*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Memang sah lagi tepat apa yang dispekulasikan oleh
Sedara Pak Din, Si Tora Jebat, dll malah oleh pimpinan
keADILan sendiri termasuk Chandra Muzaffar & Anuar
Tahir bahawa joke tafakur yang dicipta oleh web master
Laman Reformasi adalah bukan dari reformist sebenar.

Kita boleh "baca" benda palsu ni berdasarkan daripada
rentetan peristiwa seperti berikut :
1.  Pilihanraya Telok Kemang targetnya - Calun dari
keADILan pulak tu.  Pasti nama DSAI hidup lagi.
1.  Laman Reformasi mogok mintak Chandra & Anuar letak
jawatan kononnya.
2.  Pemuda "keADILan" Kedah lompat UMNO siap salam
dengan Hj. M-Zir.
3.  Pemuda "keADILan" Selangor lompat jugak.
4.  Pemuda "keADILan" Kelantan, Pahang & Johor pun
teringin nak lompat jugak.

Terima kasih kepada tangan-tangan di belakang Laman
Reformasi kerana telah mengesahkan dan menamatkan
kekeliruan yang dihadapi oleh penyokong BA sebelum ni.
Tambah-tambah lagi besok hari mengundi.

Sapa punya angkara yang tergamak tunjuk benda lucah ni
agaknya ?

1.  Badan Menangani Fitnah UMNO (Mungkin tidak)
2.  Sodom Bangsa (Mungkin ya)

tq


--- krqxz <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> June 8, 2000 
> 
> BREAKING NEWS!
> 
> 'Laman Reformasi' ditawan 'hacker'
> Fathi Aris Omar
> 
> 
> 6:15am, JUM: Sebuah tapak web proreformasi yang
> popular pagi ini berjaya dirosakkan oleh anasir
> pengacau tapak-tapak web atau hackers. Laman
> Reformasi yang dikenali umum menerbitkan bahan-bahan
> siaran propembangkang gagal dicapai. Dalam tinjauan
> malaysiakini awal pagi ini, ketiga-tiga sambungan ke
> laman itu menunjukkan tanda-tanda ia dicerobohi dan
> sambungannya dipintas. 
> 
> Sebaliknya laman itu,
> http://mahazalimtwo.tripod.com, menerbitkan satu
> gambar lucah yang begitu jijik dengan mesej tiga
> baris ayat, "Hahahahaha!!!!!!!!!!", ": )" dan "Dasar
> peliwat bangsa!" 
> 
> Lambang ":)" bermakna senyuman atau ketawa sebagai
> tanda kegembiraan menyindir kejayaan anasir pengacau
> itu menguasai tapak web tersebut. Ia sering
> digunakan dalam komunikasi alam siber seperti untuk
> sembang (chat) atau mesej emel. 
> 
> Lambang itu serasi pula dengan ungkapan ketawa, "ha,
> ha, ha" tersebut. 
> 
> Ungkapan "dasar peliwat bangsa" dipercayai ada
> kaitannya dengan tuduhan dan perbicaraan terhadap
> bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar
> Ibrahim. 
> 
> 
> Sambungan kedua, http://mahazalimnet.tsx.org/, juga
> mempunyai paparan yang sama. 
> 
> Sementara alamat sambungan (URL) ketiga,
> http://mahazalimtwo.tripod.com/index2.htm,
> meninggalkan mesej "Blah lah Mahazalim....siapa lagi
> tera!" (Berambuslah Mahazalim... siapa lagi bijak!).
> 
> 
> ''Mahazalim' merupakan nama popular bagi laman ini. 
> 
> Istilah bahasa pasar 'tera' (terror) menjadi
> kelaziman penutur loghat penduduk di negeri-negeri
> utara Semenanjung. 
> 
> Tinjauan malaysiakini mendapati laman-laman web
> proreformasi yang lain tidak terjejas. Laman
> Mahafiraun 2020, Komentar, FreeMalaysia, Pemantau,
> Reformasi Nasional, Al-Islah dan Black 14 masih
> berfungsi seperti biasa. 
> 
> Begitu juga laman-laman reformasi yang baru seperti
> Minda Rakyat dan Fitnah e-Umno tidak diapa-apakan.
> Laman parti-parti pembangkang, khususnya Parti
> KeADILan Nasional, tidak terjejas. 
> 
> Menjelang pilihan raya negeri Sabah tahun lalu,
> kumpulan diskusi maya milik beberapa kumpulan
> propembangkang berjaya diserang dengan spam atau
> terjahan emel. 
> 
> Setiap pelanggan kumpulan emel ini, misalnya
> Islah-Net milik Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
> (JIM), mendapat beribu-ribu emel yang sama
> berulang-ulang tanpa henti. 
> 
> Mesej berulang itu mendesak pengundi menyokong
> calon-calon Barisan Nasional dalam pilihan raya
> tersebut. 
> 
> Selain Laman Reformasi yang bersifat antikerajaan,
> serangan pengacau web ini dipercayai ada hubungannya
> dengan pilihan raya kecil Telok Kemang yang akan
> berlangsung esok. Pilihan raya itu menyaksikan
> pertandingan dua penjuru antara KeADILan dengan
> Barisan Nasional. 
> 
> Tapak web reformasi ini menyediakan pelbagai bahan
> sebaran untuk digunakan oleh penyokong-penyokong
> KeADILan. Ia termasuklah dokumen rasmi mendedahkan
> amalan korup Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
> Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz, cek sejumlah
> RM400 juta sumbangan Telekom kepada parti pemerintah
> dan surat Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir
> Mohamad kepada Perdana Menteri Israel. 
> 
> Bagaimanapun, malaysiakini tidak dapat mengesahkan
> kesahihan cek dan surat tersebut. 
> 
> Percubaan untuk menghubungi pengendali web Laman
> Reformasi belum berhasil setakat pagi ini. 
> 
> Malaysiakini sedang mendapatkan pandangan pakar
> berhubung perkembangan terbaru ini. 
> 
> 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Photos -- now, 100 FREE prints!
http://photos.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: adi purnama <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke