*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Meneliti berita-berita akhbar perdana sepanjang minggu ini; kalau di awal 
minggunya berkisar mengenai tuding menuding sesama komponen BN di atas 
kekalahan mereka di Lunas, di pertengahan minggu dan di penghujungnya pula 
berkisar mengenai gelombang besar yg sedang melanda Pergerakan Pemuda UMNO 
Malaysia sekarang.

UMNO salahkah MCA sebab kononnya tak explain betul-betul isu sekolah wawasan 
kepada orang-orang Cina; MCA pula mungkin sebab tersepit antara rasa sedikit 
puas hati dengan kejayaan Cina-Cina di  Lunas mengajar UMNO supaya jangan buat 
main-main dengan isu bahasa & budaya Cina dengan rasa bersalah sebab kekalahan 
BN itu terang-terang disebabkan oleh undi Cina; maka pemimpin-pemimpin MCA 
kita lihat rata-ratanya cool saja; paling kuat pun Ling Leong Sik kata:

"One year ago (during the general election) the people supported BN.  After 
one year, we lost. Don't blame anybody. We have to sit down and study 
carefully and find a solution to overcome the loss. This is our challenge in 
the 21st century." [The STAR 4 /12/00]

[Tahun lepas masa p/raya umum, depa sokong kita. Tahun ini, kita kalah. Jangan 
salahkan sapa-sapa. Kita kena duduk berbincang, pikir betul2 sebab musabab 
kenapa kita kalah. Inilah cabaran kita di abad ke 21 ini]

TU DIA - HANGPA NAMPAK DAK APA YANG LING LEONG SIK NAK HABAG?

Dia nak habag kata, dia risau sungguh-sungguh sebab perubahan arus orang Cina 
di Lunas itu sebenarnya adalah satu perubahan besar dalam politik Malaysia 
untuk abad yang ke-21 ini!

Kalau kita masih ingat, masa tahun 1999 dulu, orang-orang Cina (tolak Tian 
Chua dan dua tiga orang lagi), kalau sebut Barisan Alternatif, terutamanya 
PAS, KeADILan; tambah-tambah pula perkataan "REFORMASI"; depa cukup jaki 
sungguh!!

APA TIDAKNYA - WAKTU ITU TV1,TV2,TV3/4 DAN TV 7 SIANG MALAM DOK TUNJUK GAMBAQ 
CINA-CINA KENA BUNUH KONONNYA KERANA PERGERAKAN REFORMASI DI INDONESIA!!

Pendek katanya, waktu itu Cina-Cina kat Malaysia ini memang takut sungguh 
dengan laungan Reformasi dan Barisan Alternatif ini. Waktu itu, MCA, UMNO dan 
BN secara keseluruhannya cukup puas hati sungguh sebab berjaya memanipulasikan 
isu di Indonesia itu untuk menakut-nakutkan orang-orang Cina supaya jangan 
mendekati BA. Kerana itu, kali ini apabila orang-orang Cina sudah berani 
mengundi BA, Ling Leong Sik yang mewakili BN melalui MCA ini melihat bahawa 
ini adalah satu perubahan besar kepada masyarakat Cina secara keseluruhannya. 
Orang-orang Cina sudah beralih kepada BA, ini adalah satu cabaran besar kepada 
MCA di abad ini.

TAHNIAH BARISAN ALTERNATIF!!

Kalau dulu BN berjaya menipu orang-orang Cina dengan tayangan adegan sadis 
dari Indonesia; kononnya itulah akibatnya kalau orang-orang Cina menyokong BA; 
tapi kali ini  satu tahun kemudian; apabila orang-orang Cina tengok tak ada 
pun orang Cina yang kena bunuh apabila BA menang di Kelantan dan Terengganu; 
maka pandangan mereka terhadap BA sedikit demi sedikit berubah. Tambah-tambah 
pula apabila bahasa dan kaum mereka dihina seperti kes Dr Mahathir menyamakan 
Suqui dengan komunis dan juga kes sekolah wasasan.

Nak jadi lagi parah pula, beberapa bulan sebelum p/raya DUN Lunas ini;  Ketua 
Pemuda UMNO Bahagian Padang Serai (DUN Lunas dlm kaw Padang Serai) sendiri 
iaitu Datuk Abduk Aziz Syeikh Fadzir, atas kapasitinya sebagai Timbalan Ketua 
Pemuda UMNO Malaysia  dok pi buat kurang ajar kat bangunan Dewan Perniagaan 
Cina di Selangor. Kalau siapa masih ingat, ianya berkaitan dengan kes Suqui vs 
hak istimewa orang melayu tempoh hari.

Tadi, saya tanya kawan saya, sorang Cina apa yang Aziz dah buat sebenarnya. 
Dia cakap, berdasarkan apa yang tersiar dalam suratkhabar Cina:

"Itu Aziz ha, dia bawak sama dia berapa ratus orang Pemuda UMNO; pigi itu 
bangunan, buat demo; tak cukup dengan demo, mereka buat bising lagi, kata 
macam-macam"

Apa depa kata?

"Woi Cina, Lu Balik Teong San La!!"

Apa lagi depa kata?

"Bakar, Bakar Ini Bangunan !!"

HA - PATUTLAH PUN UMNO DOK SALAHKAN AZIZ, BARULAH KITA PAHAM.

DAN, BARULAH SEKARANG SAYA PAHAM KENAPA PEMUDA UMNO PADANG SERAI  YANG 
DIKEPALAI OLEH AZIZ ITU MACAM MALU-MALU KUCING NAK KEMPEN KAT ORANG CINA DALAM 
P/RAYA LUNAS BARU-BARU INI!!

Saya tak kata apa kat member Cina saya tu; cuma saya kata kat dia bahawa 
seteruk-teruk PAS seperti yang digambarkan oleh media-media UMNO, tak daklah 
kami dok pi buat macam itu kat orang Cina. Kata member saya:

"Ha'a, kalau orang tak turun dengar itu ceramah BA di Lunas itu hari ha, orang 
tak tahu cerita sebenar wo - Itu paper punya berita tak boleh pakai wo!!"

Berbalik kepada kes Pemuda UMNO di atas; kalau anda jadi Aziz pun anda tentu 
tak tahan juga kerana secara ikhlasnya kita tulis bahawa kekalahan UMNO di DUN 
Lunas yg terletak dalam kawasan Padang Serai itu bukan saja kerana keceluparan 
Aziz, tapi juga kerana keceluparan Dr Mahathir yang dok tuduh Cina extremist, 
komunis dan lain-lain lagi termasuklah isu sekolah wawasan yang dibuat demi 
untuk merealisasikan cita-cita bangsa Malaysia ciptaan Dr Mahathir semata-mata 
- dia ingat nak buat bangsa Malaysia itu semudah buat Mahligai RM200 juta -  
sedangkan hakikat di bawah sana, sebagai rakyat marhain kita semua tahu bahawa 
walaupun kita semua ini adalah rakyat Malaysia, tapi dari segi agama, bahasa 
dan bangsa kita semua memang berbeza.

TANG BEZA TU, KITA TERIMALAH PERBEZAAN KITA - NAK GADUH2 BUAT APA!!

Yang nak semua orang pi bagi jadi satu bangsa tu apa ke halnya? Macam dok ada 
la nie huru hara ka negara?

Jadi, diringkaskan cerita; apabila semua orang mula menuding jari kepada 
Pemuda UMNO khususnya kepada Aziz semata-mata; maka Aziz pun jadi rimas; mana 
aci dok salahkan dia sorang; kalau dalam bahasa utara ini mungkin dalam hati 
Aziz dok duk-dak-duk-dak dok tahan marah:

"HARAM BEJADAH PUNYA MAHATHIR; DIA YANG MULUT CELUPAQ, LA NIE DEPA PAKAT NAK 
BUAT TAHANA KAT AKU PULAK!!"

[Maksudnya: Semua ini salah Mahathir, tapi sebab semua yang dok ada dalam MT 
tu (tolak Shahrir) takut nak kat Mahathir, maka depa ambik jalan mudah pi 
bubuh Aziz sebagai punca atau pun dlm bahasa orang putih sebagai escape-goat]

Kerana itu, sebab tak puas hati dengan puak-puak MT yang pengecut ini, maka 
Aziz pun menghulurkan surat letak jawatan. Ha, gelabah UMNO seketika!!

Tapi, macam juga kes Ling Leong Sik tempoh hari, cerita yang sama berlaku, 
surat yang dihulur ditarik kembali. Cakap pasal kes Ling Leong Sik, gamaknya 
kalau hari itu beliau tidak ada buat isu nak berhenti, mungkin selepas kes 
Lunas baru ini, tentu Ling Leong Sik dah kata: "Okaylah, okaylah, saya 
bertanggungjawab atas kekalahan BN di Lunas ini,  dengan itu saya dengan ini 
memberi 24 jam Notis berhenti dari Menteri Kabinet dan Presiden MCA".

MASALAHNYA HARI ITU LING LEONG SIK DAH BUAT-BUAT RESIGN DAH, KALI INI TAK KAN 
NAK BUAT SEKALI LAGI KOT!

Berbalik kepada cerita Aziz; selepas dipujuk rayu, beliau pun kembali ke 
pangkuan Pemuda UMNO. Kali ini beliau keluarkan habis semua yang berbuku di 
dada. Dia tak habaglah kata-kata beliau itu ditujukan kepada sesiapa, tapi 
insyaallah saya boleh tolong terjemahkan bagi hangpa:

Petikan drpd the STAR 8/12/00:

"I was really disturbed and disappointed with many quarters, including party 
leaders, for blaming Umno Youth for the defeat when the  problem goes deeper 
than that" .

[BM:  Saya cukup bengang dengan kenyataan berbagai pihak termasuk 
pemimpin-pemimpin parti yang menyalahkan Pemuda UMNO di atas kekalahan ini 
sedangkan masalah sebenarnya adalah lebih dashyat daripada apa yang depa dok 
kata]

YANG INI, AZIZ NAK HABAG KATA BAHAWA DIA CUKUP BARA, PANAS HATI DENGAN SIKAP 
PENGECUT AHLI-AHLI MT YANG TAHU BAHAWA PUNCA UTAMANYA ADALAH MAHATHIR, TAPI 
TAKUT NAK CAKAP - MUNGKIN TAKUT KENA TUDUH LIWAT MACAM ANWAR - LALU DEPA AMBIL 
JALAN MUDAH PI SALAHKAN PEMUDA UMNO!!

"Umno is not run by one man. Everyone had better be serious about this or it 
will surely lose its position and will not be able to attract new members"

[BM: Umno bukannya hak kepunyaan satu orang manusia sahaja; semua orang kena 
serius mengenai hakikat ini, kalau tida UMNO akan gagal menarik ahli-ahli 
baru]

YANG INI, SUDAH TERANG LAGI BERSULUH BAHAWA AZIZ NAK HABAG KATA, UMNO INI 
BUKAN KEPALA BAPAK MAHATHIR YANG PUNYA; TAPI HAK SEMUA ORANG.  SELAGI ORANG 
DOK INGAT UMNO INI MAHATHIR YG PUNYA, MAKA SELAGI ITULAH ORANG-ORANG MUDA AKAN 
TERUS MENJAUHKAN DIRI DARI UMNO!

Yang bestnya, Aziz juga ada kata:

"You don't promise roads to the people only during elections. You provide them 
with infrastructure when they need  them, not when you need their votes."

[BM: You jangan dok buat jalan tar cuma masa musim p/raya; kalau you nak buat 
kemudahan untuk rakyat, you buat tatkala rayat memerlukannya, bukannya apabila 
masa you perlukan undi depa!!]

YANG INI, SAYA TAK HABAG KAT HANGPA PUN, HANGPA TAU DAH - IANYA DITUJUKAN KHAS 
UNTUK SAMMY VELLU TERSAYANG!!!

Siapa tahu, mungkin Aziz tak tahan pedih telinga diperli oleh orang-orang 
Padang Serai waktu musim p/raya yang lalu. Mungkin depa dok buat lawak kata:

"Aziz, kalau kita boleh buat LRT dari Padang Serai lalu Lunas pi Kulim, lagi 
baguih la - mesti ramai orang undi kita!"

PEDIH! PEDIH!

Ringkasnya, kekalahan BN di Lunas ini telah menyebabkan hari-hari kejatuhan 
Mahathir makin menjelang tiba; memang kalau dilihat dlm Majlis Tertinggi, 
semuanya senyap kecuali Shahrir, tetapi kita tahu ada pemimpin-pemimpin UMNO 
yang dok pi cucuk anak buah depa dalam Pergerakan Pemuda UMNO supaya buat hal. 
Semuanya ialah kerana nak bagi isyarat kat Dr Mahathir, kata orang pukul anak 
sindir menantu.

Contohnya, dipetik di sini keratan the STAR 7/12/00:

"Exco member Dr Shamsul Anwar, meanwhile, said the movement under Hishammuddin 
was weak and had lost its direction. "I am just so fed up. We allowed him to 
win the Youth chief's post uncontested but now it looks like he does not even 
understand the situation on the ground. He does not understand the struggles 
of the movement".

[BM: Exco Pemuda UMNO, Dr Shamsul berkata bahawa Pemuda UMNO di bawah 
Hishamuddin amat lemah dan hilang arah. "Saya cukup fed-up, kita bagi dia 
menang Ketua Pemuda tanpa bertanding, tapi nampaknya sekarang dia tak tau apa 
yang jadi kat bawah sana; dia tak paham langsung mengenai perjuangan Pemuda].

Another exco member, who declined to be named, said the situation  was because 
Hishammuddin was a "softie'' who was "parachuted'' into the Youth chief's post 
due to support from the top party leadership.  "He did not work his way up the 
ranks to get the post. So, how do you expect someone who has not gone through 
the baptism of fire to lead and inspire the young?" he said.

[BM: Seorang lagi EXCO member yg enggan disebutkan namanya berkata bahawa 
Hishamuddin adalah "lembut/pondan" yang diterjunkan khas untuk menjadi Ketua 
Pemuda kerana sokongan pemimpin atasan. Beliau bukanlah macam orang lain yang 
bersusah payah naik dari bawah, kerana itu beliau tak paham erti perjuangan, 
dan kerana itu macam mana beliau nak memimpin dan menarik orang-orang muda?]

SAPA DIA LAGI PEMIMPIN ATASAN, KALAU BUKAN YAB DATUK SERI DR MAHATHIR BIN 
MOHAMAD!!

Maka itu, tak salah kalau kita katakan kekalahan BN di Lunas ini walau pun 
nampak kecil saja pada mata sesetengah pemerhati politik, tapi bagi saya 
kekalahan mereka ini adalah satu petanda besar kepada babak-babak seterusnya 
yang akan menyaksikan Dr Mahathir tersungkur di pintu Mahligainya seperti mana 
yang baru berlaku kepada rakannya, Alberto Fujimori dari negara Peru!

Kerana secara kebetulan, secara sembunyi sembunyi Fujimori yang berdarah Jepun 
itu ada menyimpan kerakyatan Jepun, maka bolehlah beliau berlindung di sana 
buat sementara; Dr Mahathir pula apabila tiba masanya nanti, ke manakah 
agaknya beliau akan membawa diri....

Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke