*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Antara isu semasa yang agak menarik untuk diperkatakan bagi tempoh sepanjang 
minggu lepas, minggu terakhir bulan Januari 2001, antaranya ialah cerita 
Estrada-Gus Dur vs Mahathir,  isu pertemuan PAS-UMNO, isu di sebalik 
kemunculan Badan Bertindak Melayu,  dan isu Istana Kelantan vs Pingat 
Kebesaran.

Minggu lepas, kita menyaksikan bagaimana Estrada akhirnya gugur akur berundur 
dari istana Presiden; balik pulang ke kampung halamannya. Berita Utusan 
menulis mengatakan bahawa di hari terakhir beliau berundur  dari kediaman 
rasminya itu, air mata Estrada menitis tanda duka yang tidak terhingga.

MUNGKIN ITULAH KALI PERTAMA RAKYAT FILIPINA MELIHAT PRESIDENNYA MENANGIS; 
TIDAK SEPERTI RAKYAT MALAYSIA - MELIHAT MAHATHIR MENANGIS, SAMALAH SEPERTI 
MELIHAT SENATOR DILANTIK MENJADI MENTERI - SUDAH JADI PERKARA BIASA!!

Tahukan anda apakah asal puncanya yang membawa kejatuhan Estrada? Salahnya 
beliau adalah kerana beliau menerima bantuan wang dari Tauke Judi di Filipina. 
Perbuatan ini dilihat sebagai satu kesalahan yang begitu serius dari kacamata 
politik mereka.

Tapi, di Malaysia, walaupun majoriti kita beragama Islam, walau pun majoriti 
Menteri beragama Islam, dan walaupun majoriti ahli-ahli UMNO sendiri beragama 
Islam, tetapi apabila kerajaan menerima bantuan kewangan dari Tauke-Tauke Judi 
yang berselerak di Malaysia ini ; tak ada siapa pun yang kata apa. Tak ada 
satu pun sepanduk yang muncul meminta Mahathir sebagai pemimpin kerajaan 
berundur kerana menerima habuan dari Tauke Judi. Tapi, yang berlaku adalah 
sebaliknya; kerajaan pi support lagi ada, contohnya apabila ada orang-orang 
besar kerajaan bersara daripada jawatannya seperti Tun Hanif Omar misalnya; 
maka terus saja mereka ini ditawarkan jawatan sebagai orang kanan di Pusat 
Judi berkenaan. Tak pasti pula kenapa, mungkin untuk mempastikan bantuan dan 
persefahaman antara kerajaan dan pusat judi ini akan terus berkekalan.

NAK BUAT GUANO WEI, MASIH RAMAI LAGI ORANG BESAR KITA YANG TAK TAHU KATA DALAM 
AL-QURAN ADA AYAT YANG MENGHARAMKAN PERJUDIAN!!

Ringkas ceritanya, Estarada jatuh kerana rakyatnya  marah kerana beliau telah 
melanggar etika nasional dengan menerima wang bantuan dari tauke Judi, tapi di 
Malaysia rakyatnya yang beragama Islam tak rasa marah langsung walau pun 
secara trang tang tang ada orang Islam yang menjadi orang kanan di Pusat-Pusat 
Judi berkenaan!

Dari segi ini, tak salah kalau kita katakan, orang-orang Kristian Filipina 
lebih kuat pegangan agamanya berbanding kita!

Di Indonesia pulak, Gus Dur yang pernah berposing dengan wanita bukan muhrim 
di atas riba - nak buat macam mana dong, matanya rabun, manalah tahu yang 
duduk di atas ribaannya itu lelaki atau wanita!! - sepanjang minggu lalu kita 
menyaksikan bagaimana mahasiswa/I yang sudah pulang ke bangku persekolahan 
selepas kes Suharto kini kembali lagi untuk memastikan misi REFORMASI mereka 
hari itu tidak tersekat di tengah jalan; kini Gur Dur pula sedang merasai 
bahangnya.

HA- BANDINGKAN PULAK DENGAN SEMANGAT API REFORMASI DI  MALAYSIA INI?

LAWAN TETAP LAWAN,
MAHATHIR DOK LUAQ, ANWAR TETAP DOK DALAM.
REFORMASI KONON - PIIRAHH!!!

Mungkin kerana rasa seriau dengan kepulangan semula pejuang-pejuang reformasi 
ke kota Jakarta; dan khuatir kalau-kalau kepulangan mereka ke kota Jakarta ini 
mampu membangkitkan semula bahang api Reformasi di negara Malaysia, maka 
sepanjang minggu lalu juga kita dapat menyaksikan bagaimana dua orang kuat 
kerajaan Malaysia membuat kenyataan akhbar meminta supaya mereka-mereka yang 
berkenaan agar dapat bertenang.

Pak Lah dalam kenyataannya dalam the STAR 2 Feb 01 mengatakan bahawa kerajaan 
Malaysia yakin bahawa rakyat Malaysia tidak akan terikut dengan cara Indonesia 
dan Filipina menjatuhkan pemimpin yang tidak disukai rakyat jelata kerana 
kononnya secara tradisinya rakyat Malaysia lebih suka menggunakan saluran 
demokrasi. Hamid Albar pula dalam kenyataannya (the STAR 3 Feb 01) turut 
membuat kenyataan yg hampir sama, "Use ballot box, not Demos" kata Hamid 
Albar. Maknanya gunalah peti undi, jangan guna demonstrasi.

TU DIA - NAMPAK TAK BETAPA GELABAHNYA PUAK-PUAK UMNO DENGAN PERKEMBANGAN 
TERBARU DI FILIPINA DAN INDONESIA SANA.

Dari sudut politik, inilah peluang keemasan sebenarnya untuk pejuang-pejuang 
reformasi bertindak; tetapi kerana saya bukanlah orang keADILan, saya tidak 
begitu pasti apakah yang sedang mereka fikirkan di kala ini. Apa-apa pun, 
membaca kenyataan-kenyataan pemimpin-pemimpin kerajaan sepanjang minggu lepas, 
saya dapat melihat betapa resahnya mereka menunggu kot kot kalau kebangkitan 
semula api reformasi di sana, bahangnya atau pun sekurang-kurangnya Jerubunya 
akan ditiup angin melarat hingga ke bumi Semenanjung!!

Kadang-kadang saya fikir, kesian juga kepada UMNO ini; political manevour yang 
dilakukan oleh BA yang bersetuju duduk berbincang dengan UMNO melalui PAS dan 
terus berperang dengan UMNO melalui KeADILan menyebabkan UMNO jadi tak senang 
duduk. Di satu pihak, UMNO terpaksa memaniskan muka demi mempastikan Pertemuan 
PAS-UMNO (yg diwar warkan oleh Utusan sebagai inisiatif UMNO) akan menjadi 
kenyataan, dan di satu pihak pula, tatkala berhadapan dengan KeADILan, UMNO 
walaupun masih berkeras tetapi tidak lagi boleh sekasar dulu, kerana UMNO tahu 
hubungan antara PAS dan keADILan adalah ibarat adik dan abang.

MASAKAN BOLEH , DOK KATA NAK BERDAMAI DENGAN SI ABANG, TETAPI PI BAGI PENAMPAQ 
KEPADA ADIKNYA!

'Kesudian' UMNO memberi permit kepada Perjumpaan Aidilfitri anjuran  KeADILan 
di Teluk Panglima Garang tempoh hari adalah bukti bahawa UMNO terpaksa merubah 
strateginya untuk seketika ini supaya tidak mahu dilihat sebagai terlalu 
berkeras hingga memungkinkan Pertemuan PAS-UMNO tidak menjadi.

Saya melihat tektik yang digunakan oleh PAS dan KeADILan ini memberi kesan 
kepada UMNO untuk seminggu dua ini; contohnya kalau kita baca akhbar the STAR 
sepanjang minggu lepas, kita melihat betapa peningnya kepala pemimpin2 UMNO 
mengulas mengenai pendirian PAS yang sekejap kata sudi nak berjumpa sekejap 
kata tak jadi atas sebab-sebab tertentu, antaranya ialah kerana UMNO dok 
canang kononnya pertemuan itu adalah untuk membincang akan kemasukan semula 
PAS ke dlm Barisan Nasional dan PAS ugut akan membatalkan pertemuan itu 
kiranya agendanya hanya semata-mata membincangkan Perpaduan Melayu dan 
bukannya Perpaduan Nasional.

PAS perlu lebih kerap menekankan tentang Perpaduan Nasional ini kerana ada 
rakan-rakan kita dari bukan Melayu yang bertanyakan saya mengenai Pertemuan 
ini, adakah bermakna PAS akan masuk semula ke dalam Barisan Nasional, 
bagaimana pula dengan janji-janji PAS tentang menentang ketidakadilan, 
kezaliman dan 1001 lagu kemungkaran yang dilakukan oleh UMNO, dan berbagai 
lagi persoalan yang diajukan. Lebih kerap PAS memainkan isu Perpaduan Nasional 
ini, lebih elok untuk perjuangan BA; kerana kita pun sudah tahu dan sama tahu, 
pertemuan ini juga adalah antara agenda UMNO untuk mewujudkan krisis keyakinan 
orang-orang bukan Melayu terhadap PAS dengan harapan, di akhir pertemuan itu 
nanti, akan ada orang bukan Melayu dan juga orang-orang Melayu khususnya 
anak-anak muda yang sudah berpatah arang dengan UMNO, akan berkata:

"PIIIRAH - PAS DAN UMNO 2X5, 5 X2 SAJA; CAKAP MAU LAWAN MAHATHIR SAMPAI 
TUMBANG, TAPI HABUK PUN TARAK, PIIRAHH!!"

Itulah harapan UMNO; kerana itulah UMNO cukup tertekan dan cukup desperate 
untuk mempastikan Pertemuan itu akan menjadi seperti yang dirancang. PAS perlu 
bijak menangani kemelut ini.

Dalam keadaan UMNO yang cukup desperate nak bertemu dengan PAS ini; saya lihat 
PAS sememang bijak mengambil peluang yang ada. Antaranya ialah saya terbaca 
kenyataan sdra Nasharudin (Setiausaha PAS Pusat)  yang menyatakan rasa tidak 
puas hatinya dengan kenyataan Dr Mahathir di Sik minggu lepas. Kata Nasharudin 
lebih kurang:

"Kata nak berjumpa dan berbincang dengan kita, tapi di Kedah semalam dok pi 
bantai kita lagi!!"

Kenyataan-kenyataan yang sebegini menyebabkan pemimpin-pemimpin UMNO termasuk 
Dr Mahathir terpaksa menapis ucapan mereka untuk tempoh sepanjang penantian 
tersebut. Kerana itu, dalam ucapannya di Putrajaya baru-baru ini, taklah pula 
saya dengar beliau ada memperli parti pembangkang secara terbuka.

Ini adalah satu kejayaan kepada perjuangan BA secara keseluruhannya, kerana 
dari satu sudut BA berjaya mengekang mulut UMNO untuk menapis sebelum membuat 
apa-apa kenyataan negetif berkenaan pembangkang, dan dari satu sudut pula BA 
melalui KeADILan dan PRM serta DAP masih boleh terus mengasak kerana mereka 
tidak ada apa-apa kaitan dengan Pertemuan PAS-UMNO berkenaan.

MAKA ITU; DALAM KEADAAN PAS SEDANG MENGATUR LANGKAH SETERUSNYA INI; KITA 
BERHARAP SUARA KAWAN-KAWAN KITA DALAM BA - KEADILAN, PRM DAN DAP  AKAN TERUS 
BERKUMANDANG - BINCANG BINCANG JUGA - TAPI, LAWAN TETAP LAWAN -SAMPAI MAHATHIR 
TUMBANG!!

Dan, sepanjang minggu lepas juga kita dihebohkan dengan isu penubuhan Badan 
Bertindak Melayu atau dalam suratkhabar the STAR, dipanggil dengan nama 
glamornya sebagai MAF (Malays Action Front) yang bertujuan kononnya ingin 
membela hak-hak orang Melayu di Malaysia ini. Semua orang tahu kepalanya tak 
lain tak bukan ialah sdra Ibrahim Ali yang ketika dalam Semangat 46 dulu, 
pernah bernazar akan menjilat lubang kemaluan belakang Dr Mahathir kiranya 
beliau masuk semula ke dalam UMNO.

NIATNYA MUNGKIN MURNI, TAPI ORANG YANG PERNAH BERNAZAR TAPI MUNGKIRI, PAYAHLAH 
SIKIT RAKYAT JELATA NAK PERCAYAI!!

Bagi saya, tidak ada apa yang menarik sangat mengenai isu penubuhan Badan 
Bertindak Melayu ini; cuma ada dua perkara saja yang ingin saya tuliskan di 
sini. Pertamanya mengenai slogan atau Rallying Cry yang digunakan oleh BBM 
untuk meraih simpati orang Melayu ini iaitu kata-kata keramat dari mulut 
Laksamana Hang Tuah "Tak Melayu Hilang Di Dunia"!!

Piirah! - Belum pun sampai akhir dunia, harta Melayu di kawasan Tanjung kini 
cuma sekitar 1% SAHAJA; tak percaya sila mai Penang, naik Feri, lepas tu pi 
sewa mana-mana beca, suruh dia kayuh bawak hangpa round kat Tanjung sana; 
cubalah tengok, kalau tak kerana ada kedai-kedai mamak India Muslim, harta 
milik orang Islam di sini mungkin dah dekat 0%. So, Tak Melayu Hilang Di Dunia 
kepala hotak hangpa!

Selain itu, dulu kat Malaya ini ada 4 buah bandar yang penduduknya majoriti 
Melayu, iaitu Alor Setar, Johor Bharu, Kuala Terengganu dan Kota Bharu. 
Sekarang ini, yang tinggal majoriti Melayu cumalah KB dan KT, sementara Alor 
Setaq dan JB Melayu bukan lagi golongan majoriti.

SIAPA PERINTAH KEDAH? SIAPA PERINTAH JOHOR? CINA KA? INDIA KA? ATAU SIAPA?

Jawabnya ialah UMNO; jadi, 'Tak Melayu Hilang Di Dunia' apa ke jadahnya?

Yang keduanya ialah dari sudut politik dalaman UMNO; kita melihat penubuhan 
BBM ini adalah agenda tersembunyi kumpulan-kumpulan tertentu untuk mewujudkan 
satu support base atau politcal foundation untuk seseorang tertentu dalam 
UMNO, yang saya lihat secara khususnya adalah dirancang untuk menaikkan semula 
Tengku Razaleigh Hamzah.

Untuk mereka yang baru mengenali modus operandi politikus-politikus dalam 
UMNO; pemimpin2 UMNO apabila mereka berperang sesama sendiri, mereka bergerak 
menggunakan support group di bawah mereka untuk meraih dan mengekalkan 
sokongan yang ada. Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu  menggunakan ABIM, Pak 
Lah kini sedang memperkudakan GPMS, dan Hamid Albar pula kini sedang mengorak 
langkah menggunakan MAYC yang diwar-warkan akan bergabung dengan MBM untuk 
membentuk satu support base yang lebih besar:

" Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kebangsaan sedia bergabung 
dengan Majlis Belia Malaysia  (MBM) bagi memperkukuhkan lagi gerakan belia di 
negara ini.  Presiden MAYC, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, hasrat itu  
bukanlah sesuatu yang menghairankan memandangkan kedua-dua                  
pertubuhan tersebut pernah bergabung sebelum ini." [Utusan 7/1/01]

Dan, minggu lepas kita dapat lihat ada orang sedang cuba mewujud dan akan 
mempergunakan BBM; kalau tak salah tekaan BBM ini  ada kaitannya dengan Ku Li.

Kita melihat Pak Lah ada sedikit gusar dengan BBM ini; mungkin kerana risaukan 
dengan kewujudan BBM, maka Pak Lah melalui GPMS tanpa segan silu mempelawa BBM 
supaya bergabung dengan GPMS dalam apa yang dikatakan sebagai Gagasan Suara 
Melayu (GSM - macam line talipon saja!) seperti dalam laporan berikut:

"The Federation of Peninsular Malay Students Associations (GPMS) has invited 
the pro tem committee of the Malays Action Front (BBM) to rally under the 
Voice of the Malays Movement (Gagasan Suara Melayu--GSM) to promote solidarity 
among the community.  "The merger could bring about better efforts to 
streamline moves at  uniting the Malays,'' GPMS secretary-general Syed Anwar 
Syed Mohamad said yesterday.  "It would be better to fight as "one'' rather 
than have too many Malay associations to present their case,'' he added.  [The 
STAR 31/1/2001]

Ringkas ceritanya, dalam UMNO apa-apa Pertubuhan yang diwujudkan atas apa 
tujuan sekalipun, tujuan akhirnya ialah untuk memuaskan nafsu serakah politik 
pemimpin-pemimpin tertentu bagi meraih sokongan di akar umbi demi sebuah 
perjuangan peribadai bernama UNDI!!

KERANA ITU, JANGANLAH KITA TERPENGARUH DENGAN APA JUA SLOGAN KERAMAT YANG 
DIUCAPKAN OLEH PERTUBUHAN-PERTUBUHAN INI; TAK KIRALAH BBM KA, MAYC KA, MBM KA 
DAN APATAH LAGI KALAU IANYA DARIPADA GPMS - GABUNGAN PELAJAR MANGKAQ 
SEMENANJUNG!!

Berkenaan krisis Istana Kelantan pula, ada  dua versi yang saya terima; satu 
mengatakan bahawa ianya ada kena mengena dengan campurtangan politik oleh 
seorang politikus bayangan bernama YB Ku Li; satu lagi mengatakan ianya ada 
kena mengena dengan ketamakan dan kerakusan Dang Bini kepada Raja Kelantan 
sekarang.

Kalaulah benar, Ku Li dok buat hal kat belakang, dok cucuk Istana supaya 
bermusuhan dengan kerajaan negeri pilihan rakyat; kita tak tau nak kata apa 
dah la. Mungkin ada baiknya kita usulkan supaya baginda Sultan turun takhta 
dan bagi Ku Li jadi Sultan!!

OKAY PA - KU LI PUN BERDARAH RAJA JUGA!!

Tapi, cerita mengenai campurtangan Raja Perempuan Kelantan nampaknya ketara 
rasanya, berdasarkan keratan berita tersebut dari salah satu laman di 
Internet:

"Kini Tuanku Sultan semakin sakit kepala dengan kerenah Raja Perempuan. Bukan 
setakat Tanah, tetapi yang lebih Membingungkan Baginda ialah- Tengku Anis 
sedang Memaksa supaya " salah satu Anugerah JP yang akan di-kurniakan sempena 
Ulangtahun Keputraan Tuanku nanti, di berikan kepada Towkay Cina itu " Tetapi 
pihak kerabat sebelah Tuanku Sultan dan Majlis Perajaan mahu Anugerah itu di 
berikan kepada " melayu". Sumber itu juga menyatakan bahawa kedegilan Tengku 
Anis amat susah untuk di-atasi. Tuanku Sultan sering keluar bersendirian untuk 
menghilang Tekanan ini. "

ISH, ISH, ISH - KASIHAN SUNGGUH PATIK KEPADA DULI TUANKU!

MUNGKIN SUDAH TIBA MASANYA TUANKU CARIKAN YANG LAIN SEBAGAI PENGGANTI. APA 
KISAH TUANKU, PENGIRAN RAJA BRUNEI PUN BERISTERI DUA. LAGI PUN, KALAU TUANKU 
DAPAT YANG BERTUDUNG DAN COME LOTE MACAM DYMM SERI PADUKA RAJA PERMAISURI 
AGONG, GEMBIRA JUGA RAKYAT JELATA DIBUATNYA!!

Last sekali, di kala saya sedang menaip ulasan ini, heboh orang memperkatakan 
mengenai  serangan di Balai Polis di Guar Cempedak, Yan  Kedah. Saya belum 
dapat tahu cerita yang sebenarnya, cuma dok dengar orang bercerita saja. Jadi, 
cukuplah kot kalau saya ringkaskan cerita itu dengan serangkap pantun di 
bawah:

BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR,
AMBIK GALAH TOLONG JOLOKKAN,
NASIB BAIK YG SERANG BALAI POLIS GUAR CEMPEDAK TU BUDAK2 BARU BELAJAR,
KALAU TIDAK, KESIAN KITA, HABIS SATU QUARTERS BALAI DEPA AMOKKAN!!

So, kerana saya sendiri ada ramai kawan dan adik beradik yang kerja di balai, 
kita minta tolonglah supaya KDN dapat berbuat sesuatu mengenai perkara ini; 
kasihan kat depa, dah la gaji tak seberapa, kemudian itu kakitangan selalu 
saja tak cukup!!

Polis juga adalah manusia, mereka pun punya hati dan perasaan; ada Polis 
bagitau dia lebih suka zaman Rahim Noor sebab walaupun dia tu jahat pada 
kacamata  geng Reformasi, tapi tak macam Norian Mai, Rahim Noor cukup ambik 
berat pasal anak buahnya. Betul ke tidak kata-kata beliau, hanya depa-depa 
yang dok di balai boleh sahkan!


Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke