*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seperti yang pernah terjadi, beberapa orang yang menulis
dalam HizbiNet ini akan menjadi mangsa pengacau-pengacau
UMNO yang mencari-cari nama tertentu untuk dihantar bahan-
bahan lucah, kata-kata mempersendakan mereka. Forum HizbiNet
akan sentiasa diganggu oleh hantu-hantu UMNO, mereka akan
hantar Emel kepada orang-orang tertentu untuk menyakitkan hati.

Selama saya berdebat dengan orang Barat and Kristian, mereka
bersikap lebih bertamadun and menghormati kebebasan bercakap
dan menulis. Mereka tidak mencaci peribadi penulis .. apa
yang ditulis itu adalah hak kita. Tetapi orang-orang UMNO
pelik. Entah mereka itu berakal atau tidak. Perangai mereka
macam samseng. Mereka akan menghantar beribu-ribu gambar lucah
dan seks kepada mangsa mereka. Setiap hari itulah yang dibuat
oleh UMNO. Saya tidak pernah kata saya adalah orang PAS.

Memang perangai UMNO jahat. Saya masih ingat ketika saya sedang
berusaha menyampaikan dakwah Islam kepada dua rakan sekerja
yang bukan Islam, ada orang-orang Melayu UMNO mencaci dan 
menghina saya sehingga saya menangis kerana usaha saya diganggu 
oleh orang UMNO. Bagi UMNO, jangan bercakap tentang Islam banyak-
banyak, jangan ditegur perbuatan mereka bercanggah dengan Islam, 
mereka akan marah dan balas dendam. Bagi mereka, parti UMNO adalah 
lebih penting daripada ugama. Tak kira siapa, walaupun seorang 
Cina yang baru memeluk Islam akan mereka kacau hingga ada 
di kalangan mereka hidup begitu seksa. Saya sentiasa bertanya 
pada diri saya ..adakah orang UMNO orang Islam????

Setakat ini, belum ada lagi orang UMNO yang menghantar Emel
kepada saya menerangkan kapada saya tentang apakah hukum Hudud
yang sebenarnya, atau menjawab pertanyaan saya tentang hukum-
hakam Islam. Yang mereka hantar adalah beribu-ribu gambar lucah.
Apa pula mencadangkan supaya saya makan daging babi...

Abu Hasan Chan.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke