*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Itu yg kita minta lokasi tempatnya supaya dapat hantar berita tu ke
pusat zakat kelantan. Kita dok poskan zakat gaji ke Kelantan kerana
kita tahu kat sana ramai orang miskin. Tapi depa dok heboh pulak kata
perlukan Luzam lah sebab badan yg ada tak telus dsbnya.
Susah sangat ke orang2 PPZ ni hantar wakil kesetiap pelusuk negeri untuk
bertanya khabar dari rakyat2 dikampung, sapa2 yg dhaif dalam kampung tu.
Jangan tanya tok penghulu dan wakil rakyat, dia orang bukan semua tahu.
Pi tanya orang kampung - lepas tu siasat. Buat kerja ni sebagai kerja
sepanjang tahun, lama2 habislah setiap inci area di kelantan atau dimana2
negeri lain tu.
Ikut definasi di WP, sapa2 dapat gaji bawah RM1024 dan ada anak 3 orang
dikira miskin. Kat bawah ada berita pasal beratus ribu rakyat miskin.
Tapi kes yg disebut diatas ni kita extremelah.
-------------------
Pekebun sawit miskin -- Pendapatan RM300 sebulan akibat kejatuhan harga
di pasaran dunia
KUALA LUMPUR 13 Feb. - Sebahagian besar daripada
237,564 pekebun kecil sawit di seluruh negara kini
dikhuatiri mengalami keperitan hidup di bawah paras
kemiskinan ekoran kejatuhan teruk harga kelapa sawit di
pasaran dunia sejak setahun lalu.
Secara purata mereka memperoleh pendapatan kasar
bulanan di bawah RM400 sebulan hasil daripada dua
kali tuaian di atas tanah seluas empat hektar bagi
setiap pekebun.
Pemangku Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan
Pekebun-Pekebun Kecil (PKPPKM), Datuk Mazlan
Jamaluddin berkata, setelah ditolak hutang dan kos-kos
lain, mereka hanya memperoleh pendapatan antara
RM200 hingga RM300 sebulan.
Katanya, pekebun-pekebun kecil kini tidak mampu
melepasi perolehan RM400 kerana kos pengeluaran
buah kelapa sawit melebihi daripada harga yang
ditawarkan.
Beliau berkata, bagi peneroka-peneroka Felda pula
mereka terpaksa menjelaskan Bayaran Kembali (BK)
sehingga RM200 kepada agensi tersebut seperti di
dalam perjanjian skim Felda.
``Berapa sangat duit yang tinggal. Selain memikirkan
perbelanjaan sekolah anak-anak, mereka juga terpaksa
fikirkan perbelanjaan dapur, perubatan dan lain-lain.
``Mungkin mereka yang mempunyai anak-anak bekerja
tidak merasa sangat derita yang ditanggung berbanding
keluarga yang kesemua anaknya masih bersekolah.
Saya berasa sedih dengan nasib mereka sekarang,''
katanya kepada Utusan di sini, hari ini.
Pendedahan Utusan semalam mengenai kegagalan
kira-kira 600 anak peneroka kelapa sawit dari tiga
sekolah di Gua Musang, Kelantan membayar yuran
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menggambarkan
keadaan sebenar keperitan hidup mereka.
Tiga sekolah itu ialah Sekolah Menengah (SM) Paloh,
SM Bandar Chiku dan SM Sungai Asap, kesemuanya
terletak di dalam kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan
Selatan (Kesedar) serta Felda.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Paloh,
Norzula Mat Diah, kebanyakan ibu bapa pelajar tersebut
tidak dapat menjelaskan yuran itu kerana ketiadaan
wang berikutan harga komoditi kelapa sawit yang
menjadi sumber utama pendapatan mereka jatuh teruk
sejak kira-kira setahun lalu.
Mazlan ketika menjelaskan perkara itu lagi berkata, bagi
satu tan pengeluaran Buah Tandan Basah (BTB) kosnya
ialah RM136 sedangkan harga BTB di pasaran kini tidak
sampai RM100 setan.
``Kerajaan perlu berbuat sesuatu untuk menangani
masalah ini kerana ia melibatkan ramai pekebun kecil
dan masalah yang besar sekarang harga kelapa sawit di
bawah harga kos,'' katanya.
Daripada jumlah besar pekebun kecil itu, 15 peratus
atau 35,814 orang adalah pekebun tradisional, 168,750
(71 peratus) peneroka Felda dan 33,000 (13 peratus)
peserta Felcra.
PKPPKM, katanya telah menghantar satu kertas kerja
kepada Menteri Perusahaan Utama, Datuk Seri Dr. Lim
Keng Yaik berhubung dengan kejatuhan harga minyak
kelapa sawit pada 22 Januari lalu.
Di dalam kertas kerja itu, PKPPKM telah mengesyorkan
kerajaan mewujudkan Tabung Penstabilan Harga dalam
usaha membantu 237,564 pekebun kecil kelapa sawit
agar pendapatan yang mereka perolehi sekarang dapat
dipertingkatkan.
Berikutan itu, Mazlan berkata, para pekebun kecil itu
kini terpaksa mengharungi keperitan hidup kerana
pendapatan yang mereka perolehi sekarang terlalu
rendah.
``Mereka yang mempunyai anak-anak yang masih
belajar sama ada di sekolah atau Institut Pengajian
Tinggi (IPT) lebih terasa keperitannya.
``Bayangkanlah mereka terpaksa meneruskan hidup
dengan pendapatan kasar bawah RM400 sebulan,''
ujarnya.
Mazlan berkata, para pekebun akan terus menderita
sekiranya kerajaan tidak mengambil tindakan segera
untuk menangani masalah yang dihadapi oleh mereka.
Tegasnya, pekebun-pekebun berkenaan memerlukan
bantuan segera agar tahap kehidupan mereka dapat
dipulihkan daripada kehidupan sekarang.
``Hanya kerajaan sahaja yang dapat memainkan
peranan untuk menyelesaikan masalah yang semakin
kritikal ini,'' katanya lagi.
Selain pekebun kecil kelapa sawit, PKPPKM turut
menyatakan kira-kira 200,000 lagi pekebun kecil getah
turut mengalami nasib yang sama ekoran kejatuhan
komoditi itu sejak beberapa tahun lalu.
Oleh: SAIFULIZAM MOHAMAD
----- Original Message -----
From: badar istaq
To: [EMAIL PROTECTED]
Cc: [EMAIL PROTECTED]
Sent: Tuesday, December 04, 2001 5:15 PM
Subject: Re: H-Net* puasanya simiskin
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Minta maaf banyak-banyak kepada orang Kelantan, sebab rasa saya lah, tempat yang
diceritakan itu tak lain tak bukan dari negeri kelantan. Dari senario yang dinyatakan
serta
tonjolan budaya hidup pengirim e-mail asal tu, kita dapat meneka (saya jamin tekaan
ini tepat) bahawa kawasan itu di Kelantan. Selain dari itu, keadaan sedemikian rupa
memang sinonim dengan masyarakat luar bandar di Kelantan. Bukan nak mengata dan jauh
sekali dari nak menghina, tapi angka dan jumlah golongan dhaif seperti itu "amat
menggalakan" di Kelantan kalau nak banding dengan negeri lain. Saya akur dengan fakta
bahawa golongan yang senang lenang dan kaya raya malah billionaires pun banyak dari
Kelantan. Itu fakta. Golongan cendikiawan dan para sarjana dan alim ulama pun ramai
dari Kelantan. Itu juga fakta. TAPI bilangan orang yang terlalu dhaif dan papa, yang
buta huruf dan tak jahil "teropong" pun banyak di Kelantan. Itu juga fakta yang
kadang-kadang orang Kelantan tidak mahu terima.
Kalau saudara-ri bersimpati dan terasa pilu dan sebak dengan kisah yang digambarkan
oleh pengirim e-mail asal itu dan berhasrat menghulur simpati kepada mereka yang tidak
bernasib baik itu, tak susah!! Pergi sahaja ke kampung2 (pendalaman sikit) di Kelantan
dan gerenti akan jumpa. Sekali lagi saya minta maaf kalau ada orang terasa hati dengan
komen saya. Saya berharap supaya kerajaan yang memerintah Kelantan hari ini memikirkan
dan melakukan sesuatu yang konkrit bagi menangani gejala kemiskinan/kepapaan di
kalangan masyarakat Kelantan. Jangan kita asyik dengan teori yang ampuh-ampuh sahaja
sedangkan yang jembelan didepan mata sendiri pun tak tertangan.
--
__________________________________________________________________
Your favorite stores, helpful shopping tools and great gift ideas. Experience the
convenience of buying online with Shop@Netscape! http://shopnow.netscape.com/
Get your own FREE, personal Netscape Mail account today at http://webmail.netscape.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED] (sulaiman osman)