1)
"Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan
kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau
sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara
ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992)
 
2)
"Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur
kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam
dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang
bukan Islam tidak dikenakan."
(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991)
 
3)
"Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan
kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.
Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna
sifatnya dan boleh meneruskan kerja."
( Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992)
 
4)
"Kita juga menerima hukum hudud sebagai sebahagian daripada tertegaknya negara Islam tetapi kerana sebab-sebab tertentu kita tidak dapat melaksanakannya. Adakah dengan sebab kita tidak dapat melaksanakannya maka kita menjadi kafir?
 
"Lainlah sekiranya kita mengatakan bahawa hukum hudud itu adalah hukum cara lama yang tidak boleh digunakan lagi serta ia patut dibuang, maka barulah kita boleh dianggap TIDAK ISLAM dan secara tidak langsung menjadi KAFIR. Di dalam hal ini kita tidak pernah pun menolak hukum hudud. Kita cuma menyatakan bahawa kita tidak mampu,'' jelas beliau.
(Dr. Mahathir Mohamad, Utusan 22 Sep 2000 bertajuk Malaysia negara Islam walaupun tidak mengamal hudud)
 
 
KOMEN:
 
Kalau diperhatikan pada kata-kata Mahathir dalam 1), 2), dan 3), tidakkah ianya bermakna kemajuan terhalang, menjadi mundur, tidak mampu bersaing, memalukan apabila kaki dan tangan orang Islam tidak ada akibat hukum hudud?
 
Tidakkah ini juga bermakna sampai bila-bila pun hukum hudud tidak lagi sesuai digunakan, tidak boleh digunakan dan patut dibuang (kerana perlaksanaannya sampai bila-bila pun akan menyebabkan kemunduran)???
 
Tidakkah ini juga bermakna kata-kata dalam 1), 2) dan 3) boleh dianggap tidak Islam dan secara tidak langsung menjadi kafir seperti mana yang dikatakan oleh Mahathir sendiri dalam 4)????
 
 

_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary information. If you are not the intended recipient,
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp

Kirim email ke