"Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang (sentiasa dgn
berani) menyeru (berdakwah) kpd kebaikan
(yakni kearah mengembangkan Islam menurut ajaran Al-Qur'an dan sunnah
Rasul) dan (serentak dgn itu) menyuruh
(seluruh manusia) berbuat segala perkara yang baik serta (dalam
masa yang sama) melarang (dan mencegah) mereka
dpd (melakukan) segala perkara yang salah (dan Jahat). Dan mereka
yang bersifat demikian ialah orang-orang yang
berjaya (dunia dan akhirat)."
Sidang Jumaat yang dimuliakan!
Bertaqwalah kpd Allah dgn sebenar-benar taqwa. Taqwa yg mampu menyelamatkan
kita di alam akhirat nanti. Ingatlah dan kenangilah pesan Luqman al-Hakim
kpd anaknya, katanya, "Wahai anakku! Sesungguhnya dunia ini adalah lautan
yang dalam, banyak manusia yang tenggelam didalamnya, jadikanlah taqwa
sebagai bahteramu, muatannya ialah iman, dan layarnya ialah berserah diri
kpd Allah, mudah-mudahan engkau selamat."
Sidang hadirin sekelian!
Sesungguhnya taqwa adalah asa agama, dan sekali gus menjadi asas kebudayaan. Baik buruk suatu umat dan bangsa itu terletak sejauhmanakah taqwa yang dimilikinya. Tanpa taqwa akan lahir budaya nafsu serakah bagaikan buaya ganas yang tidak mengenal erti kemanusiaan dan kasihan belas.
bersambung...
