*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kalau ada lokasi sebenar pun bagus juga. Boleh forward berita ni kepada
yg agak2 berkenaan. Adunnya ke, pusat zakat ke, dll
----- Original Message -----
From: zaidah mohd
To: [EMAIL PROTECTED]
Sent: Tuesday, December 04, 2001 6:06 AM
Subject: H-Net* puasanya simiskin
Puasanya Simiskin.
Aku telah menemui sebuah rumah yang usang, dimana rumah berkenaan berdindingkan buluh
bertanggakan batang kelapa , di serambi rumah berkenaan terdapat beberapa orang anak
kecil yang nampaknya lesu dan letih . Lalu aku menghampiri rumah berkenaan dan
bertanya kepada kanak kanak berkenaan , lalu keluar sikakaknya yang agak agak berumur
dalam lingkungan 11 tahun . Aku bertanya “mana emak” lalu dijawab budak itu emak
pergi menoreh , dan mana bapa dia mengatakan bapanya pergi kerja. Habis adek yang
kecil ini duduk dengan siapa , disitu terdapat seorang bayi dalam lingkungan umur 5
bulan. Adek ini duduk dengan sayalah cakap budak berkenaan.
Saya bertanya lagi berapa orang adek beradek , lantas dijawab oleh budak itu sepuluh ,
dan adek ni yang ke berapa , saya yang kelapan . Mana abang abang kamu pergi, dia
memberi tahu pergi menolong emak menoreh.
Adek puasa hari ini , dijawab pula budak berkenaan , sama saja pakcik puasa atau tidak
sebab kami hanyak makan 1 kali sehari. Mendengar kata kata itu aku sungguh terharu ,
lalu aku bertanya lagi adek bersekolah dimana , saya tidak bersekolah sebab ibubapa
saya tidak mampu. Bapa kerja apa , tangkap ikan disungai untuk dijadikan lauk untuk
berbuka puasa . Budak berkenaan memberi tahu saya lagi , lebih baik bulan puasa dari
bulan lain kerana pada bulan berkenaan saya dapat merasakan kueh , sebab selalu sahaja
orang hantar.
Memandangkan keadaan berkenaan aku , meninggalkan keluarga berkenaan , kebetulan
disimpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan , aku membeli barang satu kg.
Tulang lembu dan rempah sup , aku juga membeli 10 kg beras untuk disedekahkan kepada
keluarga berkenaan , bila saja aku beri segalanya kepada keluarga berkenaan , kanak
kanak berkenaan melompat kegembiraan , dengan kata ye ye kita dapat makan daging malam
ni. Aku bertanya kepada sikakak mengapa adeknya girang sangat , dia memberitahu sejak
dari raya korban tahun lepas baru sekarang pula saya dapat makan daging lembu.
1 minggu kemudian aku datang lagi kerumah berkenaan , apabila anak anak dirumah
melihat aku datang mereka menyambut dipintu rumah lagi , kebetulan pada hari itu aku
sempat berjumpa dengan ibu beliau , sungguh menyedihkan. Anak yang berumur 4 tahun
memberitahu aku , yang sudah seminggu dia makan sup tulang yang aku berikan haritu ,
tiap tiap hari mak buat sup , sedaplah makcik budah berumur 4 tahun itu memberitahu
aku. Aku bertanya kepada emaknya macamana dia buat , hari mula mula tu kita rebus
tulang berkenaan , dia memberitahu anak anak jangan buang tulang yang di makan
berkenaan. Lalu beliau mengutip kesemua tulang yang telah dimakan tadi dan direbus
semula untuk malam keesokkanya , bagitulah setiap hari , katanya tak boleh makan isi
boleh makan air rebusan tulang itu sudah memadai bagi anak anaknya.
Aku bertanya lagi upah menoreh berapa makcik dapat , cumah RM3.00 sehari dan ayahnya
berkerja macamana , kalau dapat ikan dijadikan lauk untuk dimakan setiap hari.
Cukup sedih memikirnya. Sekian.
--
__________________________________________________________________
Your favorite stores, helpful shopping tools and great gift ideas. Experience the
convenience of buying online with Shop@Netscape! http://shopnow.netscape.com/
Get your own FREE, personal Netscape Mail account today at http://webmail.netscape.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED] (sulaiman osman)