*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum

Satu peringatan yang bagus dan panduan untuk semua. Saya
ingin menambah sikit.

1.  Bila memotong tu biarlah cepat sikit dan balik ke kiri
lorong segera. Ada sesetengah tu esp orang perempuan dan
orang tua dah lah tak confident nak potong dok pi stay kat
lorong memotong tu apasal?

2.  Dijalan yang bukan highway, kadang-kadang tu ada kereta
yang cuma eksyen nak memotong tapi tak potong-potong, pesan
saya, kalau tak pandai over take tu bagilah chan orang lain
overtake terutamanya motorsikal. Motorsikal sebenarnya
lebih laju dari kereta dalam keadaan biasa. Saya sendiri
kadang-kadang menonggang selaju 140-160km/j di highway.
Walaupun agak laju tapi cuma keadaan tertentu sahaja spt
jalan kosong, tak hujan dll. 

3.  Di jalan biasa yang berliku-liku tu kalau terasa bawak
slow sampai berderet-deret dibelakang dan di hadapan anda
tu kosong. Berhentilah sebentar di bahu jalan dan beri
peluang orang lain yang berderet tu overtake anda. Mana
tahu ada antara mereka yang dalam kecemasan.

4.  Kepada penonggang motorsikal rajin-rajin check semua
lampu motorsikal anda. Terutamanya lampu belakang. Tak
mahal bulb lampu belakang dalam lingkungan RM 2.00 ajer.
Nyawa anda lebih bernilai dari RM 2.00 tu. Kalau kena
sondol sebab lampu anda padam, yang bersalah anda sendiri.
Dan kalau masih hidup lepas kena sondol anda pulak kena
repair kenderaan orang yang sondol anda sebab anda yang
bersalah. Tak ke dua kali rugi. sakit badan dan sakit
poket.

5.  paper hari ni ada cerita lebih 200 ribu tak bayar saman
dan waran tangkap dah dikeluarkan. Sapalah agaknya yang
bakal kena gari kat rumah sendiri? Padan muka, sapa suruh
bawak laju sampai kena saman. yang bawak laju tapi belum
kena saman tu kira nasib baik dan bersyukur kepada Allah.

6.  Cerita pasal saman ni saya pernah berbual berdua dengan
Dato' Dell Akhbar Khan. Saya tanya dia, kadang-kadang saya
tak jumpa speed limit ataupun speed limit mengelirukan spt
pasang terbalik ataupun ada start speed limit tapi tak
jumpa ending speed limit tapi kena saman gak. Antara tempat
saya bagi contoh ialah di Cherating ada starting depan
Lagend Resort 70km/j tapi ending entah kat mana. kat
kemaman baru saya jumpa tanda 90 km/j. Itu pun punyalah
jauh rasanya dekat 20 km. So dato' tu bagi tau saya kalau
jumpa kes macam tu boleh jumpa dia ataupun mana-mana ketua
polis daerah tempat saman tu keluar depa boleh kenselkan
saman tu. Saya cakaplah Dato' ni Ketua Polis PJ dan bekas
Timbalan Pengarah Keselamatan Awam juga bekas Timb. Ketua
Polis Trafik so semua polis kenal Dato' tapi kalau saya ni
kena saman macam tu, jangan kata nak minta kensel, nak
jumpa Ketua Polis balai pun tak akan dibagi chan. Cthnya
ketua Polis Kemaman, baru menjenguk depan pintu dah dihalau
keluar, ended up bayo ajer lah, lari budget RM 200.00.
Dato' tu gelak sendiri ajer.

7.  bagi chan orang lain cerita pulak.

Wassalam.





--- "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net   
>  }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]       
>  }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]   
>  }
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum wbt,
> 
> Sekali-sekala tu kena korner sikit ke topik lain. Weekend
> baru lepas ni saya
> sekeluarga balik Johor. Dalam perjalanan dari Shah Alam
> ke JB melalui
> 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Calendar - Get organized for the holidays!
http://calendar.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pemuda Cawangan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke