*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
insyaalah.....kita tengok nanti...
tungguuuuuuuuuu.......!!!!!

-----Original Message-----
From: kauli [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Friday, September 07, 2001 11:11 AM
To: Hassan, Haslim
Cc: [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* Habuan Buat Wan Noor Hayati!


Tak ape....Kita pakat follow up dia punya progress...kalau dia hanya tamat
pengajian dgn result yg hanya cukup makan terbukti lah dia gagal disebabkan
kebodohan dia sendiri...kita nak tengok dia grad dgn first class dan kalau
boleh dapat anugerah dekan kalau betul dulu dia gagal disebabkan perkara2 yg
disebutnya itu....dia hanya merancang...tapi Allah yang menentukan...kita
tunggu sampai dia grad...insya Allah... 

"Hassan, Haslim" wrote: 


  Dah agak dah...Terbukti sudah bahawa Wan Noor Hayati akan diterima balik
menyambung pelajaran sebagai "habuan"!!! 

UTM keluar surat tunjuk sebab -- Dakwaan empat pensyarah dipercayai terlibat
dalam gerakan bawah tanah

Oleh: NIZAM HAMID 
KUALA LUMPUR 6 Sept. - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini
mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada empat pensyarahnya yang didakwa oleh
bekas pelajar universiti itu, Wan Noor Hayati Wan Alias sebagai terlibat
dalam gerakan bawah tanah untuk menjatuhkan kerajaan. 

Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr. Mohd. Zulkifli Mohd. Ghazali berkata,
pensyarah terbabit akan dikenakan tindakan tatatertib sama ada amaran, turun
pangkat, menahan kenaikan gaji atau pemecatan, jika gagal menjawab dengan
memuaskan dalam tempoh masa ditetapkan. 


Serentak dengan itu, Wan Noor Hayati yang terkandas dalam pelajarannya di
UTM kerana terpengaruh dalam gerakan tersebut akan diterima balik menyambung
pelajarannya di universiti itu. 


Dr. Mohd. Zulkifli turut mengumumkan tindakan tegasnya membubarkan Persatuan
Mahasiswa Islam (PMI) UTM yang didedahkan oleh Wan Noor Hayati sebagai
membantu dua pertubuhan tidak berdaftar Hizbi Islami dan Markaz Siswazah
Kelantan menganjurkan gerakan bawah tanah itu. 


``Semua empat pensyarah terbabit perlu menjawab balik dengan segera dan ini
termasuk seorang pensyarah yang telah menghantar surat kepada saya bersumpah
dengan nama Allah bahawa dia tidak terlibat,'' katanya kepada pemberita
selepas menjadi tetamu dalam rancangan Gemilang Malaysia terbitan Radio
Televisyen Malaysia (RTM) di sini. Rancangan itu disiarkan secara langsung 9
malam ini. 


Beliau menambah, UTM juga telah mengeluarkan surat tunjuk sebab berasingan
terhadap seorang lagi pensyarah kerana didapati memegang jawatan dalam
sebuah parti politik pembangkang. 


Dr. Mohd. Zulkifli mengulas pendedahan Wan Noor Hayati, 22, dalam Mingguan
Malaysia 1 September lalu mengenai kewujudan gerakan bawah tanah yang
sistematik di universiti tempatan untuk mempengaruhi pendirian politik
pelajar Melayu supaya menjatuhkan kerajaan. 


Wan Noor Hayati yang terkandas dalam pelajarannya di UTM kerana terlibat
dalam gerakan bawah tanah itu mendakwa kegiatan tersebut berselindung di
sebalik aktiviti usrah dan tamrin yang dianjurkan oleh PMI dengan bantuan
dua pertubuhan tidak berdaftar Hizbi Islami dan sayap Pemuda Pas, Markaz
Siswazah Kelantan. 


Dr. Mohd. Zulkifli menjelaskan, beliau telah membuat keputusan untuk
membubarkan PMI universiti itu walaupun penyiasatan yang dibuat oleh UTM
belum selesai. 


``Kita berpendapat pembubaran ini perlu bagi mengembalikan semula keyakinan
ibu bapa pelajar dan orang ramai terhadap universiti. 


``Surat rasmi pembubaran ini akan dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal
Pelajar dalam beberapa hari lagi,'' katanya. 


Mengenai kedudukan Wan Noor Hayati yang sebelum ini telah membuat rayuan
supaya diterima semula bagi menyambung pelajaran dalam bidang Sarjana Muda
Kejuruteraan Kimia, Dr. Mohd. Zulkifli berkata, UTM bercadang menawarkan
kepada bekas pelajar itu untuk menyambung semula pengajian di peringkat
diploma. 


``Kita tidak akan menawarkan peringkat sarjana muda kerana beliau telah
gagal sebanyak beberapa kali, jadi kita akan tawarkan peringkat diploma
dalam bidang yang akan ditentukan kemudian,'' jelasnya. 


Beliau memberitahu, keputusan menerima semula Wan Noor Hayati adalah sebagai
menghargai keberanian beliau untuk membongkarkan kegiatan bawah tanah itu
kepada pengetahuan umum. 


Menurutnya, UTM juga telah menubuhkan satu panel siasatan bagi membongkar
sehingga ke akar umbi siapa yang menjadi dalang dalam kegiatan bawah tanah
tersebut. 


``Kita akan mendapatkan kerjasama pasukan polis dalam siasatan tersebut dan
semua pelajar UTM diharap dapat tampil bagi memberikan bukti kepada panel
siasatan,'' tegasnya. 


Sementara itu, Pengarah Unit Perkhidmatan Sokongan Pelajar UTM, Profesor
Madya Dr. Mohd. Tajudin Ninggal yang turut menjadi tetamu dalam rancangan
tersebut menafikan dakwaan Wan Noor Hayati bahawa beliau telah melanggar
etika kerahsiaan kaunselor kerana mendedahkan pertemuan dengan bekas pelajar
itu melalui TV1 dalam slot Berita Perdana. 


``Saya akui telah mengadakan sesi kaunseling sebanyak dua kali dengan Wan
Noor Hayati dan apa yang didedahkan itu adalah sebagai mengulangi apa yang
telah didedahkan oleh bekas pelajar itu dalam Mingguan Malaysia,'' tegasnya.



http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2001
<http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2001&dt=0907&pub=Utusan_Malay
sia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm>
&dt=0907&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Halmi Mohamed" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke