*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ASSALAMUALAIKUM.......


Izinkan saya memberi sedikit pandangan kepada persoalan di bawah sana.......

Perhubungan Yang Satu itu dengan Yang Banyak ialah seperti perhubungan zat 
dengan aradh. Pada logikanya berbeza tetapi sebenarnya bersatu, atau seperti 
yang batin dengan yang zahir, bagi Zat (huwiyyah) Allah yang terperihalkan 
itu.

Disebabkan otak kita terbatas dan ketidak-sanggupan otak kita mengetahui 
"Keseluruhan" sebagai "Keseluruhan", maka kita anggap ia berbilang-bilang 
dan memberikan ciri-ciri atau sifat-sifat bagi sesuatu itu yang membezakan 
satu dengan lain. Hanya orang yang memiliki pandangan mistik dapat melampaui 
semua berbilang-bilangnya bentuk dan dapat "melihat" hakikat yang ada di 
sebaliknya melalui keadaan mental yang luar biasa (super mental state of 
intuition).

Apa yang "membayangkan" Yang Esa itu adalah ahkam (sifat-sifat) yang kita 
cirikan benda-benda yang lahir, dan kita bawa ke dalam kategori warna, saiz, 
bentuk, nisbah dan lain-lain. Wujud yang Satu itu tidak boleh dipecah-pecah 
atau dibagi-bagikan.

Yang Tunggal itu kesatuan (jam'), Yang Banyak itu berbilang-bilang (farq)!

Ibarat nombor satu dengan nombor-nombor yang lain. Nombor satu itulah dasar 
atau asal nombor yang lain dan nombor satu itu hadir tersembunyi dalam 
nombor-nombor yang lain itu. Nombor satu itu al-Haqq dan nombor-nombor yang 
lain itu alam semesta sekalian. Ini ibarat saja untuk memudahkan faham.

Wallahu ta'ala a'lam.......

Kepada orang yang tanya tu, baguslah anda bertanya kerana ingin mengetahui! 
Dan adalah lebih baik lagi anda belajar (berguru) kalau tidak tahu, daripada 
sekadar bertanya dan berhujjah sahaja!

Wassalamu.......

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri


>From: "Osman, Anuar" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: "'Hassan Hj Abdullah'" <[EMAIL PROTECTED]>,        ibn muhajir  
><[EMAIL PROTECTED]>
>CC: abuhanif <[EMAIL PROTECTED]>, tua dah kubur <[EMAIL PROTECTED]>,      
>   [EMAIL PROTECTED]
>Subject: RE: H-Net* Re: Tauhid & Amal(Aku nak tanya sikit)
>Date: Thu, 11 May 2000 11:03:22 -0700

>assalamualaikum,
>ada orang tanya AKU,jadi AKU tanya lah kat kamu semua yang pandai quran
>ni....
>Macam nie:
>"Dan Kursyi Allah SWT itu meliputi 7 petala langit dan 7 petala bumi".
>(Ayaat Kursyi - Al Baqarah : )
>
>Dari ayat ni kursyi allah itu meliputi 7 petala langit dan 7 petala
>bumi...tapi mengapa (kata org yang tanya ler)pada perkataan
>langit(sama')Allah guna perkataan jama'(banyak) akan tetapi pada perkataan
>bumi(ard)Allah guna perkataan mufrad(satu).
>
>tolong ler jawab sat ......maklum ler AKU tak pandai

>Pengirim: "Osman, Anuar" <[EMAIL PROTECTED]>

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke