*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Salam~

U wrote: "Nombor satu itu al-Haqq dan nombor-nombor yang lain itu alam semesta 
sekalian. Ini ibarat saja untuk memudahkan faham."

ASWJ tidak mengkiaskan Allah dgn makhlukNya krn mrk tidak boleh menggunakan 
berbagai-bagai kias (analogi/tamsil)..(Said Ali Qohtany- Syarh Aqwidah Wasitiyah)

Mazhab ASWJ beriman kpd apa shj yg disampaikan oleh Allah & RasulNya dgn keimanan yg 
bersih dari tahrif, ta'thil, takyif dan tamsil. ASWJ menetapkan sifat Allah TANPA 
ta'thil, tamsil, tahrif dan takyif. (Said Ali Qohtany- Syarh Aqwidah Wasitiyah)

TAuhid Asma' wa Sifat ialah mengimani segala yg datang dr Quran dan Sunnah yg shahih 
tntg nama2 Allah dan sifat2Nya dan menetapkannya utk Allah sesuai dgn yg 
dikehendakiNya, TANPA tahrif, ta'thil, takyif, dan tamsil. (Aqidah Thahawiyah 
-komentar Ben Baz)

Ta'thil (peniadaan), tamsil (penyerupaan)tahrif (penyimpangan), takyif (penentuan 
substansi) adalah bentuk2 ILHAD (kecondongan utk menyimpang dari makna2 hakiki nash2 
alQuran dan Sunnah). Rujuk "Almadkhulu lidiraasatil 'aqidah islamiyah 'ala madzhab 
ASWJ" oleh Dr Ibrahim Muhammad bin Abdullah Buraikan.

ALlahua'lam. wslm






----- Original Message -----
From: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>

> ASSALAMUALAIKUM.......
> 
> Izinkan saya memberi sedikit pandangan kepada persoalan di bawah sana......
>  
> Perhubungan Yang Satu itu dengan Yang Banyak ialah seperti perhubungan zat 
>  dengan aradh. Pada logikanya berbeza tetapi sebenarnya bersatu, atau
> seperti  yang batin dengan yang zahir, bagi Zat (huwiyyah) Allah yang
> terperihalkan  itu.
> 
> Disebabkan otak kita terbatas dan ketidak-sanggupan otak kita mengetahui 
> "Keseluruhan" sebagai "Keseluruhan", maka kita anggap ia berbilang-bilang 
> dan memberikan ciri-ciri atau sifat-sifat bagi sesuatu itu yang membezakan 
>  satu dengan lain. Hanya orang yang memiliki pandangan mistik dapat
> melampaui  semua berbilang-bilangnya bentuk dan dapat "melihat" hakikat
> yang ada di  sebaliknya melalui keadaan mental yang luar biasa (super
> mental state of  intuition).
> 
> Apa yang "membayangkan" Yang Esa itu adalah ahkam (sifat-sifat) yang kita 
> cirikan benda-benda yang lahir, dan kita bawa ke dalam kategori warna, saiz
>   bentuk, nisbah dan lain-lain. Wujud yang Satu itu tidak boleh dipecah
> pecah  atau dibagi-bagikan.
> 
> Yang Tunggal itu kesatuan (jam'), Yang Banyak itu berbilang-bilang (farq)!
> 
> Ibarat nombor satu dengan nombor-nombor yang lain. Nombor satu itulah dasar
>  atau asal nombor yang lain dan nombor satu itu hadir tersembunyi dalam 
> nombor-nombor yang lain itu. Nombor satu itu al-Haqq dan nombor-nombor yang
>  lain itu alam semesta sekalian. Ini ibarat saja untuk memudahkan faham.
> 
> Wallahu ta'ala a'lam.......
> 
> Kepada orang yang tanya tu, baguslah anda bertanya kerana ingin mengetahui!
>  Dan adalah lebih baik lagi anda belajar (berguru) kalau tidak tahu,
> daripada  sekadar bertanya dan berhujjah sahaja!
> 
> Wassalamu.......
> 
> Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
> 

Free email from http://www.yourmail.cc with choice of domain
and multiple personalities

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ibnu Muhajir" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke