*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum warahmatullah,

Saya pernah mendengar org tabligh bertanya kpd TG Nik Aziz kat masjid Kg 
Baru 2-3 tahun lepas berkenaan jihad mana yg lebih besar. TG Nik Aziz jawab 
jihad hawa nafsu lebih besar kerana sebelum nak pergi berperang dari rumah 
lagi nafsu dah kacau kata jangan pergi anak bini sapa nak bagi makan. Sama 
juga jihad menegakkan Islam ikut pilihanraya / demokrasi, nafsu mesti kata 
buat apa ikut cara org putih lebih baik keluar 3-40 hari singgah mana2 
masjid boleh zikir banyak2, sembahyang sunat banyak2 keliling kelalang apa 
nak jadi lantak pi lah.


>From: "Abu Az-Zuhri" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: <[EMAIL PROTECTED]>, "'Nur Elisa Ghazali'" 
><[EMAIL PROTECTED]>,        <[EMAIL PROTECTED]>, 
><[EMAIL PROTECTED]>, <[EMAIL PROTECTED]>,        <[EMAIL PROTECTED]>, 
><[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: H-Net* Re: Jihad
>Date: Wed, 17 May 2000 12:34:28 +0800
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamualaikum warahmatullah,
>
>Tulisan di bawah menggambarkan seolah-olah jihad melawan nafsu adalah 
>utama.
>Ini bertentangan al-quran dan as-sunnah. Walaupun jihad melawan hawa nafsu
>itu wujud, tetapi ia (jihadun nafs) bukanlah jihad yg utama. Jihad yg 
>paling
>tinggi jihad qital di medan peperangan. Itulah seafdal jihad.
>
>Wassalam.
>
>-----Original Message-----
>From: zakki <[EMAIL PROTECTED]>
>To: 'Nur Elisa Ghazali' <[EMAIL PROTECTED]>; [EMAIL PROTECTED]
><[EMAIL PROTECTED]>; [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>;
>[EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>; '[EMAIL PROTECTED]'
><[EMAIL PROTECTED]>; '[EMAIL PROTECTED]' <[EMAIL PROTECTED]>;
>'[EMAIL PROTECTED]' <[EMAIL PROTECTED]>
>Date: Wednesday, May 17, 2000 12:33 PM
>Subject: [islah-net] RE: Jihad
>
>
> >Assalamu'alaikum;
> >Di sini saya kutip dan dapatkan beberapa tulisan yang berkaitan:
> >
> >JIHAD (NAFSU)
> >
> >Rujukan 1 - Risalatul Mu'awanah oleh Sayid Abdullah Alwi Haddad (m/s 9).
> >Hawa Nafsu adalah musuh yang paling bahaya dan keji sebagaimana Sabda
> >Rasulullah s.a.w (di riwayatkan oleh Baihaqi):
> >"Musuh yang paling bahaya adalah Hawa Nafsu, yang letaknya di antara 
>kedua
> >lambung mu".
> >
> >Rujukan 2 - Tingkatan-Tingkatan Nafsu & Kemuliaan Martabat Insan oleh 
>Ust.
> >Jaafar Salleh (m/s: 15 dan 21)
> >Pada dasarnya JIHAD itu terbahagi kepada 4 perkara:
> >a) Berperang menegakkan Islam dan melindungi orang Islam
> >b) Memerangi Hawa Nafsu
> >c) Menderkakan harta unuk kebaikan Islam
> >d) Menghancurkan yang batil dan menegakkan yang haq.
> >a) Sabda Nabi s.a.w (Drp At Tirmizi)
> >"Orang yang berjuang atau berjihad sebenar ialah orang-orang yang 
>berjuang
> >melawan hawa nafsu dan menunduk dan mengendalikan nya (nafsu) sehingga 
>taat
> >kepada Allah s.w.t".
> >b) Firman Allah, Surah Al-Fajr, ayat 27 - 30)
> >"Wahai nafsu mutmainnah (nafsu yang tenang), kembalilah kepada Tuhan Mu
> >dengan hal keadaan saling redha meredhai.  Masukkanlah ke dalam golongan
> >hamba KU dan masukkanlah ke dalam syurga KU".
> >
> >
> >Rujukan 3 - Tasauf Modem oleh Prof. Dr. Hamka (m/s: 137 - 146)
> >
> >Dr. Hamka mengkelaskan Keutamaan Manusia kepada 2 iaitu:
> >a) Keutamaan Otak
> >b) Keutamaan Budi
> >
> >Untuk mencapai kedua-dua Keutamaan (Otak dan Budi), maka perlu melalui 3
> >rukun:
> >a) Dengan Bertaubat
> >b) Dengan Pengalaman
> >c) Dengan Pendidikan
> >Jika salah satunya kurang, maka pincanglah Keutamaan.
> >
> >Adapun musuh yang sentiasa menghalangi manusia mencapai Keutamaan ialah
> >Hawa Nafsu iaitu menyebabkan Marah, Dengki, Haloba, Benci dan Syahwat.  
>Dia
> >ada pada tiap manusia. Dia hanya gelora.
> >Di dalam perjuangan melawan hawa nafsu, manusia terbahagi kepada 3:
> >
> >a) Manusia Pertama - Yang kalah dengan hawa Nafsu sehingga di perhamba 
>dan
> >menjadikan Hawa Nafsu sebagai tuhan.
> >
> >b) Manusia Kedua - Yang berperang silih berganti di antara kalah dan
> >menang, jatuh dan tegak.  Orang inilah yang patut di sebut "Mujadid".
> > Kalau ia mati di dalam perjuangan ini, matinya mati "syahid".  Setelah
> >kembali dari satu peperangan besar, Rasulullah s.a.w bersabda kepada para
> >sahabat:
> >"Kita ini kembali dari peperangan yang paling kecil menuju peperangan 
>yang
> >paling besar".
> >Setelah ditanya, Rasulullah menjawab, "peperangan dengan hawa nafsu 
>itulah
> >perang yang paling besar".
> >Pernah pula di suatu ketika orang bertanya kepada Rasulullah "Apakah 
>perang
> >yang paling utama, ya Rasulullah ?".  Baginda menjawab" Engkau perangi 
>hawa
> >nafsu mu".
> >Sabda Rasulullah lagi:
> >"Bukanlah orang yang gagah berani itu lantaran dia cepat melompati 
>musuhnya
> >di dalam pertempuran, tetapi orang yang berani itu ialah orang yang boleh
> >menahan dirinya dari kemarahan"
> >
> >c) Manusia ketiga - Yang dapat mengalah hawa nafsunya sehingga dia yang
> >memerintah hawa nafsu dan bukan hawa nafsu yang memerintahnya, tidak 
>boleh
> >nafsu mengutak-katikkannya, dia yang raja, dia yang kuasa, dia merdeka,
> >tidak terpengaruh dan tidak di perhambakan oleh nafsu.
> >Kalau manusia kurang hati-hati, tergelincir dia, sangkanya dia sanggup
> >memerdekakan diri dari pengaruh syaitan, dia percaya akan dirinya sanggup
> >berjuang melawan syaitan dan nafsu, pada hal dengan tidak di sedari dia
> >terpengaruh oleh syaitan dan nafsu.   Bahkan adakala dirinya menjadi
> >syaitan tanpa di sedari.
> >
> >Hawa nafsu membawa sesat dan tidak berpedoman, sedangkan akal menjadi
> >pedoman kenuju keutamaan (Otak dan Budi).  Hawa nafsu berakibat bahaya,
> >tetapi jalannya amat mudah.
> >Sabda Rasulullah: "Di ramaikan syurga dengan barang yang berat (sukar)
> >mengerjakannya dan di ramaikan neraka dengan syahwat".
> >Firman Allah: "Boleh jadi kamu benci sesuatu, padahal dia baik bagimu dan
> >boleh jadi kamu cintai sesuatu, padahal dia buruk bagi mu" (Al-Baqarah,
> >ayat 216).
> >
> >Hawa nafsu menyuruh mengelamun dan berangan-angan, manakala akal menyuruh
> >menimbang.   Bila terjadi peperangan di antara akal dan nafsu, akal
> >mempertahankan barang yang pahit tetapi manis akibatnya. Manakala nafsu
> >mempertahankan barang yang manis tetapi pahit akibatnya.  Akal mencari
> >pembelaan dari Nur Allah, manakala nafsu mencari perlindungan dari 
>was-was
> >syaitan.  Kalau menang bala tentera nafsu, terhapuslah cahaya kebenaran,
> >padamlah sulu yang hak, terang matanya menghadapi keuntungan yang 
>sebentar
> >dan buta dari keuntungan yang sebenarnya, tertipu oleh kelazatan dan
> >tarikan yang cepat datang dan cepat hilang.
> >Kalau yang mempunyai akal, cepat mempertahankan petunjuk Allah, nescaya
> >jatuh tersungkurlah bala tentera syaitan dan terpasunglah hawa nafsu.
> >
> >Namun, bukan semua nafsu itu tercela. Yang terpuji ialah perbuatan Allah
> >yang di anugerahkan kepada manusia, supaya dia dapat membangkitkan 
>kehendak
> >mempertahankan diri dan menangkis bahaya yang akan menimpa, berikhtiar
> >mencari makan, minum, kediaman dan sebagainya (yang di redhai), dimana
> >nafsu lah yang mendorongnya.
> >
> >Orang yang berani menghadapi "musuh nyata" mendapat pujian, tetapi 
>manusia
> >yang paling berani menghadapi musuhnya yang sebenar iaitu hawa nafsu dan
> >syaitan, tidak mendapat pujian apa-apa.  Apakah sebabnya?  Kerana
> >perjuangan nafsu ialah perjuangan batin (diri sendiri).
> >
> >Harimau dan singa amat berani.  Apakah itu benar-benar keberanian ?
> >  Keberanian itukah yang layak di tiru oleh manusia?
> >Jawabnya : Tidak  Sebab keberanian harimau dan singa bukan hakikat.
> > Harimau dan Singa bukan berani, tetapi garang. Garang sebab percaya 
>bahawa
> >pada dirinya ada kekuatan, dengan percaya bahawa dia boleh mengalahkan
> >mangsanya.
> >
> >Orang yang berani ialah orang yang takut menghadapi suatu perkara yang di
> >pandangnya berbahaya bagi kemanusiaan. Seorang manusia berperang dengan
> >hawa nafsunya kerana dia takut jatuh hina kalau kalah oleh nafsu, takuti
> >bencana terutama bencana di akhirat.
> >
> >Bagitu lah peperangan hawa nafsu dengan akal, berlaku setiap saat dan
> >ketika.   Engkau berperang dengan syaitan yang tidak nampak, ibarat
> >berperang dangan bayang-bayang.  Engkau berperang dengan nafsu, ibarat
> >gunting dalam lipatan atau api dalam sekam.
> >
> >Medan perang ini adalah dalam diri kita sendiri.
> >
> >Sekian
> >Wassalam
> >
> >-----Original Message-----
> >From: Nur Elisa Ghazali [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> >Sent: Friday, May 12, 2000 1:01 PM
> >To: Zakki Mohamed; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
> >[EMAIL PROTECTED]
> >Subject: Re: [islah-net] Jihad
> >
> >
> >Assalamualaikum,
> >
> >    Maaf, saya tidak dapat terima pendapat saudara yang orang2 Islam di
> >Malaysia "berjihad ikut situasi".  Panggilan Jihad tak terbatas atas 
>mana2
> >negara sahaja.  Panggilan Jihad adalah panggilan ke atas setiap orang 
>yang
> >bergelar Muslim terutama sekali Lelaki Muslim agar lekas turun untuk
> >berperang memperjuangkan Islam dan hak2 orang Islam daripada dibunuh dan
> >ditindas dengan teruk.
> >
> >    Malah, sesetengan ulama muktabar juga berpendapat yang Jihad yang
> >sekarang berlaku di Chechnya, Indonesia, Filipina, etc adalah fardu 
>'ain!!
> >Sepatutnya ramai orang2 lelaki Islam di merata dunia turun ke medan Jihad
> >dan membantu tentera mujahidin sekarang yang amat memerlukan pertolongan
> >sepertimana mereka dengan lekas mengerjakan sembahyang.
> >
> >   Memang perkataan Jihad boleh bermaksud lain selain daripada 
>"berperang"
> >di medan perang dalam ertikata sebenar.  Tapi janganlah kita terkeliru 
>dan
> >mengelirukan orang lain tentang Jihad Perang yang merupakan suatu perkara
> >yang penting dalam kehidupan Islam.  Semua Muslim mesti mempunyai hasrat
> >untuk turun ke medan perang dan berlawan dengan tentera kuffar demi
> >menegakkan Islam.
> >
> >Allahu'alam.
> >Jazakumullahukhairan.
> >
> >Wassalamualaikum,
> >nur elisa
> >
>
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Abu Az-Zuhri" <[EMAIL PROTECTED]>

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "syed bakar" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke