*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum warahmatullah,
Tulisan di bawah menggambarkan seolah-olah jihad melawan nafsu adalah utama.
Ini bertentangan al-quran dan as-sunnah. Walaupun jihad melawan hawa nafsu
itu wujud, tetapi ia (jihadun nafs) bukanlah jihad yg utama. Jihad yg paling
tinggi jihad qital di medan peperangan. Itulah seafdal jihad.
Wassalam.
-----Original Message-----
From: zakki <[EMAIL PROTECTED]>
To: 'Nur Elisa Ghazali' <[EMAIL PROTECTED]>; [EMAIL PROTECTED]
<[EMAIL PROTECTED]>; [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>;
[EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>; '[EMAIL PROTECTED]'
<[EMAIL PROTECTED]>; '[EMAIL PROTECTED]' <[EMAIL PROTECTED]>;
'[EMAIL PROTECTED]' <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Wednesday, May 17, 2000 12:33 PM
Subject: [islah-net] RE: Jihad
>Assalamu'alaikum;
>Di sini saya kutip dan dapatkan beberapa tulisan yang berkaitan:
>
>JIHAD (NAFSU)
>
>Rujukan 1 - Risalatul Mu'awanah oleh Sayid Abdullah Alwi Haddad (m/s 9).
>Hawa Nafsu adalah musuh yang paling bahaya dan keji sebagaimana Sabda
>Rasulullah s.a.w (di riwayatkan oleh Baihaqi):
>"Musuh yang paling bahaya adalah Hawa Nafsu, yang letaknya di antara kedua
>lambung mu".
>
>Rujukan 2 - Tingkatan-Tingkatan Nafsu & Kemuliaan Martabat Insan oleh Ust.
>Jaafar Salleh (m/s: 15 dan 21)
>Pada dasarnya JIHAD itu terbahagi kepada 4 perkara:
>a) Berperang menegakkan Islam dan melindungi orang Islam
>b) Memerangi Hawa Nafsu
>c) Menderkakan harta unuk kebaikan Islam
>d) Menghancurkan yang batil dan menegakkan yang haq.
>a) Sabda Nabi s.a.w (Drp At Tirmizi)
>"Orang yang berjuang atau berjihad sebenar ialah orang-orang yang berjuang
>melawan hawa nafsu dan menunduk dan mengendalikan nya (nafsu) sehingga taat
>kepada Allah s.w.t".
>b) Firman Allah, Surah Al-Fajr, ayat 27 - 30)
>"Wahai nafsu mutmainnah (nafsu yang tenang), kembalilah kepada Tuhan Mu
>dengan hal keadaan saling redha meredhai. Masukkanlah ke dalam golongan
>hamba KU dan masukkanlah ke dalam syurga KU".
>
>
>Rujukan 3 - Tasauf Modem oleh Prof. Dr. Hamka (m/s: 137 - 146)
>
>Dr. Hamka mengkelaskan Keutamaan Manusia kepada 2 iaitu:
>a) Keutamaan Otak
>b) Keutamaan Budi
>
>Untuk mencapai kedua-dua Keutamaan (Otak dan Budi), maka perlu melalui 3
>rukun:
>a) Dengan Bertaubat
>b) Dengan Pengalaman
>c) Dengan Pendidikan
>Jika salah satunya kurang, maka pincanglah Keutamaan.
>
>Adapun musuh yang sentiasa menghalangi manusia mencapai Keutamaan ialah
>Hawa Nafsu iaitu menyebabkan Marah, Dengki, Haloba, Benci dan Syahwat. Dia
>ada pada tiap manusia. Dia hanya gelora.
>Di dalam perjuangan melawan hawa nafsu, manusia terbahagi kepada 3:
>
>a) Manusia Pertama - Yang kalah dengan hawa Nafsu sehingga di perhamba dan
>menjadikan Hawa Nafsu sebagai tuhan.
>
>b) Manusia Kedua - Yang berperang silih berganti di antara kalah dan
>menang, jatuh dan tegak. Orang inilah yang patut di sebut "Mujadid".
> Kalau ia mati di dalam perjuangan ini, matinya mati "syahid". Setelah
>kembali dari satu peperangan besar, Rasulullah s.a.w bersabda kepada para
>sahabat:
>"Kita ini kembali dari peperangan yang paling kecil menuju peperangan yang
>paling besar".
>Setelah ditanya, Rasulullah menjawab, "peperangan dengan hawa nafsu itulah
>perang yang paling besar".
>Pernah pula di suatu ketika orang bertanya kepada Rasulullah "Apakah perang
>yang paling utama, ya Rasulullah ?". Baginda menjawab" Engkau perangi hawa
>nafsu mu".
>Sabda Rasulullah lagi:
>"Bukanlah orang yang gagah berani itu lantaran dia cepat melompati musuhnya
>di dalam pertempuran, tetapi orang yang berani itu ialah orang yang boleh
>menahan dirinya dari kemarahan"
>
>c) Manusia ketiga - Yang dapat mengalah hawa nafsunya sehingga dia yang
>memerintah hawa nafsu dan bukan hawa nafsu yang memerintahnya, tidak boleh
>nafsu mengutak-katikkannya, dia yang raja, dia yang kuasa, dia merdeka,
>tidak terpengaruh dan tidak di perhambakan oleh nafsu.
>Kalau manusia kurang hati-hati, tergelincir dia, sangkanya dia sanggup
>memerdekakan diri dari pengaruh syaitan, dia percaya akan dirinya sanggup
>berjuang melawan syaitan dan nafsu, pada hal dengan tidak di sedari dia
>terpengaruh oleh syaitan dan nafsu. Bahkan adakala dirinya menjadi
>syaitan tanpa di sedari.
>
>Hawa nafsu membawa sesat dan tidak berpedoman, sedangkan akal menjadi
>pedoman kenuju keutamaan (Otak dan Budi). Hawa nafsu berakibat bahaya,
>tetapi jalannya amat mudah.
>Sabda Rasulullah: "Di ramaikan syurga dengan barang yang berat (sukar)
>mengerjakannya dan di ramaikan neraka dengan syahwat".
>Firman Allah: "Boleh jadi kamu benci sesuatu, padahal dia baik bagimu dan
>boleh jadi kamu cintai sesuatu, padahal dia buruk bagi mu" (Al-Baqarah,
>ayat 216).
>
>Hawa nafsu menyuruh mengelamun dan berangan-angan, manakala akal menyuruh
>menimbang. Bila terjadi peperangan di antara akal dan nafsu, akal
>mempertahankan barang yang pahit tetapi manis akibatnya. Manakala nafsu
>mempertahankan barang yang manis tetapi pahit akibatnya. Akal mencari
>pembelaan dari Nur Allah, manakala nafsu mencari perlindungan dari was-was
>syaitan. Kalau menang bala tentera nafsu, terhapuslah cahaya kebenaran,
>padamlah sulu yang hak, terang matanya menghadapi keuntungan yang sebentar
>dan buta dari keuntungan yang sebenarnya, tertipu oleh kelazatan dan
>tarikan yang cepat datang dan cepat hilang.
>Kalau yang mempunyai akal, cepat mempertahankan petunjuk Allah, nescaya
>jatuh tersungkurlah bala tentera syaitan dan terpasunglah hawa nafsu.
>
>Namun, bukan semua nafsu itu tercela. Yang terpuji ialah perbuatan Allah
>yang di anugerahkan kepada manusia, supaya dia dapat membangkitkan kehendak
>mempertahankan diri dan menangkis bahaya yang akan menimpa, berikhtiar
>mencari makan, minum, kediaman dan sebagainya (yang di redhai), dimana
>nafsu lah yang mendorongnya.
>
>Orang yang berani menghadapi "musuh nyata" mendapat pujian, tetapi manusia
>yang paling berani menghadapi musuhnya yang sebenar iaitu hawa nafsu dan
>syaitan, tidak mendapat pujian apa-apa. Apakah sebabnya? Kerana
>perjuangan nafsu ialah perjuangan batin (diri sendiri).
>
>Harimau dan singa amat berani. Apakah itu benar-benar keberanian ?
> Keberanian itukah yang layak di tiru oleh manusia?
>Jawabnya : Tidak Sebab keberanian harimau dan singa bukan hakikat.
> Harimau dan Singa bukan berani, tetapi garang. Garang sebab percaya bahawa
>pada dirinya ada kekuatan, dengan percaya bahawa dia boleh mengalahkan
>mangsanya.
>
>Orang yang berani ialah orang yang takut menghadapi suatu perkara yang di
>pandangnya berbahaya bagi kemanusiaan. Seorang manusia berperang dengan
>hawa nafsunya kerana dia takut jatuh hina kalau kalah oleh nafsu, takuti
>bencana terutama bencana di akhirat.
>
>Bagitu lah peperangan hawa nafsu dengan akal, berlaku setiap saat dan
>ketika. Engkau berperang dengan syaitan yang tidak nampak, ibarat
>berperang dangan bayang-bayang. Engkau berperang dengan nafsu, ibarat
>gunting dalam lipatan atau api dalam sekam.
>
>Medan perang ini adalah dalam diri kita sendiri.
>
>Sekian
>Wassalam
>
>-----Original Message-----
>From: Nur Elisa Ghazali [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
>Sent: Friday, May 12, 2000 1:01 PM
>To: Zakki Mohamed; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
>[EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: [islah-net] Jihad
>
>
>Assalamualaikum,
>
> Maaf, saya tidak dapat terima pendapat saudara yang orang2 Islam di
>Malaysia "berjihad ikut situasi". Panggilan Jihad tak terbatas atas mana2
>negara sahaja. Panggilan Jihad adalah panggilan ke atas setiap orang yang
>bergelar Muslim terutama sekali Lelaki Muslim agar lekas turun untuk
>berperang memperjuangkan Islam dan hak2 orang Islam daripada dibunuh dan
>ditindas dengan teruk.
>
> Malah, sesetengan ulama muktabar juga berpendapat yang Jihad yang
>sekarang berlaku di Chechnya, Indonesia, Filipina, etc adalah fardu 'ain!!
>Sepatutnya ramai orang2 lelaki Islam di merata dunia turun ke medan Jihad
>dan membantu tentera mujahidin sekarang yang amat memerlukan pertolongan
>sepertimana mereka dengan lekas mengerjakan sembahyang.
>
> Memang perkataan Jihad boleh bermaksud lain selain daripada "berperang"
>di medan perang dalam ertikata sebenar. Tapi janganlah kita terkeliru dan
>mengelirukan orang lain tentang Jihad Perang yang merupakan suatu perkara
>yang penting dalam kehidupan Islam. Semua Muslim mesti mempunyai hasrat
>untuk turun ke medan perang dan berlawan dengan tentera kuffar demi
>menegakkan Islam.
>
>Allahu'alam.
>Jazakumullahukhairan.
>
>Wassalamualaikum,
>nur elisa
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Abu Az-Zuhri" <[EMAIL PROTECTED]>