*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Minggu ini minggu akhir bulan Oktober 2000; banyak juga yang berlaku sepanjang
minggu ini dan juga sekitar penghujung minggu lepas, rugi benar rasanya jika
kisah-kisah yang menjadi bahan berita muka depan itu dibiarkan berlalu begitu
saja. Untuk itu, izinkan saya mencatatkan  beberapa isu penting berkenaan
untuk rujukan bersama.

Dua tiga hari ini, kebanyakan akhbar muka depan dan juga berita2 utama TV
banyak memuatkan kisah-kisah pembunuhan, perogolan, penculikan dan serba mak
nenek lagi yang berkaitan.

Contohnya, cuma baru minggu lepas seluruh negara dikejutkan dengan pembunuhan
sadis seorang Jurutera wanita yg dirogol, diliwat dan dibunuh dengan kejam
oleh seorang pemandu bas; awal minggu ini pula secara berturut-turut kita
dikejutkan dengan beberapa lagi siri pembunuhan yang makin menjadi-jadi.

21 hb: Seremban - seorang lelaki cuba merogol ibunya sendiri sebelum
menyembelih anak menakannya yang berumur  2 tahun setengah.

22 hb: Muar - seorang guru pencen telah dibunuh dengan kejamnya dalam satu
kejadian amuk oleh seorang lelaki berparang dalam masjid; 3 yang lain cedera.

23 hb: Selayang Baru - seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun telah
dirogol dan dibunuh; mayatnya telah ditemui dalam Tangki Air di sebuah
bangunan rumah kedai.

Dalam masa yang sama juga, heboh muka depan akhbar memuatkan kisah seorang
kanak-kanak yang disyaki telah diculik dan dilarikan pengasuhnya seorang
pembantu rumah dari Indonesia.

Keempat-empat kisah di atas begitu tragis, lebih tragis daripada gossip
tentang adanya  seorang peminat cuba nak menikam Penyanyi Sensasi masa kini,
Adindaku Siti Nurhaliza tempoh hari.

Hairan juga ya, kenapa masa kes Siti Nurhaliza itu; bukan main sibuk para
wartawan minta komen PM, tapi dalam empat kes yang lebih sensasi di atas, tak
ada pula apa-apa komen daripada YAB Perdana Menteri kita. Rasanya bukan tak
ada komen, tapi para wartawan kalau boleh, se aci boleh tak mau nak tanya PM.

Bukannya apa, depa takut nanti untuk kesemua kejadian di atas; PM sekali lagi,
seperti kes Siti Nurhaliza tempoh hari; beliau pun akan berkata:

"ALAH, INI SEMUA ANGKARA PEMBANGKANGLAH NIE - MEREKALAH YANG MENGHASUT
ORANG-ORANG GILA ITU SUPAYA BUNUH ORANG DALAM BAS, ROGOL MAK SENDIRI, SEMBELIH
ANAK MENAKAN SENDIRI, PANCUNG ORANG DALAM MASJID, ROGOL BUDAK, BAWAK LARI
BUDAK�. BLA, BLA, BLA!!!"

[Nasib baik depa tak tanya PM, kalau tidak aci potong jari, mesti PM kata
macam tu punya!!]

Kalau PM jawab macam tu pun, orang dah tak kisah dah aih; orang tau PM cuma
nak buat lawak saja. Ya lah, Malaysia la nie dah kekurangan pelawak dah;
tambah-tambah pelawak Veteran seusia PM; untuk yang tidak tahu, nak habag kat
hangpa bahawa minggu ini kita menyaksikan pemergian seorang lagi pelawak
veteran negara, iaitu Mendiang  AR Ayappan.

HA, MUNGKIN ELOK LAH KOT, DENGAN BAKAT LAWAKNYA DI ATAS; BOLEH LA KOT PM AMBIK
ALIH PULAK TEMPAT AYAPPAN!!

Eh, ini serius nie, bukan nak buat lawak; PM kita memang ada bakat jadi
pelawak.

La, tak kan kot hangpa tak ingat hari itu kita semua pakat tengok dan pakat
dengar betapa berbakatnya PM kita ini dok buat lawak pasal pasal serban, pasal
jubah dan pasal janggut nabi!!

Cakap pasal lawak; minggu ini juga kita menyaksikan satu lagi acara lawak yang
tak menjadi dari Utusan Malaysia. Hari Jumaat 17/10; UM dengan konfidennya
memuatkan kisah kononnya ada satu kumpulan ala Al-Maunah yg dikenali sebagai
Kumpulan Jubah Hitam siap dengan apa yang dikatakan sebagai Kem Latihan mereka
di Kg Sera, Mukim Pulai, Baling. Kedah.

Mungkin kerana tidak mahu dituduh bersandiwara lagi; maka pada malam itu juga
berita TV memuatkan kenyataan KPN Norian Mai mewakili Pak Lah sebagai Menteri
Dalam Negeri bahawa berita Utusan Malaysia itu adalah palsu dan tidak berasas.

MUNGKIN KPN TERINGIN SUNGGUH NAK SEBUT  "INI SEMUA SANDIWARA UTUSAN SAHAJA NAK
BAGI LAKU PAPER DIA" - TAPI KPN TAK SAMPAI HATI TAKUT DITUDUH PULA BERSUBAHAT
DENGAN PEMBANGKANG NAK PERLEKEH PAPER KERAJAAN!!

Terlajak cakap pasal kumpulan Jubah hitam yg sebenarnya adalah sekumpulan
pencari kayu gaharu dari sempadan Betong di sebelah Siam; hujung minggu lalu
saya singgah di sebuah kedai makan di Kuala Pegang, Baling yang terletak
kira-kira 20 km dari tempat kejadian. Saya tanya seorang pakcik itu betoi ka
ada kumpulan Jubah Hitam ini?

Kata Pakcik itu:

"Jubah Hitam apa - ini semua pasal nak bagi orang kelabu mata pasal Harga
Barang dok naik gila la nie!!"

Bila saya tanya lagi; dia bukan nak cerita pasal kumpulan Jubah hitam itu,
tapi pot pet pot pet dia dok cerita pasal tak puas hati dengan kenaikan harga
barang ini. Saya angguk ajelah, lain ditanya lain yang dijawab. Kira-kira
sepuluh minit kemudian, broommm dia pederas motorsikal dia mungkin nak pergi
menoreh ke kebun.

Selepas itu, baru saya dapat point yang dia nak sampaikan; Jubah Hitam ini
sama juga dengan kes lesen terbang dan juga kes mesin judi; semuanya
direka-cipta dengan helah yang tersendiri untuk menutup  isu lain yang
tersembunyi. Apakah benar sangkaan pakcik tua itu bahawa ini adalah satu
strategi kerajaan untuk membendung diskusi mengenai harga barang atau pun
ianya juga mungkin merupakan satu cara untuk menutup isu-isu lain yang lebih
sensasi seperti perampokan royalti minyak di Terengganu  misalnya.

MUNGKINKAH JUGA BERITA-BERITA JENAYAH YG BOLEH DIKATAKAN TIAP-TIAP HARI
DIJADIKAN BERITA MUKA DEPAN INI SEBENARNYA ADALAH UDANG DI SEBALIK BATU -
LEBIH BAIK RAKYAT BERSEMBANG PASAL KES ORANG-ORANG GILA MENGAMUK DARIPADA
RAKYAT SENDIRI NAIK GILA DAN MENGAMUK PASAL HARGA BARANG DOK TENGAH NAIK!!

Selain itu, dari sudut pertentangan politik  PAS UMNO pula; dua tiga minggu
ini kita dimaklumkan bahawa UMNO telah melantik dan menghantar ke ceruk-ceruk
kampung sekurang2nya 25 orang so-called ULAMAK untuk berdialog dengan rakyat
jelata mengenai perjuangan UMNO dan islam.

Seorang kawan dari Kedah ada memaklumkan kepada saya bahawa minggu lepas,
Ustaz Astora Jabat telah dijemput khas untuk sessi dialog dengan seorang Ustaz
UMNO di sebuah Dewan UMNO di daerah Kulim (tak silap saya di Kelang Lama).
Dialog Astota Jabat dengan orang-orang UMNO dan turut disertai oleh beberapa
orang bukan UMNO ini pada dasarnya tak ada apa-apa yg menarik yg saya nak
tulis di sini, sebab apa yg Astora cakap dah selalu kita baca di ruangan Debat
Agamanya dlm Utusan Malaysia itu; cumanya yang saya nak habag di sini ialah
cerita dari seorang orang atas pagar (bukan UMNO dan bukan PAS) yg turut hadir
dalam majlis itu.

Makcik ATAS PAGAR ini jadi hairan dan terkedu, tak boleh diterima akalnya
apabila dia dengar Astora bukan main rancak dok bagi hujjah kata Memakai
Tudung itu bukan wajib dan tidak berdosa kalau tak pakai; lepas tu pulak dia
jadi lagi terkedu apabila dia dengar Astora dok perleceh air jampi atau pun
air Yassin yg orang-orang kita selalu pakat dok buat tiap2 malam jumaat di
masjid2 dan di surau-surau seluruh negara itu.

Masalah pakai tudung mungkin clear cut bagi kita bahawa ianya adalah wajib ke
atas kaum wanita, dan masalah air jampi pula bagi orang2 yg dok mengaji
kitab2; dia akan tahu bahawa ada perbezaan pendapat Ulamak di situ; dan
sebagai menghormati perbezaan pendapat ulamak ini, kita tak kisah sangat sama
ada hang nak pakai ka tidak air jampi itu. Tapi, apabila kita berhadapan
dengan orang-orang kampung yang menerima dan mempraktikkan sesuatu sebagai ada
turun temurun, kita tak boleh pi direct bambu depa ikut dan. Apabila Ustaz
Astora dok pi kata macam tu kat depa; depa pun terus jadi terkedu, pening
kepala:

"Ustaz apa macam nie, dah la kata Tudung tak wajib pakai, lepas tu pi kata
pula air yassin tak boleh buat?"

Bukan saja makcik atas pagar tu pening, pakcik2 tua berkopiah hitam yang pekat
UMNO itu juga turut pening. Maka itu, tak keterlaluan kalau kita katakan; next
time kalau dengar ada Ustaz Astora pi mana-mana; nak mai Taman kita ka,
kampung kita ka; jom lah kita pakat pi tapi pastikan di akhir sessi diaolog
semasa sessi soal jawab itu, jangan lupa tanyakan beliau 2 soalan di atas: (1)
Tudung itu wajib pakaikah? Dan (2) Apa pendapat Ustaz pasal air yassin?

GERENTI HANGPA; LAGI BANYAK KAMPUNG ASTORA JABAT PI; LAGI BANYAK NANTI
ORANG-ORANG UMNO JADI KONFIUS;  DAN LAGI BANYAK ORANG UMNO KONFIUS, LAGI BAGUS
UNTUK PERJUANGAN PAS - KERANA INSYAALAH DI AKHIR KE'KONFIUSAN" MEREKA ITU,
MEREKA AKAN MEMILIH PAS SEBAGAI ALTERNATIF!!

Last sekali, saya nak tulis kat sini satu benda yang saya cukup kagum yang
berlaku sepanjang 2 tiga minggu lepas:

Kalau kita perasan, kita akan dapati bahawa bukan sahaja sejak akhir-akhir ini
malahan sejak beberapa lama dah; media-media massa UMNO dan juga
pemimpin-pemimpin mereka cuba mempengaruhi rakyat jelata khususnya orang2
bukan Islam supaya menjauhi PAS dengan berbagai tohmahan yang berasas; salah
satu caranya ialah dengan menyerang watak TG Nik Aziz secara individu.

Kalau kita masih ingat; tak beberapa lama dulu apabila PAS Kelantan (?) pernah
mengeluarkan kenyataan mengenai pengasingan kolam renang lelaki dan perempuan
; maka kalau kita baca artikel2 dalam laman2 anti-pembangkang seperti di laman
antireformasi sebagai contohnya, kita akan jadi pedih hati dan cukup panas
dada apabila melihat komen2 mereka yg cukup bara sekali; ada yang kata TG Nik
Aziz gatal, miang tak boleh tengok wanita seksi dsg. Ada pula yg tuduh
orang-orang PAS ini jenis yg kalau pi kolam renang, sengaja pi sebab nak
tengok orang pakai bikini etc. Lama lepas itu, bila dah muncul isu2 lain; isu
pengasingan kolam renang lelaki dan perempuan ini lenyap begitu sahaja.

Tup tup tup, saya tertengok the STAR 9/10/2000  m/s 20 menyiarkan tajuk besar:

"SEPARATE POOLS FOR MUSLIM WOMEN MOOTED"
[Kolam renang berasingan untuk wanita Islam dicadangkan]

Keratan berita:

"PENANG: Hotels here have been urged to build sheltered swimming pools for
Muslim women, especially tourists from the Middle East.  State executive
councillor Datuk Kee Phaik Cheen said the special facilities would allow them
to swim in privacy. Travel agents in Dubai have rated Penang as the top
destination in Malaysia. They feel comfortable that hotels here provide halal
food and the ceilings in the rooms show the direction for praying. But they
have also requested separate sheltered swimming pools for Muslim women"

[Terjemahan: Exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Datuk Kee Phaik Cheen menggesa
hotel2 di Pulau Pinang mengadakan kolam renang berasingan bagi wanita
terutamanya untuk pelancung2 dari Timur Tengah. Ini adalah kerana Ajen
Pelancungan di Dubai telah meletakkan P/Pinang sebagai destinasi utama
pelancung2 itu ke Malaysia; mereka selesa dengan adanya makanan halal dan juga
dengan adanya arah kiblat dalam bilik hotel; dan mereka juga telah meminta
kalau boleh hotel2 berkenaan dapat mewujudkan kolam renang berasingan untuk
kaum wanita].

TU DIA AIH -  BILA NIK AZIZ CAKAP, SEMUA ORANG PAKAT KUTUK; BILA KEE PHAIK
CHEEN CAKAP, TAK DAK SAPA KATA APA!!

Nak jadi cerita pula; seminggu dua ini kita dihebohkan dengan berita2 akhbar
yang memetik kata2 pemimpin2 Islam UMNO Lelaki dan Wanita serta pemimpin
bukan2 Islam Barisan Nasional Lelaki dan Wanita yang mentertawa dan
memperlekehkan kenyataan Nik Aziz yang meminta wanita menutup aurat kerana
tidak menutup aurat itu memungkinkan berleluasanya kejadian maksiat dalam
negara. Kalau orang bukan Islam dok gelak, kita paham la sebab hati depa
memang dah gelap, nak buat macam mana; ini bila orang2 yg ada 2 kalimah dalam
dada seperti pemimpin2 Islam UMNO tumpang dok gelak sama, kita jadi konfius.
Kita nak lawan balik pun, suratkhabar depa kontrol; jadi tak boleh nak buat
apa.

Tup tup tup; saya jadi terkejut dan tergamam, sebab dalam ramai-ramai itu;
yang bangun mempertahankan kenyataan Nik Aziz ialah seorang Cina Bukit; iaitu
YB Chong Eng, Wakil Rakyat DAP dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang:

"Chong Eng (DAP Bukit Mertajam), who noted that there was a big hue and cry by
Umno over the remark, said one good thing was that many came up with
statements later to support the stand that a woman's clothes did not correlate
with whether she was molested.  However, on Nik Aziz's remark, she said:
"That's his stand made on  religious grounds. Can you deny it? He's a
religious teacher. Is it wrong from the religion's point of view?'' The Dewan
sits tomorrow" - the STAR 22/10/2000

[Terjemahan: Chong Eng (sebagai bukan Isalam) berpuas hati dengan kenyataan
pemimpin2 UMNO bahawa apa bentuk pakaian seseorang wanita itu tak ada kena
mengena dengan sama ada beliau nak kena cabul atau tidak. Walaupun begitu,
berekenaan kenyataan Nik Aziz, beliau berkata: "Nik Aziz adalah seorang guru
agama (ustaz), beliau bercakap dari sudut agama; maka apakah salah kenyataan
beliau itu yg dibuat daripada sudut pandangan agama???]

 TU DIA AIH - DALAM KEDUA2 KES DI ATAS; APABILA HUKUM ISLAM DIPERMAIN-MAINKAN;
APABILA TIDAK ADA ORANG ISLAM YANG SANGGUP BANGUN BAGI MEMPERTAHANKAN MARUAH
ISLAM INI; MAKA ALLAH YANG MAHA BESAR TELAH MENGGERAK HATI DUA ORANG WANITA
BUKAN ISLAM; KEE PHAIK CHEEN DAN CHONG ENG UNTUK MEMPERTAHANKAN AGAMANYA!!

Cuba hangpa tolong pikiaq sat....


Wassalamu,
Ahmad Baharudin Kasbi


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke