*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mungkin sdr banyak ketinggalan dan tidak follow-up tentang statement
Mahathir, lalu sdr cepat membuat kesimpulan. Adakah sdr fikir yang Mahathir
akan kata dia menolak hukum hudud??


Sungguh ironik bukan? Walau pun dalam kenyataan 4 dia mengatakan dia tidak
pernah menolak hukum hudud, tidakkah kenyataan beliau dalam 1-3 itu pada
hakikatnya menolak hukum hudud?

Jadi sdr bersetuju-lah bahawa hukum-hukum Allah tidak lagi sesuai untuk
dilaksanakan???

Jadi sdr bersetuju-lah bahawa hukum yang Allah Taala cipta itu tidak lagi
releven atas sebab kemajuan, atas sebab keuntungan dunia?

Benar sungguh lah ayat-ayat Allah:-


Al-Baqarah:
[2.99] Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad)
ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (Al-Quran), dan tidak ada yang akan
mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik.

Al-Imran:
[3.77] Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang
sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak
akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan
berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari
Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan
beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. 


Lupakah sdr bahawa kita diwajibkan taat kepada Allah dan segala
hukum-hukumnya???

Al-Baqarah:
[2.208] Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam
(dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak
langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

Mengapa sdr tidak mahu berhukum dengan hukum Al-Quran???

An-Nisaa':
[4.61] Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum
Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah,"
nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang
(manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu. 

[4.105] Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab
(Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara
manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya);
dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat. 

Al-Ahzab:
[33.36] Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan
perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu
perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri
mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan
RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.


Mengapa sdr tidak mahu menurut Syariat yang Allah turunkan, mengapa mahu
menurut hawa nafsu mereka-mereka yang jahil???

Al-Jaathiyah:
[45.18] Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau)
menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka
turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang
yang tidak mengetahui (perkara yang benar).

Al-Maaidah:
[5.38] Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka
(hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa
yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari
Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 

[5.104] Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah menurut kepada apa
yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran), dan kepada RasulNya (yang
menyampaikannya)", mereka menjawab: "Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati
datuk nenek kami mengerjakannya". Adakah (mereka akan menurut juga)
sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula
mendapat hidayah petunjuk? 



Adakah sdr lupa iaitu kalau sekiranya kes DSAI dilaksanakan mengikut hukum
Islam sebenar, agak-agak sdr adakah saksi-saksi tersebut adalah yang saksi
yang "adil"???

Benar sungguhlah kata sdr bahawa zaman sekarang ini orang sudah tidak takut
dengan Allah lagi, mereka lebih takut dengan manusia, sebab itu
hukum/perintah Allah sanggup dibelakangkan, mengambil logik akal mengatasi
hukum yang Allah Taala turunkan!

Come-on lah sdr! Janganlah sampai "terbuka" dan "rasional" sdr sampai
mengutamakan pendapat manusia bernama Mahathir walaupun pendapat tersebut
bertentangan dengan hukum Allah SWT!!

Come-on lah sdr! Dan janganlah atas kejahilan kita terhadap hukum-hukum
Allah SWT dan perlaksanaannya, terburu membuat kenyataan akan "kepincangan"
perlaksanaan hukum Allah!!!

Lastly, mengapa sdr berkata "...kita yang hidup masa kat bumi ni dengan
tangan kudung ni apa cerita???"??
Adakah sdr berhajat hendak menjadi pencuri atau sdr pernah melakukan
perbuatan mencuri sehingga melewati batas hudud???

-----Original Message-----
From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Wednesday, March 13, 2002 8:46 PM
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Subject: RE: H-Net* Mahathir Membenarkan Mengkafir???
Importance: High


Cuba rujuk pada kenyataan yang terakhir tu...
"Lainlah sekiranya kita mengatakan bahawa hukum hudud itu adalah hukum cara 
lama yang tidak boleh digunakan lagi serta ia patut dibuang, maka barulah
kita 
boleh dianggap TIDAK ISLAM dan secara tidak langsung menjadi KAFIR. Di dalam

hal ini kita tidak pernah pun menolak hukum hudud. Kita cuma menyatakan
bahawa 
kita tidak mampu,'' jelas beliau. 
(Dr. Mahathir Mohamad, Utusan 22 Sep 2000 bertajuk Malaysia negara Islam 
walaupun tidak mengamal hudud) 
...jelas menunjukkan yang beliau tidak menolak hukum hudud...tetapi ianya
tidak 
dapat dilaksanakan kerana kita tidak mampu (memandangkan negara kita 
multi-rasional dan pelbagai agama). 

 Lagi pun apabila hukum hudud dilaksanakan dinegara ini...mungkin banyak
orang 
kita (Islam) akan kudung tangan dan sebagainya kerana saksi-saksi (dalam kes

terancang, dengki dsb.) yang ada pada hari ini dah tak boleh pakai 
lagi...tengok je la kes DSAI ( Dato' Sri Anwar Ibrahim )...kalaulah hudud 
dilaksanakan dinegara ini...bayangkanlah apa yang dah terjadi pada DSAI???? 
Pasal orang zaman sekarang ni dah tak takut pada Allah lagi...sanggup menipu

dan apa saja, janji hajat atau cita-cita tercapai!

 Come-on laaaa....takkan sebab si Mahadey tu berada di parti lawan kita nak 
tolak semua pendapat beliau...fikirlah secara terbuka dan rasional! Kalu
tangan 
kita kena potong sebab dianiaya oleh beberapa orang yang mempuyai saksi 
amacam?... yang kena balun masa akhirat nanti sebab aniaya orang itu akhirat

punya cerita...kita yang hidup masa kat bumi ni dengan tangan kudung ni apa 
cerita???? 


-----Original Message-----
From: HaslimH [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Wednesday, March 13, 2002 6:12 PM
To: hizb
Cc: HaslimH
Subject: H-Net* Mahathir Membenarkan Mengkafir???

 << File: H-Net_ Mahathir Membenarkan Mengkafir___.HTM >> 


_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or
proprietary information. If you are not the intended recipient, 
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of
all copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the
information contained therein. Non-compliance with the forgoing may result
in legal action.


This message has been checked for all known viruses by the 
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp

_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary 
information. If you are not the intended recipient, 
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all 
copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information 
contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the 
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke