*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 

Puasanya Simiskin.

 

Aku telah menemui sebuah rumah yang usang, dimana rumah berkenaan berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa , di serambi rumah berkenaan terdapat beberapa orang anak kecil yang nampaknya lesu dan letih . Lalu aku menghampiri rumah berkenaan dan bertanya kepada kanak kanak berkenaan , lalu keluar sikakaknya yang agak agak berumur dalam lingkungan 11 tahun . Aku bertanya �mana emak� lalu dijawab budak itu emak pergi menoreh , dan mana bapa dia mengatakan bapanya pergi kerja. Habis adek yang kecil ini duduk dengan siapa , disitu terdapat seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan. Adek ini duduk dengan sayalah cakap budak berkenaan.

 

Saya bertanya lagi berapa orang adek beradek , lantas dijawab oleh budak itu sepuluh , dan adek ni yang ke berapa , saya yang kelapan . Mana abang abang kamu pergi, dia memberi tahu pergi menolong emak menoreh.

 

Adek puasa hari ini , dijawab pula budak berkenaan , sama saja pakcik puasa atau tidak sebab kami hanyak makan 1 kali sehari. Mendengar kata kata itu aku sungguh terharu , lalu aku bertanya lagi adek bersekolah dimana , saya tidak bersekolah sebab ibubapa saya tidak mampu. Bapa kerja apa , tangkap ikan disungai untuk dijadikan lauk untuk berbuka puasa . Budak berkenaan memberi tahu saya lagi , lebih baik bulan puasa dari bulan lain kerana pada bulan berkenaan saya dapat merasakan kueh , sebab selalu sahaja orang hantar.

 

Memandangkan keadaan berkenaan aku , meninggalkan keluarga berkenaan , kebetulan disimpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan , aku membeli barang satu kg. Tulang lembu dan rempah sup , aku juga membeli 10 kg beras untuk disedekahkan kepada keluarga berkenaan , bila saja aku beri segalanya kepada keluarga berkenaan , kanak kanak berkenaan melompat kegembiraan , dengan kata ye ye kita dapat makan daging malam ni. Aku bertanya kepada sikakak mengapa adeknya girang sangat , dia memberitahu sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang pula saya dapat makan daging lembu.

 

 

1 minggu kemudian aku datang lagi kerumah berkenaan , apabila anak anak dirumah melihat aku datang mereka menyambut dipintu rumah lagi , kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu beliau , sungguh menyedihkan. Anak yang berumur 4 tahun memberitahu aku , yang sudah seminggu dia makan sup tulang yang aku berikan haritu , tiap tiap hari mak buat sup , sedaplah makcik budah berumur 4 tahun itu memberitahu aku. Aku bertanya kepada emaknya macamana dia buat , hari mula mula tu kita rebus tulang berkenaan , dia memberitahu anak anak jangan buang tulang yang di makan berkenaan. Lalu beliau mengutip kesemua tulang yang telah dimakan tadi dan direbus semula untuk malam keesokkanya , bagitulah setiap hari , katanya tak boleh makan isi boleh makan air rebusan tulang itu sudah memadai bagi anak anaknya.

 

Aku bertanya lagi upah menoreh berapa makcik dapat , cumah RM3.00 sehari dan ayahnya berkerja macamana , kalau dapat ikan dijadikan lauk untuk dimakan setiap hari.

 

Cukup sedih memikirnya. Sekian.



Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "zaidah mohd" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke