*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Sejak 'berakhir'nya Perang Amerika-Taliban di Afghanistan dua tiga minggu 
lepas, rasa macam sudah tidak ada isu menarik yg hendak diperkatakan.

Pun begitu, di celah-celah berita propaganda politik murahan  dlm Utusan 
Malaysia dan yg sewaktu dengan itu, ada juga berita-berita yg agak relevant 
untuk diperbincangkan. Antara yg sedang diperkatakan orang dua tiga hari ini 
ialah isu P/raya kecil di Bandar Indera Kayangan, Perlis.

Kalau kita pasang teliga, dengar sembang-sembang orang mengenai perkara ini, 
baik di rumah-rumah kenduri mahu pun di beranda-beranda masjid; ada dua benda 
utama yg sedang diperkatakan - pertama siapa, siapa calun dari BA yg akan 
bertanding melawan calun MCA dari BN; dan yg kedua isu apa yg akan atau pun 
boleh diguna-pakai untuk memenangi hati pengundi.

Kalau ditanya apa isu utama yg akan digunakan oleh BN; jawapannya mudah saja: 
mengaitkan PAS dengan TALIBAN. Semua orang tahu separuh pengundi adalah orang2 
Cina, dan di Malaysia ini, bukan satu rahsia lagi bahawa orang-orang Cina 
cukup risaukan kedudukan ekonomi mereka lebih daripada risaukan hak politik 
mereka sebagai warganegara yg bebas merdeka; kerana itu kita lihat majoriti 
masyarakat mereka begitu mudah dan sanggup diperlakukan apa sahaja oleh UMNO 
sebagai tunjang utama BN - dipijak pun tak apa, diperkuda pun tak apa, diludah 
pun tak apa; asalkan "Wa boleh cari makan". [Saya tulis ini ikhlas dari hati 
tanpa mewakili mana-mana parti politik; perangai kebanyakan orang2 Cina yg 
sebeginilah menyebabkan kita tidak mampu mengubah senario politik Negara 
menjadi seperti sistem politik dua parti yg dipraktikkan di Negara-Negara 
Kuasa besar Demokrasi Dunia seperti UK dan Amerika].

Orang-orang UMNO yg beragama Islam pula, walaupun mereka sedar bahawa 
memomok-momokkan Taliban dengan isu Serban, Jubah dan Janggut itu - yg 
merupakan momokan langsung terhadap sunnah Nabi - tapi demi kepentingan 
politik duniawi, mereka sanggup lakukan juga demi untuk mendapat undi.

CUMANYA KITA BERHARAP ISU MENGAITKAN PAS DENGAN TALIBAN DAN PERJUANGAN OSAMA 
BIN LADEN ITU AKAN TURUT DICANANGKAN SECARA MELUAS OLEH UMNO DI 
KAWASAN-KAWASAN MELAYU, SUPAYA DENGAN ITU PAS TAK PERLU LAGI MASUK KG UNTUK 
MERAYU UNDI - KERANA SESUNGGUHNYA SELEPAS SERANGAN BOM BERTUBI-TUBI OLEH 
AMERIKA DI AFGHANISTAN SANA, MAJORITI ORANG2 MELAYU TAK KIRA APA PARTI MENJADI 
BEGITU SIMPATI DENGAN PERJUANGAN OSAMA BIN LADEN DAN KERAJAAN TALIBAN!!

Jika ditanya kepada saya isu apa yg boleh BA gunakan; saya merasakan isu-isu 
biasa seperti wang EPF, duit Tol, Tabung Haji, korupsi dan kroni tidak berapa 
boleh diguna pakai. Adalah lebih baik kita berterus-terang sahaja dengan 
pengundi-pengundi di kawasan Dun Indera Kayangan, seperti mana kita lakukan di 
kawasan Parlimen Kuala Kedah tempoh hari; katakan kpd mereka bahawasanya:

"Rakyat perlukan suara pembangkang di DUN Perlis untuk menjadi check dan 
balance kpd kerajaan Negeri yang ada. Menang atau kalah BN di DUN Indera 
Kayangan tidak akan menjatuhkan kerajaan yang ada; Shahidan Kassim masih tetap 
menjadi Menteri Besar dan Dr Mahathir masih akan kekal sebagai Perdana 
Menteri!!"

Mereka tidak perlu  risau apa-apa terhadap sebarang perubahan yg mendadak 
akibat pertukaran kerajaan Negeri yang ada; sebaliknya dengan menambahkan 
kerusi pembangkang di DUN Perlis akan mampu menggamatkan lagi pembangunan di 
sana kerana suara pembangkang yg ikhlas berjuang mewakili rakyat marhain ini 
akan memastikan segala keluhan rakyat dibawa ke dalam Dewan. Suara pembangkang 
di Dewan Undangan Negeri akan menjadi check dan balance untuk memastikan 
segala pembangunan akan dpt disalurkan secara saksama dan bijaksana kpd semua 
rakyat jelata tanpa memilih bulu dan kroni!

Tektik inilah (yg saya rasa merupakan satu tektik yg ikhlas) yg diguna pakai 
oleh PAS dlm p/raya 1999 untuk kawasan Parlimen Kuala Kedah tempoh hari. 
Secara ikhlas, saya tak pernah expect YB Mat Sabu untuk memenangi kerusi 
berkenaan; bayangkanlah MB Kedah sekarang dari kawasan parlimen beliau, 
bermakna tentunya kawasan tersebut bukan calang-calang untuk ditembusi; selain 
itu Mat Sabu pula orang luar yg sebelum itu menjadi Wakil Rakyat di Kelantan. 
Tapi Mat Sabu menang juga; nak tahu apa detail tektik yg PAS guna pakai?

Sehari sebelum p/raya 1999, saya ada melalui kawasan Kuala Kedah; saya melihat 
begitu banyak banner yg bergantungan antara tiang-tiang letrik bertulis:

"Malaysia Perlukan Wakil Rakyat Seperti Mat Sabu di Parlimen"

Banner yg lain pula bertulis:

"Mat Sabu: Wakil Rakyat Yang Disegani Kawan dan Lawan"

Nah, akhirnya Mat Sabu menang di Kuala Kedah w/pun kawasan tersebut merupakan 
kubu kuat UMNO . Saya pasti ramai orang UMNO yg mengundi Mat Sabu bukan kerana 
mereka membenci UMNO atau pun tidak suka kpd Dr Mahathir, tapi kerana mereka 
mahukan suara Mat Sabu yang tak pernah serik-serik mengkritik mana-mana dasar 
kerajaan yg dilihat sudah lari daripada perjuangan untuk mendaulatkan ketuanan 
Melayu Islam di bumi Malaysia ini, supaya terus berkumandang di dalam 
Parlimen. Kita berharap Mat Sabu akan terus istiqamah dlm perjuangannya kerana 
jika beliau lalai walau pun barang seketika, dlm p/raya akan datang beliau 
pasti akan dinilai semula.

Lalu, berbalik kpd p/raya kecil DUN Indera Kayangan; untuk pengundi Melayu 
kita tidak perlu risau kerana UMNO akan membantu kita dengan menceritakan 
kaitan BA (melalui PAS) dengan Osama dan Taliban - natijahnya orang2 Melayu 
akan bersimpati dengan kita; yg perlu kita tangani sekarang ialah apa sentimen 
untuk digunapakai kpd kaum Tionghua.

Jika kita mampu, mungkin boleh dibuat banner yg serupa seperti yg digunakan di 
Kuala Kedah itu, ditulis besar-besar dalam bahawa Melayu dan Cina; nyatakan 
secara terus terang bahawa DUN Negeri Perlis perlukan suara pembangkang untuk 
menjadi Check and Balance yg akan memastikan ketelusan/transparensi kpd 
kerajaan yg ada. Kita percaya orang-orang Cina yg rata-ratanya manusia yg 
educated akan memahami konsep ini.

Jika tidak, maka Perlis akan kembali seperti yg ada; tidak ada specialnya 
Perlis sebelum p/raya 1999 dan selepasnya. Shahidan masih tetap Shahidan; 
Perlis masih tetap serupa. Cuma yg bezanya kali ini kalau agak-agak nakkan 
lebih banyak project menaikkan taraf mana-mana mini tar yg ada, bolehlah 
kontek Istana Negara memohon perkenan duli YMM untuk datang merasmikan 
madrasah, sekolah atau apa-apa; kerana seperti yg sama-sama kita ketahui, 
setiap kali Agong nak masuk kampung, pasti jalan-jalan baru/lama akan diturap, 
longkang jalan diperbaiki, semak samun ditebas dan sebagainya.

ALANGKAH MANISNYA JIKA TUANKU SULTAN MIZAN MENJADI AGONG; PASTI 
KAMPUNG-KAMPUNG DI TERENGGANU YG TERENCAT PEMBANGUNANNYA DEK DUIT EHSAN YG 
DIROMPAK, AKAN KEMBALI CERIA!!

[Kerana itu saya terasa ada logiknya juga apabila rakyat bercerita mengenai 
konspirasi 'rombakan' takhta YDP Agong tempoh hari!]

Berbalik kpd p/raya kecil DUN Indera Kayangan; walau apa pun keputusannya, yg 
pasti untuk tempoh seminggu dua ini rakyat jelata di sana, kalau tak banyak 
pun, sedikit sebanyak akan dapat menumpang tuah rezeki yg bakal tiba. Seorang 
sahabat saya, peniaga air di pasar malam; apabila diajukan persoalan mengenai 
p/raya kecik IK ini, beliau berkata:

"Ish, macam mana lah depa nak muat orang di DUN Indera Kayangan itu; area tu 
bukan besaq sangat, kecik saja - pusat peti undi cuma ada dalam enam tujuh 
buah saja. Kalau satu pusat tu PAS, ADIL, UMNO, MCA dll dari seluruh Malaysia 
pakat pi kerumun sampai dua tiga ribu orang, mau jem DUN Indera Kayangan tu. 
Ish, macam nie kalu kalau aku balik jual ayaq, mesti lebat masuk nie!!"

Itu baru penjual air pasar malam, apalah pulak agaknya yg ada dalam kepala 
kroni-kroni UMNO dan MCA di sana? Bagi meraka, BN kalah pun tak apa, janji 
duit masuk!!

Beruntunglah anak-anak Perlis amnya dan pengundi-pengundi Indera Kayangan 
khususnya.

Wassalam,
Ru Antara


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ru Antara <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke