenaan dengan Allah berada dimana jua anda berada ini sepatutnya
saya tidak patut menuliskannya kepada ibn Muhajir. Saya mengakui saya
tersilap menulis kepada ibn Muhajir. Kerana sdr. ibn Muhajir masih
menyamakan Allah itu sama seperti benda, jirim dan jisim.
Alasan saya sebelum ini mengatakan ia termasuk kepada Alam Ghaib langsung
tidak diendahkan.
Allah berada dimana jua anda berada hanya boleh ditujukan kepada mereka yang
memahami keseluruhan mafhum dan maksud Ayat-Ayat Allah dan berIman dengan
seluruh kandungan Kitab Allah hingga satu ayat kepada ayat lain tidak
bercanggah dan tidak bertentangan.
Sebagaimana Ayat Allah menyatakan,"Aku ada pada diri kamu betapakah kamu
tidak melihatNya?" Atau Ayat Hadis Qudsi yang menyatakan ,"Adalah Aku
menyertai hambaku selama mana ia mengingati Aku".
"Ingatlah, bahawasanya Dialah Tuhan yang meliputi akan segala sesuatu".
Fussilat : 54.
Dan Ayat-Ayat lain :
"Dan Allah bersama kamu dimana sahaja kamu berada" Al Hadid : 4
"Maka kemna sahaja kamu berhadap disitulah Wajah Allah". al Baqarah : 115.
"Dan Allah adalah lebih dekat kepada kamu lebih daripada urat leher kamu".
al Qaf : 16.
"Sesungguhnya Tuhanku bersertaku, Dialah yang akan memberi pimpinan
kepadaku". Asyu Syur'ra : 62.
"Dialah yang awal, yang akhir, yang zahir dan yang batin". al Hadid : 3
Ini menunjukkan bahawa Ayat-ayat itu saling berkait.
Bagi sesaorang yang bermaksiat, bersyirik dan hatinya lalai tidak dapat
mengingati Allah, betapa orang itu dapat merasakan yang Allah itu ada dan
menyertaiNya. Orang yang berbuat maksiat dan syirik itu pada hakikatnya
beriktiqadkan bahawa Allah itu tiada. Jika Allah itu ada, pasti tidak akan
berbuat maksiat dan syirik.
Sdr. ibn Muhajir dengan mudah membawa dan mengheret kefahaman golongan yang
sesat mengatakan Allah berada di tempat kotoran. Ini menunjukkan Allah sudah
bertempat. Mustahil!
Masalah rujukan yang menjadi rujukan sdr. ibn Muhajir itu, rujukan-rujukan
yang ditulis oleh para ulama tersebut semata-mata mahu mendedahkan bahawa
berIman kepada Alam Ghaib sahaja. Jangan tanya dan bincangkan secara umum.
Itu maksud mereka , agar akal manusia yang lemah dan daif ini terselamat.
Jadi yang paling selamat ialah berbalik kepada konsep Iman itu sendiri iaitu
berIman kepada Alam Ghaib.
Setiap orang bebanan dan tanggungjawabnya adalah tidak sama, kerana manusia
itu sendiri adalah saling bersalahan (tidak sama dari ilmu, kefahaman dan
keupayaannya). Allah Taala berFirman makanya:
"Allah Taala tidak membebani sesaorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya". al Baqarah : 286.
Orang yang alim (ulama) tentulah kefahamannya lebih baik dan lebih tinggi
dari orang awam yang lemah ilmu dan pengetahuannya. Demikian juga Iman
sesaorang itu adalah benar selagi ia adalah benar terhadap Tuhannya.
Jika sdr. ibn Muhajir berfaham dan beriktiqad Allah itu berada atas daripada
langit ke 7, itu adalah benar bagi sdr. ibn Muhajir. Saya berfaham,
kebenaran adalah datang dan anugerah daripada Allah Taala. Malahan Allah SWT
berkuasa memberikan kefahaman yang lebih baik dan terlebih baik terpulang
kepada rahmat, anugerah dan pimpinannya kepada sesiapa
yang dikehendakiNya.
Sesiapa yang mendapat lebih itu , itu adalah sesuai dan adil dengan keadilan
Allah. Janji Allah adalah amat pasti. Setiap orang akan diganjari setimpal
dengan iktiar dan usahanya. Allah tidak menganiaya dan menzalimi sesiapa.
Quran yang Allah turunkan adalah sebagai petunjuk dan bukan setakat ilmu
sahaja.
Yang menjadi persoalan ialah ibn Muhajir membahaskannya dari segi ilmu. Jika
dari segi ilmu akan berlaku percanggahan dan perselisihan. Tetapi dari aspek
petunjuk, itu masing-masing. Menurut ketentuan dan habuan yang dijanjikan
Allah. Sebab itulah sebelum ini saya menekankan yang terlebih penting ialah
ilmu dengan amal agar Iman akan dipertambah oleh Allah. Mohonlah akan rahmat
Allah untuk mendapat hidayah dan beramal atas rahmat dan hidayah Allah. Dari
Allah jua yang akan dapat memahamkan Ayat-Ayat Allah sebagai petunjuk yang
mengatasi segala ilmu dan pengetahuan.
Kerana di atas petunjuk itulah lahir dan terbit :
Hikmah iaitu ilmu yang diperolehi dari petunjuk Allah.
Wallah hu 'alam.
Wassalam.
ibn muhajir wrote:
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Salam~
>
> 1) Allah berada dimana jua kamu berada?
>
> a) Ini adalah ungkapan yg tidak benar krn ia mirip dan hampir kpd fahaman
Jahmiah dan Muktazilah yg mengatakan Allah berada di merata-rata tempat.
>
> b) Keterangan 1) tidak ada sumbernya dlm nas.
>
> c) Maha suci Allah dari berada di tempat yg kotor ketika manusia berada di
tempat yg kotor.
>
> d) Yg benarnya ialah Allah berada di tempat yg tinggi bersemayam di atas
Arsy (Thoha 5). Ada lebih kurang 20 nas/keterangan dari Quran dan Sunnah
menyatakan yg Allah bersemayam di atas Arsy yaitu satu tempatyg lebih tinggi
dr langit yg 7.
>
> Boleh di rujuk dari terjemah:
>
> 1. Taujihat Islamiyah Li Ishlahil Fard Wal Mujtama'- oleh Syaikh
Muhammad bin Jamil Zainu
> 2. Tahdzib Syarh Ath-Thawiyah - oleh Syaikh Abd Akhir Hammad
alGhunaimi
> 3. Ijtima' al -juyusy al Islamiyah 'ala ghazwil mu'athilah wal
jahmiyah - Syaikh Ibnu Qayim, tahqiq dan tahkrij hadith Bashir Muhammad
'Uyun
> 4. Aqidatul Mukmin, Minhaj Muslimin - AlJazairy.
> 5. Firqah Najiah - Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu.
> 6. Syarh Aqidah Wasithiyah - Said bin Ali Wahf alQohtany.
> 7. AlAqidah atThahawiyah - Imam Abu Ja'far Ahmad bin Muhammad
atThahawi
>
> e) yg lebih tepat ialah "..dan Allah bersama kamu di mana kamu
berada.".(alHadid 4)
>
> Kalimat "ma'akum" dlm surah alHadid 4 bukan bermakna "berada" tetapi
bermakna "bersama". Tidak satu segi pun yg menunjukkan bahwa kata "bersama"
berarti itu secara lahir apalagi pengertian kandungannya. Kata "bersama"
dlm pemahaman bahasa arab adalah yg mengandung arti kebersamaan yg layak, yg
berbeda dgn perbedaan hubungan dan keberadaannya
>
> Kebersamaan tidak berarti bergaul, berbaur dan berdampingan.
>
> Apabila dikatakan bahwa Allah bersama makhlukNya dlm pengertian umum,
kemestiannya adalah Ilmu dan PengaturanNya terhadap mereka. Apabila yg
dimaksudkan secara khusus, kemestian kebersamaanNya adalah pertolongan,
dokongan dan bantuanNya. (Syaikh Abd Azizi Muhammad asSalman - Tanya Jawab
Masalah Aqidah - Disarikan dari Kitab alAqidah alWasithiyyah)
>
> Allahua'lam. wslm
>
> ------Original Message------
> From: abuhanif <[EMAIL PROTECTED]>
>
> Qa laHHau ta'ala:
>
> Wa hu wa ma 'a kum ai na ma kun tum ...
>
> awal surah al-Hadid.
>
> ibn muhajir wrote:
>
> > Salam~
> >
> > Bila kita bercakap tentang Nama dan Sifat Allah, ianya mesti didasari
dan disandarkan kpd dalil/nas quran & sunnah.
> >
> > Keterangan yg mengatakan "Allah berada dimana jua kamu berada" itu
hendaklah disertakan dengan dalil quran & sunnah yg menguatkan keterangan
itu.
> >
> > Allahua'lam, Wslm
> >
> ______________________________________________
> FREE Personalized Email at Mail.com
> Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>

--
-----------------------------------------------------
Click here for Free Video!!
http://www.gohip.com/freevideo/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Osman, Anuar" <[EMAIL PROTECTED]>