*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt.
Sememangnya setiap orang mengimpikan yang paling afdal, termasuk jihad yang
paling afdal.
Jika solat, kita mahukan solat yang paling afdal.
Demikian juga puasa dan sebagainya.
Tetapi pernahkah kita terfikir, berlandaskan kepada ilmu dan Iman,
adab-adab dan peraturan setiap amal yang afdal itu.
Sebagai contoh adab berjihad perang.
Sabda Rasul Allah SAW (maknanya) :
"Kamu jangan mengharap-harapkan musuh, dan mintalah keselamatan daripada Allah,
tetapi apabila telah berhadapan dengan musuh, maka tabahkanlah hati dengan
berzikr dengan sebanyak-banyaknya kepada Allah".
Daripada Hadis ini menggambarkan betapa "ketabahan hati itulah yang penting"
terbit tabah hati dengan berzikr dengan sebanyak-banyaknya kepada Allah. Allah
itulah simbol yang akan menaungi perlindungan dan keselamatan yang terjamin.
Dalam apa jua amalan dan penghayatan hidup beragama bahawa, kita tidak boleh
sama sekali mengasingkan antara hati dan amal perbuatan.
Jika amalnya adalah solat, maka hati itu adalah tempat kyusuk dan tawaduk serta
berhadap kepada Tuhan.
Jika berjihad perang, maka hati adalah tempat tabah dan mengharap perlindungan
dan keselamatan daripada Tuhan.
Ini untuk mengelakkan dari berlakunya syirk. Seperti bergantung kepada bilangan
yang ramai, berani kerana memiliki senjata yang lengkap dan canggih, dan
menyimpan niat yang tidak ikhlas dan suci.
Antara beberapa adab yang digariskan oleh para ulama dan Sahabat dalam perang
jihad ialah :
1. Keluar berperang hanya dengan izin dan ridha ibu dan bapa.
2. Menyelesaikan tuntutan Allah seperti solat, puasa, zakat, haji dan taubat
atas dosa-dosa kepada Allah dan daripada saudara-saudaranya.
3. Meninggalkan nafkah sekadarnya kepada keluarganya sementara berada dimedan
pertempuran.
4. Nafkah bersumberkan daripada punca yang halal sahaja.
5. Mendengar, taat dan patuh kepada ketua.
6. Berlapang dada kepada rakan seperjuangan, ramah dan senyum serta saling
berkerjasama dan bantu membantu.
7. Sepanjang perjalanan tidak mengganggu muslim yang lain dan kafir zimmi.
8. Tidak lari dari medan pertempuran.
9. Jangan mencuri hasil ghanimah sebelum dibahagi.
10. Niat mesti ikhlas untuk menegakkan agama dan membantu kaum muslimin.
Daripada sekian adab, tidak dapat, jihad perang memerlukan sesaorang itu dari
awal lagi mestilah seorang ikhlas niatnya, tidak syirik dan ini hanya akan dapat
direalisasikan oleh sesaorang yang sentiasa berjihad nafsu. Ini disebabkan oleh
sesaorang yang masih dibelengu dan menjadi tunggangan nafsunya pasti tidak akan
dapat mematuhi adab-adab tersebut dengan berkesan dan sempurna.
Contohnya :
1. Berapa ramaikah orang yang sanggup memohon maaf sesama manusia jika telah
berbuat kesalahan dan kesilapan. Malahan sesetengah orang lebih gemar menambah
kesalahan dan kesilapan, dan bukannya mengurangkannya.
2. Berapa ramaikah yang bersedia tersenyum dan beramah mesra kepada saudaranya
sama ada dikenalinya atau belum dikenalinya.
3. Adab tersebut turut memuatkan solat, puasa, zakat dan haji. Sebab rukun Islam
itu telah sempurnalah maka baru jihad berperang ini "valid". Tetapi cuba
renungkan sendiri solat kita. Puasa kita. Zakat kita. Haji kita.
Kita ambillah solat kerana solat adalah amalan harian yang paling kerap
dilakukan. Setakat mana solat kita itu telah sempurna. Atau disempurnakan.
Dan bukankah untuk menyempurnakan solat itu sendiri memerlukan jihad nafsu. Ini
disebabkan berapa ramai yang semasa solatnya masih "berhadap, menyembah dan
bersekutu atau syirk" terhadap nafsunya.
Zaman ini, hari ini, jam ini, jika dibangkitkan persoalan solat, ramai yang akan
mencebik dan keliru. Masing-masing diri telah merasa cukup sempurna dan lepas
tanggungjawab solat dan yang wajib dilaksanakan sekarang ialah perkara-perkara
yang lebih utama dan besar daripada solat. Tetapi jika kita periksa dan teliti
hakikatnya tidak benar dan malahan menyeleweng.
Istilah-istilah solat yang dikategorikan sebagai :
1. Solat dengan mengingati Allah.
2. Beroleh kejayaanlah hati yang suci, lalu dengan mengingati Allah mendirikan
solat.
3. Solat kyusuk.
4. Beribadahlah kepada Ku (Allah) yang mana itulah satu-satunya Jalan Yang
Lurus.
5. Dan berhadaplah kepada Allah (ketika solat) dengan penuh ketundukan dan
ketaatan.
6. Mereka itulah yang memelihara solat.
7. Mereka itulah yang solat daim.
Ini semua sudah menjadi asing dan jauh dari hati kebanyakan kita.
Jika solat kita sebagai "tiang agama" itu sudah runtuh dan berkubur, lalu
apakah yang mahu kita harapkan daripada Allah. Sedangkan pertolongan dan ridha
Allah hanya dianugerahi kepada mereka yang sempurna solatnya, perhubungannya,
hudur hatinya, taat dan tunduk sentiasa walau dimana jua berada.
Kesimpulannya, jika perkara yang setiap hari dilakukan dan diamalkan pun kita
masih gagal dan tidak sempurna mengamalkan dan menghayatinya, betapa pula yang
jarang-jarang, sekali-sekala dan seumur hidup sekali. Jika kita mahukan yang
terbaik, sempurna dan perfect dalam ibadah harian, maka demikian jugalah untuk
yang terbaik dalam jihad qital tentulah ketentuan dan syaratnya adalah tinggi
sesuai dan layak dengan ketinggian martabatnya sebagai "jihad yang paling
afdal".
Wallah hu'alam.
Wassalmualaikum wbt.
Abu Az-Zuhri wrote:
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum warahmatullah,
>
> Tulisan di bawah menggambarkan seolah-olah jihad melawan nafsu adalah utama.
> Ini bertentangan al-quran dan as-sunnah. Walaupun jihad melawan hawa nafsu
> itu wujud, tetapi ia (jihadun nafs) bukanlah jihad yg utama. Jihad yg paling
> tinggi jihad qital di medan peperangan. Itulah seafdal jihad.
>
> Wassalam.
>
> -----Original Message-----
> From: zakki <[EMAIL PROTECTED]>
> To: 'Nur Elisa Ghazali' <[EMAIL PROTECTED]>; [EMAIL PROTECTED]
> <[EMAIL PROTECTED]>; [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>;
> [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>; '[EMAIL PROTECTED]'
> <[EMAIL PROTECTED]>; '[EMAIL PROTECTED]' <[EMAIL PROTECTED]>;
> '[EMAIL PROTECTED]' <[EMAIL PROTECTED]>
> Date: Wednesday, May 17, 2000 12:33 PM
> Subject: [islah-net] RE: Jihad
>
> >Assalamu'alaikum;
> >Di sini saya kutip dan dapatkan beberapa tulisan yang berkaitan:
> >
> >JIHAD (NAFSU)
> >
> >Rujukan 1 - Risalatul Mu'awanah oleh Sayid Abdullah Alwi Haddad (m/s 9).
> >Hawa Nafsu adalah musuh yang paling bahaya dan keji sebagaimana Sabda
> >Rasulullah s.a.w (di riwayatkan oleh Baihaqi):
> >"Musuh yang paling bahaya adalah Hawa Nafsu, yang letaknya di antara kedua
> >lambung mu".
> >
> >Rujukan 2 - Tingkatan-Tingkatan Nafsu & Kemuliaan Martabat Insan oleh Ust.
> >Jaafar Salleh (m/s: 15 dan 21)
> >Pada dasarnya JIHAD itu terbahagi kepada 4 perkara:
> >a) Berperang menegakkan Islam dan melindungi orang Islam
> >b) Memerangi Hawa Nafsu
> >c) Menderkakan harta unuk kebaikan Islam
> >d) Menghancurkan yang batil dan menegakkan yang haq.
> >a) Sabda Nabi s.a.w (Drp At Tirmizi)
> >"Orang yang berjuang atau berjihad sebenar ialah orang-orang yang berjuang
> >melawan hawa nafsu dan menunduk dan mengendalikan nya (nafsu) sehingga taat
> >kepada Allah s.w.t".
> >b) Firman Allah, Surah Al-Fajr, ayat 27 - 30)
> >"Wahai nafsu mutmainnah (nafsu yang tenang), kembalilah kepada Tuhan Mu
> >dengan hal keadaan saling redha meredhai. Masukkanlah ke dalam golongan
> >hamba KU dan masukkanlah ke dalam syurga KU".
> >
> >
> >Rujukan 3 - Tasauf Modem oleh Prof. Dr. Hamka (m/s: 137 - 146)
> >
> >Dr. Hamka mengkelaskan Keutamaan Manusia kepada 2 iaitu:
> >a) Keutamaan Otak
> >b) Keutamaan Budi
> >
> >Untuk mencapai kedua-dua Keutamaan (Otak dan Budi), maka perlu melalui 3
> >rukun:
> >a) Dengan Bertaubat
> >b) Dengan Pengalaman
> >c) Dengan Pendidikan
> >Jika salah satunya kurang, maka pincanglah Keutamaan.
> >
> >Adapun musuh yang sentiasa menghalangi manusia mencapai Keutamaan ialah
> >Hawa Nafsu iaitu menyebabkan Marah, Dengki, Haloba, Benci dan Syahwat. Dia
> >ada pada tiap manusia. Dia hanya gelora.
> >Di dalam perjuangan melawan hawa nafsu, manusia terbahagi kepada 3:
> >
> >a) Manusia Pertama - Yang kalah dengan hawa Nafsu sehingga di perhamba dan
> >menjadikan Hawa Nafsu sebagai tuhan.
> >
> >b) Manusia Kedua - Yang berperang silih berganti di antara kalah dan
> >menang, jatuh dan tegak. Orang inilah yang patut di sebut "Mujadid".
> > Kalau ia mati di dalam perjuangan ini, matinya mati "syahid". Setelah
> >kembali dari satu peperangan besar, Rasulullah s.a.w bersabda kepada para
> >sahabat:
> >"Kita ini kembali dari peperangan yang paling kecil menuju peperangan yang
> >paling besar".
> >Setelah ditanya, Rasulullah menjawab, "peperangan dengan hawa nafsu itulah
> >perang yang paling besar".
> >Pernah pula di suatu ketika orang bertanya kepada Rasulullah "Apakah perang
> >yang paling utama, ya Rasulullah ?". Baginda menjawab" Engkau perangi hawa
> >nafsu mu".
> >Sabda Rasulullah lagi:
> >"Bukanlah orang yang gagah berani itu lantaran dia cepat melompati musuhnya
> >di dalam pertempuran, tetapi orang yang berani itu ialah orang yang boleh
> >menahan dirinya dari kemarahan"
> >
> >c) Manusia ketiga - Yang dapat mengalah hawa nafsunya sehingga dia yang
> >memerintah hawa nafsu dan bukan hawa nafsu yang memerintahnya, tidak boleh
> >nafsu mengutak-katikkannya, dia yang raja, dia yang kuasa, dia merdeka,
> >tidak terpengaruh dan tidak di perhambakan oleh nafsu.
> >Kalau manusia kurang hati-hati, tergelincir dia, sangkanya dia sanggup
> >memerdekakan diri dari pengaruh syaitan, dia percaya akan dirinya sanggup
> >berjuang melawan syaitan dan nafsu, pada hal dengan tidak di sedari dia
> >terpengaruh oleh syaitan dan nafsu. Bahkan adakala dirinya menjadi
> >syaitan tanpa di sedari.
> >
> >Hawa nafsu membawa sesat dan tidak berpedoman, sedangkan akal menjadi
> >pedoman kenuju keutamaan (Otak dan Budi). Hawa nafsu berakibat bahaya,
> >tetapi jalannya amat mudah.
> >Sabda Rasulullah: "Di ramaikan syurga dengan barang yang berat (sukar)
> >mengerjakannya dan di ramaikan neraka dengan syahwat".
> >Firman Allah: "Boleh jadi kamu benci sesuatu, padahal dia baik bagimu dan
> >boleh jadi kamu cintai sesuatu, padahal dia buruk bagi mu" (Al-Baqarah,
> >ayat 216).
> >
> >Hawa nafsu menyuruh mengelamun dan berangan-angan, manakala akal menyuruh
> >menimbang. Bila terjadi peperangan di antara akal dan nafsu, akal
> >mempertahankan barang yang pahit tetapi manis akibatnya. Manakala nafsu
> >mempertahankan barang yang manis tetapi pahit akibatnya. Akal mencari
> >pembelaan dari Nur Allah, manakala nafsu mencari perlindungan dari was-was
> >syaitan. Kalau menang bala tentera nafsu, terhapuslah cahaya kebenaran,
> >padamlah sulu yang hak, terang matanya menghadapi keuntungan yang sebentar
> >dan buta dari keuntungan yang sebenarnya, tertipu oleh kelazatan dan
> >tarikan yang cepat datang dan cepat hilang.
> >Kalau yang mempunyai akal, cepat mempertahankan petunjuk Allah, nescaya
> >jatuh tersungkurlah bala tentera syaitan dan terpasunglah hawa nafsu.
> >
> >Namun, bukan semua nafsu itu tercela. Yang terpuji ialah perbuatan Allah
> >yang di anugerahkan kepada manusia, supaya dia dapat membangkitkan kehendak
> >mempertahankan diri dan menangkis bahaya yang akan menimpa, berikhtiar
> >mencari makan, minum, kediaman dan sebagainya (yang di redhai), dimana
> >nafsu lah yang mendorongnya.
> >
> >Orang yang berani menghadapi "musuh nyata" mendapat pujian, tetapi manusia
> >yang paling berani menghadapi musuhnya yang sebenar iaitu hawa nafsu dan
> >syaitan, tidak mendapat pujian apa-apa. Apakah sebabnya? Kerana
> >perjuangan nafsu ialah perjuangan batin (diri sendiri).
> >
> >Harimau dan singa amat berani. Apakah itu benar-benar keberanian ?
> > Keberanian itukah yang layak di tiru oleh manusia?
> >Jawabnya : Tidak Sebab keberanian harimau dan singa bukan hakikat.
> > Harimau dan Singa bukan berani, tetapi garang. Garang sebab percaya bahawa
> >pada dirinya ada kekuatan, dengan percaya bahawa dia boleh mengalahkan
> >mangsanya.
> >
> >Orang yang berani ialah orang yang takut menghadapi suatu perkara yang di
> >pandangnya berbahaya bagi kemanusiaan. Seorang manusia berperang dengan
> >hawa nafsunya kerana dia takut jatuh hina kalau kalah oleh nafsu, takuti
> >bencana terutama bencana di akhirat.
> >
> >Bagitu lah peperangan hawa nafsu dengan akal, berlaku setiap saat dan
> >ketika. Engkau berperang dengan syaitan yang tidak nampak, ibarat
> >berperang dangan bayang-bayang. Engkau berperang dengan nafsu, ibarat
> >gunting dalam lipatan atau api dalam sekam.
> >
> >Medan perang ini adalah dalam diri kita sendiri.
> >
> >Sekian
> >Wassalam
> >
> >-----Original Message-----
> >From: Nur Elisa Ghazali [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> >Sent: Friday, May 12, 2000 1:01 PM
> >To: Zakki Mohamed; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
> >[EMAIL PROTECTED]
> >Subject: Re: [islah-net] Jihad
> >
> >
> >Assalamualaikum,
> >
> > Maaf, saya tidak dapat terima pendapat saudara yang orang2 Islam di
> >Malaysia "berjihad ikut situasi". Panggilan Jihad tak terbatas atas mana2
> >negara sahaja. Panggilan Jihad adalah panggilan ke atas setiap orang yang
> >bergelar Muslim terutama sekali Lelaki Muslim agar lekas turun untuk
> >berperang memperjuangkan Islam dan hak2 orang Islam daripada dibunuh dan
> >ditindas dengan teruk.
> >
> > Malah, sesetengan ulama muktabar juga berpendapat yang Jihad yang
> >sekarang berlaku di Chechnya, Indonesia, Filipina, etc adalah fardu 'ain!!
> >Sepatutnya ramai orang2 lelaki Islam di merata dunia turun ke medan Jihad
> >dan membantu tentera mujahidin sekarang yang amat memerlukan pertolongan
> >sepertimana mereka dengan lekas mengerjakan sembahyang.
> >
> > Memang perkataan Jihad boleh bermaksud lain selain daripada "berperang"
> >di medan perang dalam ertikata sebenar. Tapi janganlah kita terkeliru dan
> >mengelirukan orang lain tentang Jihad Perang yang merupakan suatu perkara
> >yang penting dalam kehidupan Islam. Semua Muslim mesti mempunyai hasrat
> >untuk turun ke medan perang dan berlawan dengan tentera kuffar demi
> >menegakkan Islam.
> >
> >Allahu'alam.
> >Jazakumullahukhairan.
> >
> >Wassalamualaikum,
> >nur elisa
> >
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "Abu Az-Zuhri" <[EMAIL PROTECTED]>
--
-----------------------------------------------------
Click here for Free Video!!
http://www.gohip.com/freevideo/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>