*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berikut adalah jawapan yg diberikan oleh panel
Al-Ahkam online tak lama dulu tentang hudud, ia juga
menyentuh tentang segelintir orang2 Islam masa kini yg
seolah2 takut dgn hukum hudud:
Firman Allah Taala
Dan hendaklah kamu menjatuhkan hukuman di antara
mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan
janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan
berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka
tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah
diturunkan ALlah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari
hukum yang diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa
sesungguhnya Allah mengkehendaki akan menimpakan
musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa
mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah
orang-orang yang fasiq. (Al-Maidah:49)
FirmanNya lagi:
Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan sendiri oleh
Allah. Oleh kerana itu janganlah kamu mencabulinya.
Dan Sesiapa yang mencabuli hukum-hukum yang telah
ditentukan ALlah, merekalah orang yang zalim.
(Al-Baqarah:229)
FirmanNya lagi:
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina,
hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya
seratus sebatan, dan janganlah kamu dipenmgaruhi oleh
perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam
menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman
kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah
disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka
itu oleh sekumpulan dari orang yang beriman.
(Al-Nur:2)
--------------
Begitulah sebahagian dari nas-nas yang berhubungkait
dengan kewajipan qisas dan hudud. Amat malang sekali
di dunia Islam, yang pemerintahnya adalah orang Islam
dan yang rakyatnya majoriti beragama Islam telah
meminggirkan firman-firman yang berkaitan dengan
qisash dan hudud. Tambah malang lagi, umat Islam takut
terhdap pelaksanaan hukum hudud. Lebih takut dari
hantu jembalang. Dan bertambah-tambah malang lagi,
ialah apabila ada di kalangan tertentu dari umat Islam
yang cuba melakukan propaganda halus memomokkan rakyat
dengan undang-undang hudud. Mereka itu adalah golongan
yang sedang menerima laknat dari ALlah Rabbul Jalil.
------------------
Akibatnya, keadilan hudud terlindung. Malah ada yang
cuba menghina dan mempermain-mainkannya. Minta Allah
lindungi kita dari perbuatan itu.
Umat Islam sendiri merasa asing dengan hukum syariat
yang sebenarnya adalah sebahagian dari agama panutan
mereka. Pada hakikatnya, undang-undang barat itulah
yang asing dari diri mereka.
Semoga Allah melaknat mereka yang cuba menutup-nutup
keadilan dan keagungan hudud sebagaimana Dia telah
melaknat saudara sealiran dengan mereka sebelumnya.
------------------
Apabila disebut sahaja hudud, maka ramai yang
terbayang satu perlaksanaan undang-undang yang kembali
kepada seratus, dua ratus malah beribu tahun yang
silam. Samada isi undang-undang itu ataupun
perlaksanaannya.
Apabila disebut hudud lagi, mereka akan berkata:
"...habislah akan kudunglah tangan anak-anak kita."
"habislah, akan mati kena rejamlah anak-anak muda..
"Habislah... bla.. bla..."
Seolah-olah, apabila hudud dijalankan, maka semua
orang akan berebut-rebut untuk mencuri agar tangannya
dipotong. Mereka membayangkan, bahawa anak-anak muda
akan bersesak-sesak untuk berzina agar dirinya disebat
100 kali. Manakala para isteri dan suami
berlumba-lumba untuk berzina agar dirinya mati direjam
batu.
Namun, apabila undang-undang ciptaan otak manusia
mengatakan bahawa pengedar dadah akan dikenakan
hukuman gantung sampai mati, maka mereka dengan rela
hati bersetuju. Katanya: "Memang patut dan adil.."
Tidak terkeluar dari lisan-lisan mereka mengatakan
bahawa undang-undang itu zalim dan kejam.
Semasa undang-undang ini diluluskan, tidak ada
seorangpun yang mengatakan: ".. Habislah, matilah
anak-anak kita kena gantung.."
Memang, di dalam Islam perlaksanaan takzir (menurut
setengah mazhab) boleh mencecah hingga ke hukum bunuh,
seperti kes pengedar dadah.. Bukan ini yang kita
persoalkan. Ia hanya secara kebetulan bertepatan
dengan Islam. Ia bukan undang-undang Islam.
Inilah kesan dari seruan halus golongan berhaluan
sekular.. Hingga begitu parah jadinya.
--------------
Lagi....
Apabila kita katakan, bahawa di dalam Islam:
* Orang yang mencuri hendaklah dipotong tangan.
* Orang bujang yang berzina disebat 100 kali, jika
telah berkahwin direjam sampai mati.
* Bunuh balas bunuh, luka balas luka dsbnya..
Golongan sekular akan mengatakan bahawa undang-undang
itu terlalu kejam. Tidak berperikemanusiaan. Kemudian
mereka akan mengatakan, bagaimana dengan orang-orang
kafir? Sudah tentu mereka tidak akan menerimanya...
Tidak cukup begitu, mereka mengarahkan para ulamak
mereka untuk menafsirkan kembali nash-nash hudud.
Sehingga ada yang sanggup mengatakan bahawa ayat-ayat
mengenai hudud itu hanyalah pada zahirnya sahaja. Yang
perlu diambil ialah pengajaran dan nilainya..
AKibatnya mereka membatalkan hudud yang termaktub di
dalam al-Quran.
Baiklah, apabila mereka mengatakan bahawa orang-orang
kafir tidak akan menerima perlaksanaan undang-undang
Islam, lalu para ulamak Islam bangkit memberi
penjelasan bahawa ada sebahagian mazhab yang
membolehkan orang kafir membuat pilihan, samada
undang-undang Islam atau undang-undang mereka.
Puak sekular menjawab, di mana keadilan perlaksanaan
hudud. Hanya pada orang Islam sahaja. Tidak pada orang
kafir. Nanti, katanya, jika ada dua orang yang
mencuri. Seorang muslim dan seorang kafir, maka si
muslim akan dipotong tangannya, sedangkan si kafir
tidak. Apakah ini adil, katanya. Nanti, ramai orang
Islam yang kudung tangannya. Bagaimana dengan
kehidupan mereka? Sudah tentu mereka akan ketinggalan
berbanding dengan orang kafir.
Kemudian bila mereka kata undang-undang Islam terlalu
kejam serta tidak sesuai dengan zaman ini, lalu para
ulamak bangkit lagi menjelaskan bahawa undang-undang
Islam ini amat teliti. Prinsipnya ialah, lebih baik
tersalah dalam melepaskan orang yang bersalah daripada
tersilap dengan menghukum orang yang tidak bersalah.
Para ulamak menjelaskan lagi, sebenarnya amat sukar
untuk mensabitkan seseorang dengan kesalahan hudud.
Perlu begini dan begini...
Mereka menjawab, ringan sangat. Kalau begitu ramailah
penjenyah yang terlepas begitu sahaja...
------------------
Kita tidak tahu samada manusia seperti ini wujud atau
di Malaysia, negara tercinta ini. Jika wujud, kita
wajib melarikan diri darinya.
Dan, ada yang kata tidak perlu.. Kita perlu
mendekatinya dan berdakwah kepadanya.
Kami berkata, tidak perlu.. Wajib menjauhkan diri
darinya atau kamu yang akan disambar kejahilan dan
kejahatannya. Berlepas dirilah darinya.
Kita akan ditimpa bencana jika kita mengangkat
orang-orang seperti ini menjadi pemimpin kita, teman
dan pembantu kita..
"Jika mereka berpaling (dari hukum yang diturunkan
Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah
mengkehendaki akan menimpakan musibah kepada mereka
disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka."
(Al-Maidah:49)
Azab Allah yang MAHA pedih dan laknat dariNya melaknat
ke atas orang-orang yang sengaja mencari alasan itu
dan ini untuk menjauhkan diri dari melaksanakan serta
menghalang perlaksanaan syariatNya di bumi bertuah
ini.
"Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah
di mukabumi, maka berilah keputusan (hukuman) di
antara manusia dengan adil dan janganlah kamu
mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu
dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat
dari jalan Allah akan mendapat azab siksa yang berat,
kerana mereka melupakan hari perhitungan." (Shad:26)
----------------
Pensabitan Hudud
Kita adakalanya terlalu menumpukan tentang
perlaksanaan hudud tanpa memandang sedikitpun kepada
pensabitannya. Itu yang menyebabkan orang yang takut.
Kerana, apabila kita melihat kepada pensabitannya,
kita akan dapat melihat gambaran bahawa hudud itu
tidaklah sebagaimana hukum rimba. Asal di dakwa
berzina sahaja, sebat atau rejam. Asal didakwa mencuri
sahaja potong tangan....
-------------------
Pensabitan:
1. Keterangan:
a. saksi
b. Iqrar dari tertuduh
2. Qarinah
------------------
Berikut ini kami nukilkan Enakmen Undang-undang Kanun
Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud):
BAHAGIAN III
Keterangan
39. Bagaimana membukti kesalahan. En. 2/91.
(1) Kecuali jika ada percanggahan dengan peruntukan
yang ada dalam Enakmen ini, maka Enakmen Keterangan
Mahkamah Syariah 1991 hendaklah dipakai untuk
membuktikan kesalahan-kesalahan di baawah Enakmen ini.
(2) Semua kesalahan di bawah Enakmen ini samada
kesalahan hudud atau kesalahan qisos, atau kesalahan
ta'zir, hendaklah dibuktikan dengan keterangan lisan
atau iqrar yang dibuat oleh tertuduh.
40. Bilangan saksi
(1) Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki untuk
membuktikan semua kesalahan di bawah Enakmen ini
melainkan zina, hendaklah sekurang-kurangnya dua
orang.
(2) Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki untuk
membuktikan kesalahan zina hendaklah tidak kurang
daripada empat orang.
41. Syarat-syarat menjadi saksi
(1) Tiap-tiap orang saksi hendaklah terdiri daripada
seorang lelaki Islam yang akil baligh dan hendaklah
seorang yang adil.
(2) Seseorang itu adalah dianggap adil jika ia
menunaikan apa-apa yang disuruh oleh Islam dan
menjauhi daripada dosa-dosa besar serta tidak
mengekalkan dosa-dosa kecil dan juga mempunyai
isti'mal al-muru'ah, (perasaan dan pendirian
menghormati diri).
(3) Seseorang itu adalah dianggap adil, sehingga
sebaliknya dibuktikan.
42. Keadaan keterangan
(1)Untuk membuktikan tuduhan terhadap tertuduh dan
menyebabkan dia boleh dihukum dengan hukuman hudud
atau qisos, keterangan yang diberi hendaklah
benar-benar terang dan tidak ada apa-apa kesamaran dan
keraguan.
(2) Tiap-tiap saksi hendaklah dengan terang menyatakan
bahawa dia benar-benar melihat perbuatan yang
didakwakan itu dan dalam kes zina pula keempat-empat
orang saksi itu hendaklah menyatakan bahawa mereka
benar-benar melihat kemasukan zakar ke dalam faraj
perempuan pasangan yang bersetubuh itu dengan juga
hendaklah jangan ada perselisihan dan pertelingkahan
di antara saksi-saksi di dalam keterangan itu.
43. Menarik balik keterangan
(1) Untuk menyebabkan hukuman hudud dikenakan kepada
tertuduh setiap saksi itu hendaklah berdiri teguh di
atas keterangan terhadap tertuduh itu, bukan sahaja
dalam masa perbicaraan dan selepasnya, tetapi juga
ketika hukuman itu dilaksanakan, kerana jika
keterangan itu ditarik balik sebelum hukuman itu
dilaksanakan, maka tertuduh itu tidak lagi boleh
dikenakan hukuman hudud, dan jika keterangan itu
ditarik balik ketika tertuduh sedang menjalani
hukuman, maka hukuman itu hendaklah dengan serta merta
diberhentikan.
(2) Dalam kes zina jika seseorang saksi itu enggan
memberi keterangan, atau memberi keterangan yang
berlawanan dengan tuduhan, atau memberi keterangan
menyokong tuduhan itu tetapi kemudiannya menarik balik
keterangan itu, yang mana dengan sebab itu bilangan
saksi yang menyokong tuduhan itu menjadi kurang
daripada empat orang, maka tuduhan zina terhadap
tertuduh itu tidaklah terbukti, dan yang demikian
tertuduh itu adalah terlepas daripada dikenakan
hukuman hudud; tetapi saksi-saksi yang telah memberi
keterangan menyokong tuduhan itu adalah bersalah
kerana melakukan kesalahan qazaf.
44. Iqrar
(1) Sebaik-baik keterangan untuk menyabitkan tertuduh
dan menyebabkan dia boleh dihukum dengan hukuman hudud
ialah iqrarnya sendiri.
(2) Iqrar itu hendaklah dibuat dengan sukarela dan
tanpa apa-apa paksaan di hadapan seorang pegawai
kehakiman dan kemudiannya diulangi di hadapan hakim
pada masa perbicaraan dijalankan; dan jika perbicaraan
itu mengenai kes zina maka iqrar itu hendaklah
diulangi sebanyak empat kali di hadapan hakim pada
masa perbicaraan dijalankan:
Dengan syarat bahawa iqrar itu hendaklah dibuat dan
diulangi dengan tidak ada apa-apa ugutan, janji atau
dorongan; dan hendaklah dengan nyatanya membuktikan
secara terperinci bahawa tertuduh itu benar-benar
telah melakukan kesalahan yang dengannya dia telahd
ituduh, dan dia faham bahawa dia akan dihukum kerana
membuat iqrar.
(3) Iqrar itu hanyalah boleh diterima sebagai
keterangan terhadap tertuduh yang membuat iqrar itu
sahaja, dan tidak boleh digunakan terhadap orang lain;
dan untuk menjadikannya sah maka iqrar itu hendaklah
bukan satu iqrar yang ditarik balik.
45. Menarik balik iqrar
(1) Sesuatu iqrar itu boleh ditarik balik oleh
tertuduh yang membuatnya pada bila-bila masa sahaja;
meskipun pada ketika dia sedang menjalani hukuman.
(2) Jika sesuatu iqrar itu ditarik balik sebelum
dilaksanakan hukuman ke atasnya maka tertuduh itu
tidaklah lagi boleh dikenakan hukuman itu, dan jika
dia menarik balik iqrar itu pada ketika dia sedang
menjalani hukuman, maka hukuman itu hendaklah dengan
serta merta diberhentikan.
(3) Jika pada bila-bila masa sebelum atau pada ketika
hukuman dilaksanakan, tertuduh itu dapat melarikan
diri daripada pihak yang berkuasa, maka dia hendaklah
dianggap sebagai telah menarik balik iqrar itu; dan
yang demikian peruntukan subsekseyn (2) hendaklah
terpakai.
46. Keterangan qarinah
(1) Kecuali seperti yang diperuntukkan dalam
subseksyen (2) dan (3) keterangan qarinah walaupun
berkaitan hendaklah tidak boleh dijadikan satu cara
yang sah untuk membuktikan kesalahan hudud.
(2) Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak
oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami
hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya
bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman
hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika
dapat membuktikan sebaliknya.
(3) Dalam perkara minum arak atau sebarang minuman
yang memabukkan, bau minuman yang didapati dalam nafas
tertuduh itu atau muntahnya yang mengeluarkan arak
atau sebarang minuman yang memabukkan atau apa-apa
kesan darinya, atau pemerhatian Mahkamah kepada
keadaan tertuduh itu bahawa dia sedang berada di dalam
keadaan mabuk, hendaklah boleh diterima sebagai
keterangan untuk membuktikan bahawa dia telah
melakukan kesalahan syurb, melainkan jika ia dapat
membuktikan sebaliknya.
47. Apabila seseorang tertuduh itu tidak boleh dihukum
dengan hukuman hudud kerana saksi-saksi telah menarik
balik keterangan mereka sebagaimana yang diperuntukkan
di bawah seksyen 43 atau kerana tertuduh itu telah
menarik balik iqrarnya sebagaimana yang diperuntukkan
di bawah seksyen 45 atau kerana keterangan saksi yang
ada tidak memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki
untuk membuktikan kesalahan hudud, maka tertuduh
bolehlah dihukum dengan hukuman ta'zir, dan mahkamah
hendaklah mengambil tindakan untuk menjatuhkan hukuman
itu sekiranya ada keterangan yang cukup bagi maksud
itu.
(Lihat Pelaksanaan Hukum Hudud Di Kelantan, hal.
120-125)
--------------
Kami kira, petikan di atas sudah cukup jelas untuk
menggambarkan bahawa untuk mensabitkan kesalahan hudud
ada peraturan dan sistemnya.
Itu tidak dikira syarat-syarat yang dikenakan terhadap
kesalahan hudud. Kita ambil contoh mencuri yang
hududnya ialah potong tangan:
7. Bilakah hukuman hudud tidak boleh dikenakan.
Hukuman hudud kerana kesalahan sariqah (mencuri
-panel.) tidak boleh dikenakan dalam keadaan yang
berikut:
(a) apabila nilai harta yang dicuri itu kurang
daripada nisab;
(b) apabila kesalahan itu tidak dapat dibuktikan
dengan keterangan yang dikendaki di bawh
peruntukan-peruntukan Bahagian III;
(c) apabila pesalah itu bukan mukallaf;
(d) apabila tuanpunya harta yang dicuri itu tidak
mengambil langkah yang cukup untuk menjaga harta itu
daripada kena curi, memandangkan kepada keadaan harta
itu dan tempat ia disimpan atau ditinggalkan;
(e) apabila pesalah itu belum lagi mendapat milik yang
sepenuhnya terhadap harta yang dicuri itu, walaupun
tuan punya tidak lagi mempunyai jagaan dan <<<message
truncated>>>
--- azmi <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net -
> http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED]
> }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED] }
>
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamu'alaikum,
>
> Jangan kita menyukarkan sesuatu yg mudah. Hukum
> hudud adalah dari Allah swt.
> Ianya HUKUM ALLAH.
> Objektif utama hukum hudud adalah utk menakutkan org
> dari melakukan
> kesalahan/jenayah dari menghukum pesalah.
> Teringat statement TG Hadi berkenaan
> Hudud......"lebih baik kita lepaskan
> org yg bersalah kerana kurang bukti dari kita
> menghukum org yg tidak
> bersalah" Kan Islam tu adil!!!
> Adakah kita tidak yakin bahawa hukum hudud akan
> membawa 'justice' kepada
> umat manusia?
> Atau...adakah dengan mudah seseorg itu akan dipotong
> tangannya tanpa
> dibicara & bawa saksi keatasnya? Dgn kata lain
> kalau nak makan sup
> tangan/kaki...pegi ke Kelantan.... kita lihat siapa
> org yg mengaku Islam
> tapi buat statement yg menghina hukum Allah ni????
> Jangan cakap hudud saje.... kalau guna undang2
> manusiapun kalau seseorg itu
> dianiaya/frame dgn dadah, beliau pun boleh dihukum
> gantung!
> Adalah umat Islam akan lemah kalau penjenayah
> dihukum mengikut hukum Allah?
> Adakah negara Islam akan mundur & tak cukup batu nak
> buat jalan kalau hukum
> Allah dilaksanakan?
>
> Surah Al-Maidah ayat 44, maksudnya......" Sesiapa
> yang tidak menghukum
> dengan hukum Allah maka kafirlah mereka"
>
> Come on lah...... ini bukan sebab mahadey tu team
> mana tapi.......yakinlah
> dgn hukum Allah!!!! ....Kita takkan rugi!!!
> Kalau nak Islam.....terus aje cakap nak & bukan
> cakap pusing2 (org putih
> cakap...walk around the bush)
> Memang senang nak cakap......tapi....jangan sekali2
> kita menentang
> perlaksanaannya
> dengan pelbagai alasan kerana boleh jatuh kufur.
> Kalau tak nak......duduk senyap2!!!
>
> Wassalamu'alaikum.
>
> ----- Original Message -----
> From: <[EMAIL PROTECTED]>
> To: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>
> Sent: Wednesday, March 13, 2002 8:46 PM
> Subject: RE: H-Net* Mahathir Membenarkan
> Mengkafir???
>
> > Cuba rujuk pada kenyataan yang terakhir tu...
> > "Lainlah sekiranya kita mengatakan bahawa hukum
> hudud itu adalah hukum
> cara
> > lama yang tidak boleh digunakan lagi serta ia
> patut dibuang, maka barulah
>
> kita
> > boleh dianggap TIDAK ISLAM dan secara tidak
> langsung menjadi KAFIR. Di
> dalam
> > hal ini kita tidak pernah pun menolak hukum hudud.
> Kita cuma menyatakan
> bahawa
> > kita tidak mampu,'' jelas beliau.
> > (Dr. Mahathir Mohamad, Utusan 22 Sep 2000 bertajuk
> Malaysia negara Islam
> > walaupun tidak mengamal hudud)
> > ...jelas menunjukkan yang beliau tidak menolak
> hukum hudud...tetapi ianya
> tidak
> > dapat dilaksanakan kerana kita tidak mampu
> (memandangkan negara kita
> > multi-rasional dan pelbagai agama).
> >
> > Lagi pun apabila hukum hudud dilaksanakan
> dinegara ini...mungkin banyak
> orang
> > kita (Islam) akan kudung tangan dan sebagainya
> kerana saksi-saksi (dalam
> kes
> > terancang, dengki dsb.) yang ada pada hari ini dah
> tak boleh pakai
> > lagi...tengok je la kes DSAI ( Dato' Sri Anwar
> Ibrahim )...kalaulah hudud
> > dilaksanakan dinegara ini...bayangkanlah apa yang
> dah terjadi pada
> DSAI????
> > Pasal orang zaman sekarang ni dah tak takut pada
> Allah lagi...sanggup
> menipu
> > dan apa saja, janji hajat atau cita-cita tercapai!
> >
> > Come-on laaaa....takkan sebab si Mahadey tu
> berada di parti lawan kita
> nak
> > tolak semua pendapat beliau...fikirlah secara
> terbuka dan rasional! Kalu
> tangan
> > kita kena potong sebab dianiaya oleh beberapa
> orang yang mempuyai saksi
> > amacam?... yang kena balun masa akhirat nanti
> sebab aniaya orang itu
> akhirat
> > punya cerita...kita yang hidup masa kat bumi ni
> dengan tangan kudung ni
> apa
> > cerita????
>
>
>
>
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body
> : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body:
> UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak
> menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net
> )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]
> )
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: azmi <[EMAIL PROTECTED]>
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Try FREE Yahoo! Mail - the world's greatest free email!
http://mail.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>