*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Komen tambahan:

1)Mengenai hazard light ni, setengah-setengah kenderaan (imported, dan juga
kereta proton yang diexport utk negara-negara tertentu) dilengkapkan dengan
'rear fog lamp' yang mana ianya lebih sesuai digunakan untuk situasi hujan
lebat atau kabus tebal. Ianya terang dan lebih mudah dilihat dalam 2 situasi
tersebut. I think JPJ should regulate all vehicle to be equiped with this
unit.

2)Bercakap pasal roundabout ni, ianya adalah sistem yang tidak sesuai. Apa
taknya, kita ceduk dari sistem British. Di USA, jarang-jarang dan amat payah
nak jumpa roundabout. Sistem roundabout ini hanya sesuai untuk keadaan
trafik yang sedikit ataupun sederhana. Sistem roundabout ini gagal dalam
situasi trafik yang banyak dan mudah berlaku deadlock. Bila trafik banyak,
ianya memerlukan 4 orang pegawai trafik untuk mengendalikan trafik dengan
'efficient'.


-----Original Message-----
From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Saturday, November 18, 2000 2:20 AM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: RE: H-Net* Keselamatan Jalanraya: Kesilapan Yang Biasa Kita
Lihat!



 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
wa'alaikumsalam,

best ni...one of my feveret topic. ok, saya pun nak sama komplen 
jugak....walaupun saya ni tergolong dalam kalangan "offensive 
driver".

1. Pasal motosikal tu memang setuju bebenor la. Selalu2 lah 
check semua lampu, pastikan menyala. Satu lagi pasal cermin 
tepi pd motosikal, banyak yang takde.. tak taulah..dengar2 cerita 
anak2 muda ni, kalau ada cermin tepi tu tak macho/cool. issskkk 
Nak macho camane kalau dah kena balut kain kapan?

2. Cakap pasal cermin tepi ni, ramai pemandu malaysia yang tak 
tau atau tak peka mengenai fenomena "blind spot" iaitu kawasan di 
tepi dan ke belakang sedikit dari bahu kanan pemandu. Kalau 
kereta/motor berada di blind spot ni, memang kita tak nampak 
dalam cermin tengah atau tepi. Jadi kalau nak tukar lane tu, tolong 
la toleh kejap pastikan takde sesapa di situ.
(Dalam suratkabar NST 2 minggu lepas, dia ada sebut pasal ni, 
dan dia ada sebut cara nak adjust cermin supaya blind spot tu 
hilang atau tampal cermin mungkum pada side mirror, tapi yang 
hairannya, dia tak sebut pun pasal cara paling mudah iaitu toleh 
sekejap, hmmmm...)

3. Lanjutan dari blind spot ni, kita pun jangan pulak duduk lama2 
kat blind spot orang lain. Overtake aja terus... Yang gemar duduk 
kat blind spot ni kebanyakannya motorsikal (motosikal lagi...). Nak 
check sama ada kita duduk kat blind spot orang atau tidak, kita 
pandang side mirror orang tu...kalau nampak muka dia, maknanya 
dia pun boleh nampak kita. Kalau tak nampak, ubah kedudukan.

4. Mengenai hazard light masa hujan, pada saya ada ketika yang 
boleh/harus dipakai. Ketikanya ialah bila kita dari keadaan kering 
lalu tiba2 terserempak dengan hujan yang terlalu lebat (ini berlaku). 
Oleh kerana kita terpaksa slow down dengan mendadak dalam 
keadaan ini, hazard perlu dinyalakan sekejap untuk menyedarkan 
pemandu belakang mengenai perubahan drastik keadaan 
jalanraya. Tapi ingat, cuma sekejap saja... Bila dah lama dalam 
hujan, semua orang dah slow down dan semua dah dalam 
equilibrium, tak perlulah lagi nyalakan hazard tu. Keadaan lain 
yang perlu ialah bila trafik terhenti (road block, accident, etc), any 
need for a drastic speed reduction, transitory conditions. 

Kadang2, untuk mengelakkan dari menyalakan hazard, saya tekan 
brek, lepas dan tekan semula beberapa kali. Ada 2 fungsi; pertama 
insyaAllah dapat mengelakkan dari skidding (ini sebenarnya apa 
yang sistem ABS lakukan), kedua lampu brek yang berkelip2 
akibat tindakan itu akan lebih menyedarkan orang belakang 
mengenai perubahan drastik di hadapan. Ye lah..kadang2 kita 
alert, tapi orang belakang khayal, kena kejutkan juga. Ataupun 
mungkin brek kita ABS, tapi brek orang belakang dah haus...kena 
sondol juga. 

5. Tailgate; memang patutnya tak boleh, tapi kerana saya ni 
offensive driver, saya buat jugak dalam situasi tertentu :). Ini ialah 
bila ada driver slow kat lane laju, saya tailgate nak kasi dia bangun 
dari lamunan dia. Anyway, kalau nak tailgate, first of all pastikan 
lampu brek pemandu depan berfungsi dan kita ada refleks macam 
fighter pilot. Kemudian, jangan perhatikan kenderaan yang kat 
depan mata, tapi look through the vehicle supaya kita pun tahu apa 
yang pemandu depan nampak. Untuk mengesan perubahan 
kelajuan pemandu depan, kita gunakan peripheral vision untuk 
melihat lampu breknya. Dengan cara ini, kadang2 kita dapat react 
terhadap situasi trafik lebih dulu dari orang depan. Tapi kalau dia 
dah pasang kaca tinted atau sunshade pada cermin belakang 
sampai kita tak boleh see through, jangan tailgate ler.. :)

6. Mengenai roundabout; sepatutnya zaman sekarang ni takde 
dibuat lagi roundabout2 ni, memang akan jam teruk punya 
insyaAllah. Traffic light sepatutnya digunakan. Anyway, 
pengalaman kat roundabout ni, ada sebab kenapa orang ambil 
lorong kiri untuk belok ke kanan (3 oclock turn) di bulatan. Ini ialah 
kerana lorong kirilah lorong yang paling mudah untuk merge/masuk 
roundabout tu sendiri dalam keadaan sibuk. Sebabnya ialah di 
lorong kiri, kedudukan kereta almost parallel dengan roundabout tu, 
jadi nak masuk/merge senang, seolah2 changing lane saja. Dan 
kenderaan yang sudah berada di dalam roundabout tu sendiri 
terslow sikit kerana melihatkan muncung kenderaan di lorong 
kanan kita dah terjulur sikit. Jadi mudahlah penghuni lorong kiri 
masuk. Double advantage...

Penghuni lorong kanan pulak, oleh kerana dia lebih perpendicular 
dgn roundabout tu, maka susah untuk dia masuk. Kalau dia pikir 
dia nak ambik lorong kanan kerana nakbuat 3 oclock turn tu, maka 
dia kena melintas laluan outer lane roundabout utk ke inner lane 
dan kena melintas laluan lagi dari inner lane dan keluar ke simpang 
yang dihajati. Double disadvantage...

Berlakunya persilangan laluan2 inilah yang menyebabkan jam yang 
teruk di semua roundabout. Jadi, inherently, roundabout is a bad 
idea.

7. Ni satu cadangan kalau ada mana2 designer jalanraya kat sini. 
Untuk emergency lane kat highway tu, elok buat permukaan dia 
menggerutu sikit, right outside the lane for about 1 foot wide. Ni 
kalau ada driver yg mengantuk/lalai yang drift keluar dari lane, 
permukaan menggerutu ni akan buat tayar dia bising dan 
mengejutkan dia dari lamunan. Penunggang2 motosikal tak perlu 
risau kerana permukaan menggerutu ini cuma selebar 1 kaki saja 
dalam emergency lane itu.

8. Traffic light mati; ok, bila traffic light mati sepatutnya takde 
sesiapa yang ada right of way, walaupun dia jalan besar. Kaedah 
yang baik/adil/selamat ialah semua sekali berhenti by default bila 
sampai di simpang, kemudian bergilir2 menggunakan 
persimpangan itu. Selapis kenderaan jalan... kemudian lapis 
belakangnya berhenti kerana memberi giliran kenderaan dari jalan 
tepi untuk masuk. Selepas selapis kenderaan dari jalan tepi lalu, 
giliran yang berhenti tadi pula lalu selapis. Begitulah seterusnya. 
Hmmm...susah sikit nak describe di sini. Saudara/i yang pernah 
duduk di US tentu faham apa yang saya maksudkan. 

Perkara ni perlu perubahan undang2, perubahan habit dan 
perubahan budaya. Kena banyak kempen dan laksanakan pelan2 
insyaAllah.

9. Trafic signs; traffic signs yang tak seragam amat memeningkan 
kepala. Sekejap tulisan besar, sekejap tulisan kecik, sekejap 
pakai metal, sekejap pakai plastik siap lampu kalimantang 
dalamnya, sekejap plain JKR traffic signs, sekejap corporate 
sponsored traffic signs. Issskk...iskkk... Buatlah standard dan 
yang paling penting ikutlah standard yang dah ditetapkan; uniform 
lettering size, height, distance from the road, reflective letters,  etc.

Okla. Cukupla mengkomplen. Saya mintak mahap kat semua 
kalau ada silap.
Last sekali...berhenti bila mengantuk...tapi di larang berhenti di 
lorong kecemasan. So nak buat camane ye? :)


> >===== Original Message From "Hassan, Haslim"
> ><[EMAIL PROTECTED]> 
> =====
> >Assalamualaikum wbt,
> >
> >Sekali-sekala tu kena korner sikit ke topik lain. Weekend baru lepas ni
> >saya sekeluarga balik Johor. Dalam perjalanan dari Shah Alam ke JB
> >melalui lebuhraya Plus, terdapat 3 kemalangan dan 2 daripadanya berlaku
> >ketika hujan. Bercakap pasal kemalangan jalanraya masa hujan ni, kat
> >Federal Hiway tu memang common sangat.
> >
> >Dengan semangat Malaysia Boleh, Malaysia adalah antara negara yang
> >mempunyai kematian yang tertinggi bersebabkan kemalangan jalanraya
> >berbanding dengan negara lain. Kemalangan jalanraya jugak adalah
> >statistik tertinggi penyebab kematian dalam statistik negara.
> >
> >Berikut adalah pengamatan saya antara kesilapan-kesilapan pemandu
> >dijalanraya yang berpotensi menyebabkan kemalangan jalanraya untuk
> >dikongsikan dgn warga Hizbi:
> >
> >1) Motorsikal yang lampu belakangnya tidak bernyala terutama waktu malam.
> >Kalau driving tu, selalunya bila dah dekat baru lah perasaan ada motor
> >kat depan kita. Kadang-kadang tu nyaris jugak sebab bila laju 90-110,
> >kalau lebih apatah lagi... Boleh dikatakan 20-40 peratus motosikal yang
> >kita jumpa lampu belakang tak menyala... Tak risau ke depa ni akan
> >keselamatan sendiri?? Risiko nak kena sondol dari belakang amat tinggi...
> >Setengah-setengah tu siap bawak anak bini lagi... Hai! Kalau tak sayang
> >diri, atleast pikir lah keselamatan anak bini kat belakang tu!!!
> >
> >2) Menukar lorong atau memotong dengan tidak memberi lampu signal.
> >Tambah-tambah lagi kalau masa kenderaan banyak di lebuhraya. Tak terpikir
> >ke pemandu akan risiko kemalangan? Agaknya depa ingat pemandu lain ni ada
> >'telepathy' kot, boleh baca pemikiran depa!!!
> >
> >3) Tak menyalakan lampu ketika hujan atau berkabus.
> >Agaknya pemandu takut bulb lampunya tak tahan lama kot, sayang nak spend
> >beli bulb baru... Apabila hari hujan, 'visibility' adalah agak rendah
> >(ditambah lagi kalau side mirror dengan side window berkabus) dan dengan
> >memasang lampu dapat membantu pemandu dalam kenderaan lain untuk 'nampak'
> >kehadiran anda. Apabila kenderaan lain turut memasang lampu, dengan
> >sekali imbas kita dapat mengagak kedudukan kenderaan lain...
> >
> >4) Memasang 'hazard light' ketika memandu dalam hujan lebat atau pun
> >sebab yang tidak diketahui. 'Hazard light' ni kan bertujuan untuk
> >kenderaan yang tidak bergerak terutama berhenti dibahu jalan kerana bagi
> >kenderaan yang bergerak, lampu signal tidak berfungsi apabila 'hazard
> >light' digunakan. Ini boleh mengelirukan pemandu lain apabila pemandu
> >tersebut nak tukar lorong, memotong atau pun membelok.
> >
> >5) Kenderaan besar sepert lori dan bas yang lampu belakangnya kecil dan
> >comel (visual deception). Terutamanya pada waktu malam. Setengah
> >kenderaan besar ni saiz lampu-nya tak ikut ratio saiz kenderaan.
> >Kenderaan besar dan berat biasanya bergerak lebih perlahan dari kenderaan
> >lain. Apabila kita memandu pada waktu malam, pandangan kita secara normal
> >akan cuba mengagak jarak kenderaan lain berdasarkan pada saiz cahaya.
> >Jadi bagi kenderaan besar yang lampu belakangnya kecil dan sedikit
> >jumlahnya iaitu hanya sepasang, selalunya jarak kenderaan agak
> >mengelirukan (kita sering sangka kenderaan didepan kita mempunyai jarak
> >yang masih jauh lagi) dan kita cuma dapat memastikan apabila kenderaan
> >sudah agak dekat. Oleh itu kenderaan besar ni kenalah pasang lampu
> >belakang yang besar dan juga mesti lebih dari sepasang. Sebab tu kalau
> >kita tengok kebanyakan lori-lori kepunyaan syarikat antarabangsa pasang
> >lampu atas, bawah, tepi dll ditambah lagi dgn pembalik cahaya just in
> >case lampu tak nyala...
> >
> >6) Terlalu hampir dengan kenderaan di hadapan pada kelajuan yang tinggi
> >(tailgate). Ianya merupakan suatu perbuatan yang sangat merbahaya dimana
> >walau sebaik mana pun sistem brek kenderaan, apabila berlaku emergency
> >braking, boleh gerenti 99.9% kenderaan belakang memang tak boleh nak elak
> >lagi. Di New Jersey yang menggunakan sistem point untuk kesalahan trafik,
> >"tailgating" merupakan kesalahan trafik yang mempunyai point yang paling
> >tinggi menunjukkan betapa seriousnya 'offense' ini.
> >
> >7) Tayar pecah terutama kenderaan berat (lori/bas).
> >Tayar pecah lebih kerap dikalangan kenderaan berat berbanding dgn
> >kenderaan ringan. Kenderaan ringan biasanya tayar pancit dan
> >jarang-jarang sampai pecah. Kalau diperhatikan tayar pada kenderaan berat
> >nampak begitu simple tak seperti tayar kereta yang mempunyai macam
> >bunga/kualiti/rating. Kenderaan berat ini apabila berlaku kemalangan
> >dengan kenderaan ringan, biasanya kenderaan ringan memang parah...
> >Walaupun kenderaan berat (biasanya komersil) diwajibkan melalui
> >pemeriksaan keselamatan (1 atau 2 kali setahun??), tapi sering kita
> >tengok kenderaan berat tidak diambil berat oleh pemandu atau pemiliknya
> >akan ciri-ciri keselamatan spt tayar dah nak koyak, dah botak dsb. Saya
> >pernah diberitahu seorang teman, terdapat amalan bagi pemilik kenderaan
> >komersil ini menyewa tayar (yang elok) sebelum melalui pemeriksaan
> >puspakom. Dan selepas lulus pemeriksaan, mereka tukar balik kepada tayar
> >lama/buruk. Lagi satu tayar kenderaan berat ni tinggi kosnya, amalan beli
> >tayar celup juga agak biasa. Yang menyedihkan mereka-mereka ini lebih
> >mementingkan kos melebihi keselamatan orang lain dan diri sendiri...
> >
> >8) Ambil lorong kiri untuk membuat belokan ke kanan (3 o'clock turn) di
> >bulatan. Ikut logik akal, dah tau nak belok kanan, apasal ambik lorong
> >kiri?? Kan menyusahkan kenderaan dari lorong kanan untuk membuat
> >12o'clock turn! Kalau tak caya, boleh bukak buku panduan jalanraya...
> >
> >Mungkin yg lain-lain boleh tambah...
> >
> >
> >
> >
> > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ (
> > Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB) (
> > Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB) (
> > Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             ) (
> > pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  ) (
> > Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> >Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>
> 
> ------------------------------------------------------------
>  Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
>                 http://MailAndNews.com
> 
>  Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
>  POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.
> ------------------------------------------------------------
> 
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ (
>  Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB) (
>  Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB) (
>  Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             ) (
>  pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  ) (
>  Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: chief <[EMAIL PROTECTED]>
> 



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke