*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.,

SIRI 29
(dalam siri yang lepas kita telah melihat kepentingan otak bahagian kiri
yang mengadungi kawasan Broca…kali ini kita sambung lagi…tak apa kan )

Sistem Limbik terletak di bahagian tengah  kedua-dua hemisfera serebral. 
Sistem ini hanya berfungsi penuh di dalam spesies mamalia.(haiwan yang
melahirkan anak..termasuklah manusia..jadi ayam tak ada kaitan sebab ia
bertelur..)  Satu daripada struktur sistem limbik dikenali sebagai
hipokamus. la memainkan peranan penting dalam ingatan.  Kajian menunjukkan
yang kerosakan pada struktur hipokamus akan menjejaskan ingatan baru dan
tidak ingatan-ingatan lampau.
(kalau kita cepat lupa…maka mungkin lah sistem limbik kita ada
masalah….orang yang hilang ingatan mungkin mengalami kecederaan di bahagian
ini…kalau tak percaya cubalah….tapi dinasihatkan jangan , merosakkan
perberian Allah)

Sistem limbik juga mempengaruhi emosi manusia.  Apabila sistem ini terjejas
akibat luka, penyakit atau kerosakan lain, tingkah laku yang berbentuk
agresif dan tingkah laku yang terlalu pasif boleh berlaku pada individu
yang mengalaminya.
(dua keadaan sama ada kita mudah marah atau pendiam/pasif yang teramat)

Sistem yang ada dalam otak kita berkerjasama antara satu sama lain. Sebagai
contoh katakan lah anda (lagi ketara kalau anda wanita…) sedang sedang
menungu bas..tiba-tiba didatagi oleh seorang penagih dadah atau orang tak
betul (gila) , lalu dia meminta sedikit wang daripada kita.  Reaksi yang
kita alami terhadap situasi tersebut ialah :
 Kawasan hemisfera serebral akan menilai situasi itu sebagai mengancam
keselamatam diri.
Bahagian hipotalamus akan mengaitkan keadaan itu dengan emosi dan ini
menyebabkan kita rasa takut dan cemas.  Dalam keadaan itu kita mungkin
menjerit (untuk wanita saja…kalau lelaki menjerit juga…buat malu kaum
sejenis saja) dan lari daripada tempat kejadian, atau menampar/tumbuk
(hati-hati…silap-silap retak tulang penagih dadah itu yang sudah reput
)..atau senag cerita bagi saja wang (kita kan anak orang kaya..ayah kita
seorang hakim dan selalu melawat Australia..apa susahnya) kepada  penagih
itu, kawasan otak bahagian belakang (hindbrain) dan tengah (midbrain) akan
mengkordinasikan pergerakan otot-otot bagi memilih keputusan muktamad yang
dibuat oleh bahagian korteks serebral.

Di samping bahagian-bahagian otak yang telah diperkenalkan di atas, ada
satu lagi bahagian yang sering membantu otak berfungsi dengan baik. 
Bahagian ini dikenali sebagai sistem retikular. la bertugas sebagai stesen
yang mengendalikan kemasukan isyarat-isyarat saraf dari seluruh badan
manusia.  Sistem ini juga mengawal tahap aktiviti-aktiviii yatig berlaku di
otak.

Bersambung….

_______________________.

RENUNGAN

Bila saya tengok orang pakai kereta besar dan mahal …maka terlintas dalam
hati saya nak pakai …kereta macam tu juga…begitu juga kalau lihat orang
duduk rumah besar…terliur saya (nak) (tapi tidak kalau ada orang yang
isteri besar…) pendek kata ..keinginan saya tak pernah puas…mulai hari ini
saya ingin ingat dan diri saya dan orang yang samacam saya supaya
bersederhana saja lah…ingat sikit (masa hipokamus masih baik..ingat lah)
Aisyah pernah berkata : Kami keluarga Muhammad SAW pernah selama sebulan
tidak menyalakan api ( untuk memasak) selain hanya makan kurma dengan air.
( sedangkan dapur rumah saya menyala dua tiga kali sehari )


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke