*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salah saman ni bukan perkara baru. Aku pun dulu
kena jugak. Nombor kereta, orang lain punya, yang 
tak pernah aku kenal, tapi IC nombor aku. 

Bila talipun nak settle, diarahkan aku kesana sini.
Dia orang ingat dia orang tu hapa? Akhirnya lepas
talipun sana sini, aku minta nak cakap dengan bos
dia orang kat satu balai. Akhirnya dia orang setuju
drop the case.   

Inilah rupanya polis antara yg terbaik didunia
(kata orang).  Tapi yang menyaman@menyamun bukan
sikit. Ada kawan aku cakap, kat taman melati di KL
tu ada polis yg asyik dok kutip duit warga indon dan
bangla dah berkurun. Semalam pun aku nampak sorang
polis tahan 2 orang (macam indo) kat tempat gelap.

Sekarang acara menyaman@menyamun dibuat secara
besar-besaran. Dapat backing menteri pulak. Satu
petanda, negara dah pokai.  Cerita polis zalim ni
tak habis2 nampaknya.

Kenapa pdrm tak perbetulkan dulu sistem mereka tu,
asyik dok blame "kesalahan teknikal" aje yang zalim
lagi menzalimi. Ataupun ubah aje slogan polis tu.

---------------

Setempat: Edisi KL: Silap saman salah teknikal 
Oleh Zalifah Mohd Yatim 

KUALA LUMPUR: Masalah teknikal mungkin menyebabkan seorang pesara yang tidak mempunyai 
lesen kereta menerima saman sebuah teksi bandar ketika membuat semakan saman, 
baru-baru ini.

Timbalan Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Asisten Komisioner Azizan Mohd Aras, berkata 
pihaknya berharap pesara berkenaan tampil ke Bukit Aman supaya tindakan lanjut dapat 
diambil dengan segera.

“Dia boleh datang ke Bukit Aman untuk menyelesaikan masalah berkenaan atau berjumpa 
terus dengan saya supaya tindakan dan siasatan lanjut dapat dilakukan dengan segera,” 
katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Beliau mengulas kejadian seorang pesara yang tidak mempunyai lesen kereta, tetapi 
menerima saman sebuah teksi bandar ketika membuat semakan saman trafik di balai polis 
Petaling Jaya di sini, baru-baru ini.

Mohd Razali Abdullah, 44, mendakwa dia mempunyai saman yang tidak pernah dilakukannya 
di Jalan CTA 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bertarikh 21 November 
2001.

Dalam kesalahan itu, Razali disaman mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 Peraturan 
Seksyen 079(2)E yang boleh dikenakan kompaun maksimum RM300.

Dia pelik bagaimana nombor pendaftaran kenderaan yang tertera pada surat saman itu 
milik sebuah teksi bandar, sedangkan nombor pendaftaran WHB2715 adalah nombor 
pendaftaran motosikal Modenas Kris.

Pesara berkenaan bukan sahaja tidak mempunyai teksi, malah tidak mempunyai lesen 
memandu kereta.

Dia cuba mendapatkan penjelasan di balai polis Petaling Jaya, tetapi diarah 
mengemukakan surat dan menyelesaikan sendiri masalah itu di balai polis Sepang.

Razali berkata, dia tidak pernah bermotosikal ke Sepang, apatah lagi ke KLIA.

“Saya menghargai peranan pihak berkuasa dalam melaksanakan undang-undang, tetapi 
apabila berlaku kesilapan seperti ini mana-mana balai polis yang dikunjungi patut 
membantu pengguna,” katanya.

Sebelum itu, seorang peniaga, Gary Chong, 40, yang sudah menjelaskan saman trafik 
tahun lalu menerima perkhidmatan pesanan ringkas (SMS)menyatakan dia belum membayar 
saman itu.

Menurutnya, saman letak kereta bernilai RM30 pada 11 Disember 2000 sudah dijelaskan 
pada 11 Disember 2001 di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields(IPPDB).


-- 
_______________________________________________
Sign-up for your own FREE Personalized E-mail at Mail.com
http://www.mail.com/?sr=signup


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mee goreng" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke