*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Dua tiga minggu ini (Jan 2002), antara banyak peristiwa semasa yang berlaku,
adalah dirasakan ada 3 isu utama yang menarik untuk diperkatakan.
Pertama, berita gembira untuk Osama dan rakan-rakan dan juga untuk seluruh
ummat Islam di merata pelusuk alam, kedua: berita suka dalam duka isu
penangkapan ahli-ahli KMM dan akhir sekali, berita gempar - kisah benar yg
cuba disembunyikan oleh pihak berkuasa Amerika dan juga pihak berkenaan di
Malaysia di sebalik pembikinan filem the'Black Hawk Down'.
Pada pagi sabtu 19 hb Januari 2002, ketika bersarapan pagi di luar rumah,
saya menarik nafas lega - sungguh lega! - rasa seakan mahu menggunting keratan
berita s/khabar Berita Harian pada hari itu, scan dan email direct kpd Osama
Bin Laden. Malangnya bukan kata nak email, nak kirim salam pun kita tak tau
nak channel thru sapa. Depa kata kat Malaysia ini geng Osama ialah puak-puak
KMM, tapi dah habis semuanya kena ke Kamunting masuk ISA. Tak apalah, lain
kalilah kita hantar keratan berita itu kpd beliau.
Opss, lupa nak habag kat hangpa berita apa yg kita maksudkan:
Pada tarikh yg tersebut di atas, telah tersiar berita dari Timur Tengah
mengenai satu kenyataan daripada kerajaan Arab Saudi yg sedang berunding
(secara diam-diam) dengan kerajaan Amerika untuk memindahkan tentera-tentera
Amerika dan pangkalan mereka keluar dari bumi Arab Saudi!
Antara lain kenyataan tersebut mengatakan bahawa kerajaan Saudi terpaksa
berbuat demikian untuk mengurangkan tekanan politik dalam negeri di mana
rata-rata rakyatnya tidak senang dengan kehadiran tentera dan pangkalan
Amerika di situ. Pun begitu, disebut juga bahawa kerajaan Saudi cuba sedaya
upaya untuk tidak membesarkan berita tersebut kerana tidak mahu dilihat
sebagai tunduk kepada desakan dan tekanan serta pengaruh daripada perjuangan
Osama Bin Laden. Untuk yang tidak tahu, sebab utama Osama menentang Amerika
pada asalnya ialah kerana tidak bersetuju dengan kehadiran tentera-tentera
kafir Amerika dan penempatan pangkalan Amerika di bumi Hijaz selepas Perang
Teluk 1991. Jika kita pernah membaca kenyataan Osama di awal perjuangannya,
kita akan dapat melihat kenyataan beliau yg lebih kurangnya berbunyi: (rujuk
dlm berbagai website dlm internet)
"Nabi Muhammad SAW telah mengharamkan agama lain selain daripada Islam di bumi
Hijaz, tetapi hari ini kita lihat orang-orang kaffir sudah masuk
berduyun-duyun ke bumi Hijaz, dengan tentera-tentera yang membawa panji-panji
musyrikin, dengan membawa salib dan arak, judi, pelacur dsg. Mereka membuat
honar dan maksiat di atas tanah di mana bersemadinya jasad Nabi SAW. Tidak
terhinakah kita sebagai ummat Islam melihat keadaan ini berlaku? Kita
membiarkan tentera-tentera mereka, antaranya wanita-wanita kuffar membawa
senjata kononnya atas alasan menjaga bumi Hijaz (daripada ancaman Iraq waktu
perang teluk); tidak malukah kita sebagai seorang Islam membiarkan mereka
berbuat demikian? Di manakah kejantanan kita sehingga sanggup membiarkan bumi
suci tempat bersemadinya jasad Nabi SAW ini dijaga oleh wanita-wanita kapiaq?
Apakah kita sendiri tidak mampu mengawalnya sehingga sanggup menjemput orang
kapiaq untuk terus tinggal di sini dan menjaga bumi haram ini??"
[Begitulah lebih kurang kata-kata beliau (yg saya edit secukup rasa) yang
menyebabkan dalam masa yg singkat Osama mendapat sokongan daripada seluruh
pemuda Islam daripada segenap pelusuk dunia]
Kerana itu, walau pun saya tidak mengenali Osama atau pun mana-mana suku
sakatnya yg diberi nama KMM di Malaysia ini; sebagai seorang Islam yang ada
terbaca hadith berkenaan dalam Sahih Bukhari, sayalah antara orang yang paling
gembira apabila terbaca berita di atas.
MOGA OSAMA BIN LADEN DAN ANAK-ANAK BUAHNYA YANG GUGUR SYAHID DI BUMI
AFGHANISTAN TEMPOH HARI DAN PENGIKUT-PENGIKUTNYA DRPD 28 BUAH NEGARA YANG
SEDANG MENUNGGU SYAHID DI KEM X-RAY DI CUBA SANA AKAN MENDAPAT BALASAN SYURGA
SEPERTI YANG DIJANJIKAN:
'Waman Aufa Bia'hdihillah" - siapakah yang lebih tepat dalam menunaikan
janjinya berbanding ALLAH!!
Terima Kasih Osama, tanpamu bumi Hijaz akan terus terbelenggu, tanpamu bumi di
mana bersemadinya jasad Rasulullah SAW yang tercinta akan terus terganggu.
Terima Kasih, Jazakallahu Khairan Kathira!
Berbalik kpd isu tempatan di Malaysia; minggu lepas kita menyaksikan lagi siri
terbaru penangkapan anggota-anggota the so called Kumpulan Militan Malaysia di
bawah akta ISA.
Isu KMM ini terlalu kompleks sebenarnya, ianya menjangkau pemikiran logik
semasa. Kerana itu, untuk seketika, izinkan saya mengulas isu ini dengan
mengaitkannya dengan perjuangan menuntut kemerdekaan tempoh hari.
Balik sekejap ke kelas sejarah, suatu ketika dulu sebelum merdeka, satu
kumpulan anak-anak muda Melayu telah menubuhkan satu kumpulan yang secara
kebetulannya diberi nama KMM (Kesatuan Melayu Muda); antaranya ialah sdra
Ahmad Boestaman, Ibrahim Yaakob dan beberapa orang lagi. Perjuangan mereka
ialah untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu dan juga Indonesia yang akan
digabungkan dibawah satu empayar besar yang dikenali sebagai Melayu Raya
(kalau tak silap). Perjuangan kumpulan ini cukup radikal dan amat digeruni
oleh penjajah British sehingga mengakibatkan pemimpin-pemimpinnya ditangkap
dan dipenjarakan.
Ada beberapa perkara daripada perjuangan KMM (Kesatuan Melayu Muda) ini yang
saya nampak secara kebetulannya punya jalan cerita yang hampir sama dengan
kumpulan KMM (kumpulan Mujahidin Malaysia) yang sedang diheboh-hebohkan
sekarang ini. Kalau Kesatuan Melayu Muda berjuang atas dasar Nationalist untuk
menubuhkan negara Melayu Raya yang menggabungkan Malaysia dan Indonesia atas
kesedaran bahawa kita adalah negara serumpun satu bangsa dan satu agama;
Kumpulan Mujahidin Malaysia pula kita diberitahu (berdasarkan kenyataan Polis
dalam s/khabar) berjuang untuk menubuhkan Daulah Islamiyah yang menggabungkan
Malaysia dan Indonesia + Moro atas kesedaran bahawa kita semua adalah saudara
seislam yang punya syahadah yang serupa, wala' kita seharusnya kpd negara
Islam dan bukannya kepada negara sekular yang berdasarkan ras bangsa.
Kedua-dua kumpulan ini amat radikal pada asasnya.
Jika Ahmad Boestaman dan Ibrahim Yaakob terpenjara kerana perjuangannya, maka
pempimpin-pemimpin Kumpulan Mujahidin Malaysia juga menerima nasib yang
serupa. Jika perjuangan Kesatuan Melayu Muda telah menjadi pendorong kpd
kebangkitan nationalist orang-orang Melayu untuk menuntut kemerdekaan secara
aman kemudiannya, maka adalah dirasakan hebohnya mengenai kewujudan Kumpulan
Mujahideen Malaysia (yang kita tidak pernah pun sebelum ini) insyallah akan
menjadi pendorong kepada kebangkitan Islam (Islamic Resurgence) di kalangan
orang2 Melayu Islam di Malaysia untuk menuntut penubuhan sebuah negara Islam
yg merdeka daripada unsur sekuler, yakni yang berteraskan kepada perundangan
Hadith dan Al-Quran sepenuhnya. Insyaallah, perjuangan ini akan disalurkan
secara sah dan legal di sisi perlembagaan melalui Parti Islam Semalaysia,
insyallah!
Akhir sekali, kisah benar di Somalia seperti yang dijanjikan:
Apabila terbaca ulasan demi ulasan daripada Menteri-Menteri Malaysia dan
editor berbagai akhbar dan majalah di Malaysia mengenai tokok tambah oleh
penerbit filem Hollywood yang merendah-rendahkan sumbangan tentera Malaysia
dalam filem "Black Hawk Down", saya terasa seakan-akan macam geli bulu
telinga!
Tambah-tambah apabila saya terbaca kenyataan daripada Brigedier-General (B)
Datuk Abdul Latif Ahmad yang mengetuai Kontinjen Tentera Amerika di Somalia
pada ketika itu. Dalam kenyataan tegasnya seperti yang tersiar di suratkhabar
Singapore Straits Times 22 Januari 2002, beliau mahu kisah yang sebenarnya
disiarkan; antara lain beliau berkata bahawa jika melihat movie itu
seolah-olahnya hanya Amerika sahaja yang turun berperang sedangkan askar-askar
kita cumalah menjadi pemandu bas untuk membawa tentera Amerika. Sebenarnya
tentera-tentera kita turut juga terlibat sepenuhnya dalam peperangan di sana!
Ya, bukan itu sahaja kisah benarnya!!
Antara yang cuba disembunyikan oleh tentera2 Amerika dan juga oleh pihak-pihak
yang berkenaan termasuklah Yang Berbahagia Brigadier-Gen Bersara di atas
ialah pembunuhan beramai-ramai terhadapa penduduk awam Somalia selepas
serangan yang membunuh 18 orang tentera Amerika dan mencederakan 73 yang lain
itu.
Saya punya seorang sahabat baik, seorang tentera yang turut terllibat dalam
serangan di Moghadishu pada hari kejadian. Saya cukup rapat dengan sahabat
saya ini sehinggakan pada hari keberangkatannya ke sana, saya turun mengiring
beliau hingga ke pintu masuk di Terminal Berlepas di Bayan Lepas, Pulau
Pinang.
Apabila pulang, sayalah antara yang pertama ditemuinya; banyak yang kami
borakkan termasuklah kisah bagaimana allahyarham Lans Koperal Aznan menemui
ajalnya. Pada ketika beliau bercerita itu saya tidak ambil pusing sangat
kerana sebelum ini pun beliau selalu bercerita mengenai pengalamannya
bertempur dengan kominis di hutan Gulau dan kawasan-kawasan yang sewaktu
dengannya. Bagi saya kisah kematian anggota tentera, baik Amerika mahupun
Malaysia adalah perkara biasa, tetapi yang paling saya tak dapat terima ialah
apabila mendengar kisah kejadian selepas serangan itu. Kata beliau:
"Dok esok tu, depa (tak pasti Amerika sahaja atau campur Malaysia) pi
ramai-ramai ke kawasan market tu, depa pi bagi bomm bomm bomm bomm bomm
bomm��tak berenti-renti, habis bergelimpang mati habis semua yang ada di situ,
beratus-ratus orang. Aku nampak lepas tu depa pi angkut berlori-lori bawak pi
tanam kat satu tempat (korek dengan kereta pengorek tanah macam kereta Case),
lepas tu pi lungguk dan kambus semua masuk dalam tu!!"
Bila saya tanya ramai ka?
Dia kata:
"Berlori-lori....!!"
Nah - di manakah babak tersebut dalam cerita yang dipaparkan? Apakah dosa
budak2 kecik kaum wanita dan orang2 tua di kawasan pasar Mogadishu itu
hinggakan mereka diperlakukan sedemikian rupa? Pentingkah sangat 18 nyawa
tentera Amerika itu berbanding dengan beratus-ratus nyawa orang awam yang
tidak berdosa!
Kita cuma berharap tentera kita tidak terlibat, jika tidak, sebagai seorang
Islam, berjawablah di hadapan Allah SWT di akhirat kelak kenapa kamu sanggup
bersubahat dengan tentera-tentera kuffar melakukan sedemikian terhadap
saudara-saudaramu seagama.....
Wassalam,
RU ANTARA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Ru Antara <[EMAIL PROTECTED]>