*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam

Nak tumpang tambah:
1. memang tak tau memandu sebab beli lesen terbang
2. memang tak tau memandu sebab tak pernah diajar cara cara memandu
3. memang tak tau memandu sebab singkat akal, panas baran dan jaguh kampung
4. memang tak tau memandu sebab sombong bodoh dan tak mau dengar nasihat orang
5. memang tak tau memandu sebab memandu sambil tidur, tutup mata dan 
berdengkur
dan akhir sekali
6. memang tak tau memandu sebab niat tak betul, sebab hidup nak menyusahkan, 
membahayakan, mencederakan dan membunuh manusia lain dan alam sejagat

Salam hormat...Chief



>===== Original Message From "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]> 
=====
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamualaikum wbt,
>
>Sekali-sekala tu kena korner sikit ke topik lain. Weekend baru lepas ni saya
>sekeluarga balik Johor. Dalam perjalanan dari Shah Alam ke JB melalui
>lebuhraya Plus, terdapat 3 kemalangan dan 2 daripadanya berlaku ketika
>hujan. Bercakap pasal kemalangan jalanraya masa hujan ni, kat Federal Hiway
>tu memang common sangat.
>
>Dengan semangat Malaysia Boleh, Malaysia adalah antara negara yang mempunyai
>kematian yang tertinggi bersebabkan kemalangan jalanraya berbanding dengan
>negara lain. Kemalangan jalanraya jugak adalah statistik tertinggi penyebab
>kematian dalam statistik negara.
>
>Berikut adalah pengamatan saya antara kesilapan-kesilapan pemandu
>dijalanraya yang berpotensi menyebabkan kemalangan jalanraya untuk
>dikongsikan dgn warga Hizbi:
>
>1) Motorsikal yang lampu belakangnya tidak bernyala terutama waktu malam.
>Kalau driving tu, selalunya bila dah dekat baru lah perasaan ada motor kat
>depan kita. Kadang-kadang tu nyaris jugak sebab bila laju 90-110, kalau
>lebih apatah lagi...
>Boleh dikatakan 20-40 peratus motosikal yang kita jumpa lampu belakang tak
>menyala...
>Tak risau ke depa ni akan keselamatan sendiri?? Risiko nak kena sondol dari
>belakang amat tinggi...
>Setengah-setengah tu siap bawak anak bini lagi...
>Hai! Kalau tak sayang diri, atleast pikir lah keselamatan anak bini kat
>belakang tu!!!
>
>2) Menukar lorong atau memotong dengan tidak memberi lampu signal.
>Tambah-tambah lagi kalau masa kenderaan banyak di lebuhraya. Tak terpikir ke
>pemandu akan risiko kemalangan?
>Agaknya depa ingat pemandu lain ni ada 'telepathy' kot, boleh baca pemikiran
>depa!!!
>
>3) Tak menyalakan lampu ketika hujan atau berkabus.
>Agaknya pemandu takut bulb lampunya tak tahan lama kot, sayang nak spend
>beli bulb baru...
>Apabila hari hujan, 'visibility' adalah agak rendah (ditambah lagi kalau
>side mirror dengan side window berkabus) dan dengan memasang lampu dapat
>membantu pemandu dalam kenderaan lain untuk 'nampak' kehadiran anda.
>Apabila kenderaan lain turut memasang lampu, dengan sekali imbas kita dapat
>mengagak kedudukan kenderaan lain...
>
>4) Memasang 'hazard light' ketika memandu dalam hujan lebat atau pun sebab
>yang tidak diketahui.
>'Hazard light' ni kan bertujuan untuk kenderaan yang tidak bergerak terutama
>berhenti dibahu jalan kerana bagi kenderaan yang bergerak, lampu signal
>tidak berfungsi apabila 'hazard light' digunakan. Ini boleh mengelirukan
>pemandu lain apabila pemandu tersebut nak tukar lorong, memotong atau pun
>membelok.
>
>5) Kenderaan besar sepert lori dan bas yang lampu belakangnya kecil dan
>comel (visual deception).
>Terutamanya pada waktu malam. Setengah kenderaan besar ni saiz lampu-nya tak
>ikut ratio saiz kenderaan. Kenderaan besar dan berat biasanya bergerak lebih
>perlahan dari kenderaan lain.
>Apabila kita memandu pada waktu malam, pandangan kita secara normal akan
>cuba mengagak jarak kenderaan lain berdasarkan pada saiz cahaya. Jadi bagi
>kenderaan besar yang lampu belakangnya kecil dan sedikit jumlahnya iaitu
>hanya sepasang, selalunya jarak kenderaan agak mengelirukan (kita sering
>sangka kenderaan didepan kita mempunyai jarak yang masih jauh lagi) dan kita
>cuma dapat memastikan apabila kenderaan sudah agak dekat.
>Oleh itu kenderaan besar ni kenalah pasang lampu belakang yang besar dan
>juga mesti lebih dari sepasang. Sebab tu kalau kita tengok kebanyakan
>lori-lori kepunyaan syarikat antarabangsa pasang lampu atas, bawah, tepi dll
>ditambah lagi dgn pembalik cahaya just in case lampu tak nyala...
>
>6) Terlalu hampir dengan kenderaan di hadapan pada kelajuan yang tinggi
>(tailgate).
>Ianya merupakan suatu perbuatan yang sangat merbahaya dimana walau sebaik
>mana pun sistem brek kenderaan, apabila berlaku emergency braking, boleh
>gerenti 99.9% kenderaan belakang memang tak boleh nak elak lagi.
>Di New Jersey yang menggunakan sistem point untuk kesalahan trafik,
>"tailgating" merupakan kesalahan trafik yang mempunyai point yang paling
>tinggi menunjukkan betapa seriousnya 'offense' ini.
>
>7) Tayar pecah terutama kenderaan berat (lori/bas).
>Tayar pecah lebih kerap dikalangan kenderaan berat berbanding dgn kenderaan
>ringan. Kenderaan ringan biasanya tayar pancit dan jarang-jarang sampai
>pecah. Kalau diperhatikan tayar pada kenderaan berat nampak begitu simple
>tak seperti tayar kereta yang mempunyai macam bunga/kualiti/rating.
>Kenderaan berat ini apabila berlaku kemalangan dengan kenderaan ringan,
>biasanya kenderaan ringan memang parah...
>Walaupun kenderaan berat (biasanya komersil) diwajibkan melalui pemeriksaan
>keselamatan (1 atau 2 kali setahun??), tapi sering kita tengok kenderaan
>berat tidak diambil berat oleh pemandu atau pemiliknya akan ciri-ciri
>keselamatan spt tayar dah nak koyak, dah botak dsb.
>Saya pernah diberitahu seorang teman, terdapat amalan bagi pemilik kenderaan
>komersil ini menyewa tayar (yang elok) sebelum melalui pemeriksaan puspakom.
>Dan selepas lulus pemeriksaan, mereka tukar balik kepada tayar lama/buruk.
>Lagi satu tayar kenderaan berat ni tinggi kosnya, amalan beli tayar celup
>juga agak biasa.
>Yang menyedihkan mereka-mereka ini lebih mementingkan kos melebihi
>keselamatan orang lain dan diri sendiri...
>
>8) Ambil lorong kiri untuk membuat belokan ke kanan (3 o'clock turn) di
>bulatan.
>Ikut logik akal, dah tau nak belok kanan, apasal ambik lorong kiri?? Kan
>menyusahkan kenderaan dari lorong kanan untuk membuat 12o'clock turn! Kalau
>tak caya, boleh bukak buku panduan jalanraya...
>
>Mungkin yg lain-lain boleh tambah...
>
>
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

------------------------------------------------------------
 Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
                http://MailAndNews.com

 Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
 POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.
------------------------------------------------------------


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: chief <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke