*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Baguslah, sekurang kurang nya nasib anak yatim tu terbela, kalau PAS benar memperjuang kan Islam kenapa tak jaga anak yatim tu ( sebagaiman yang disuruh ALlah) didalam Al Qur'an) sampai terpaksa anak yatim tu dedahkan aktiviti militan di IPTA yang bertujuan nak jatuhkan kerajaan dengan tidak secara DEMOKRATIK....tentulah pihak kerajaan akan berterima kasih kepada si anak yatim dan akan cuba membantunya kerana anak yatim ini membantu Kerajaan Malaysia....

>From: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Habuan Buat Wan Noor Hayati!
>Date: Fri, 7 Sep 2001 10:33:45 +0800
>
>
>Dah agak dah...
>Terbukti sudah bahawa Wan Noor Hayati akan diterima balik menyambung
>pelajaran sebagai "habuan"!!!
>
>
>UTM keluar surat tunjuk sebab -- Dakwaan empat pensyarah dipercayai terlibat
>dalam gerakan bawah tanah
>
>
>Oleh: NIZAM HAMID
>KUALA LUMPUR 6 Sept. - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini
>mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada empat pensyarahnya yang didakwa oleh
>bekas pelajar universiti itu, Wan Noor Hayati Wan Alias sebagai terlibat
>dalam gerakan bawah tanah untuk menjatuhkan kerajaan.
>
>Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr. Mohd. Zulkifli Mohd. Ghazali berkata,
>pensyarah terbabit akan dikenakan tindakan tatatertib sama ada amaran, turun
>pangkat, menahan kenaikan gaji atau pemecatan, jika gagal menjawab dengan
>memuaskan dalam tempoh masa ditetapkan.
>
>Serentak dengan itu, Wan Noor Hayati yang terkandas dalam pelajarannya di
>UTM kerana terpengaruh dalam gerakan tersebut akan diterima balik menyambung
>pelajarannya di universiti itu.
>
>Dr. Mohd. Zulkifli turut mengumumkan tindakan tegasnya membubarkan Persatuan
>Mahasiswa Islam (PMI) UTM yang didedahkan oleh Wan Noor Hayati sebagai
>membantu dua pertubuhan tidak berdaftar Hizbi Islami dan Markaz Siswazah
>Kelantan menganjurkan gerakan bawah tanah itu.
>
>``Semua empat pensyarah terbabit perlu menjawab balik dengan segera dan ini
>termasuk seorang pensyarah yang telah menghantar surat kepada saya bersumpah
>dengan nama Allah bahawa dia tidak terlibat,'' katanya kepada pemberita
>selepas menjadi tetamu dalam rancangan Gemilang Malaysia terbitan Radio
>Televisyen Malaysia (RTM) di sini. Rancangan itu disiarkan secara langsung 9
>malam ini.
>
>Beliau menambah, UTM juga telah mengeluarkan surat tunjuk sebab berasingan
>terhadap seorang lagi pensyarah kerana didapati memegang jawatan dalam
>sebuah parti politik pembangkang.
>
>Dr. Mohd. Zulkifli mengulas pendedahan Wan Noor Hayati, 22, dalam Mingguan
>Malaysia 1 September lalu mengenai kewujudan gerakan bawah tanah yang
>sistematik di universiti tempatan untuk mempengaruhi pendirian politik
>pelajar Melayu supaya menjatuhkan kerajaan.
>
>Wan Noor Hayati yang terkandas dalam pelajarannya di UTM kerana terlibat
>dalam gerakan bawah tanah itu mendakwa kegiatan tersebut berselindung di
>sebalik aktiviti usrah dan tamrin yang dianjurkan oleh PMI dengan bantuan
>dua pertubuhan tidak berdaftar Hizbi Islami dan sayap Pemuda Pas, Markaz
>Siswazah Kelantan.
>
>Dr. Mohd. Zulkifli menjelaskan, beliau telah membuat keputusan untuk
>membubarkan PMI universiti itu walaupun penyiasatan yang dibuat oleh UTM
>belum selesai.
>
>``Kita berpendapat pembubaran ini perlu bagi mengembalikan semula keyakinan
>ibu bapa pelajar dan orang ramai terhadap universiti.
>
>``Surat rasmi pembubaran ini akan dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal
>Pelajar dalam beberapa hari lagi,'' katanya.
>
>Mengenai kedudukan Wan Noor Hayati yang sebelum ini telah membuat rayuan
>supaya diterima semula bagi menyambung pelajaran dalam bidang Sarjana Muda
>Kejuruteraan Kimia, Dr. Mohd. Zulkifli berkata, UTM bercadang menawarkan
>kepada bekas pelajar itu untuk menyambung semula pengajian di peringkat
>diploma.
>
>``Kita tidak akan menawarkan peringkat sarjana muda kerana beliau telah
>gagal sebanyak beberapa kali, jadi kita akan tawarkan peringkat diploma
>dalam bidang yang akan ditentukan kemudian,'' jelasnya.
>
>Beliau memberitahu, keputusan menerima semula Wan Noor Hayati adalah sebagai
>menghargai keberanian beliau untuk membongkarkan kegiatan bawah tanah itu
>kepada pengetahuan umum.
>
>Menurutnya, UTM juga telah menubuhkan satu panel siasatan bagi membongkar
>sehingga ke akar umbi siapa yang menjadi dalang dalam kegiatan bawah tanah
>tersebut.
>
>``Kita akan mendapatkan kerjasama pasukan polis dalam siasatan tersebut dan
>semua pelajar UTM diharap dapat tampil bagi memberikan bukti kepada panel
>siasatan,'' tegasnya.
>
>Sementara itu, Pengarah Unit Perkhidmatan Sokongan Pelajar UTM, Profesor
>Madya Dr. Mohd. Tajudin Ninggal yang turut menjadi tetamu dalam rancangan
>tersebut menafikan dakwaan Wan Noor Hayati bahawa beliau telah melanggar
>etika kerahsiaan kaunselor kerana mendedahkan pertemuan dengan bekas pelajar
>itu melalui TV1 dalam slot Berita Perdana.
>
>``Saya akui telah mengadakan sesi kaunseling sebanyak dua kali dengan Wan
>Noor Hayati dan apa yang didedahkan itu adalah sebagai mengulangi apa yang
>telah didedahkan oleh bekas pelajar itu dalam Mingguan Malaysia,'' tegasnya.
>
>
>>sia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm>
>http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2001&dt=0907&pub=Utusan_Malays
>ia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
>


Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Syazana Hamzah" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke