*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Salam
Kenapa En Razali yang kena pergi mengadap polis pulak? Sedangkan En Razali 
tak bersalah? pelik jugak ye.

>From: "mee goreng" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Polis buat taik kenapa orang lain kena basuh
>Date: Sat, 11 May 2002 12:50:51 +0800
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Salah saman ni bukan perkara baru. Aku pun dulu
>kena jugak. Nombor kereta, orang lain punya, yang
>tak pernah aku kenal, tapi IC nombor aku.
>
>Bila talipun nak settle, diarahkan aku kesana sini.
>Dia orang ingat dia orang tu hapa? Akhirnya lepas
>talipun sana sini, aku minta nak cakap dengan bos
>dia orang kat satu balai. Akhirnya dia orang setuju
>drop the case.
>
>Inilah rupanya polis antara yg terbaik didunia
>(kata orang).  Tapi yang menyaman@menyamun bukan
>sikit. Ada kawan aku cakap, kat taman melati di KL
>tu ada polis yg asyik dok kutip duit warga indon dan
>bangla dah berkurun. Semalam pun aku nampak sorang
>polis tahan 2 orang (macam indo) kat tempat gelap.
>
>Sekarang acara menyaman@menyamun dibuat secara
>besar-besaran. Dapat backing menteri pulak. Satu
>petanda, negara dah pokai.  Cerita polis zalim ni
>tak habis2 nampaknya.
>
>Kenapa pdrm tak perbetulkan dulu sistem mereka tu,
>asyik dok blame "kesalahan teknikal" aje yang zalim
>lagi menzalimi. Ataupun ubah aje slogan polis tu.
>
>---------------
>
>Setempat: Edisi KL: Silap saman salah teknikal
>Oleh Zalifah Mohd Yatim
>
>KUALA LUMPUR: Masalah teknikal mungkin menyebabkan seorang pesara yang 
>tidak mempunyai lesen kereta menerima saman sebuah teksi bandar ketika 
>membuat semakan saman, baru-baru ini.
>
>Timbalan Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Asisten Komisioner Azizan Mohd 
>Aras, berkata pihaknya berharap pesara berkenaan tampil ke Bukit Aman 
>supaya tindakan lanjut dapat diambil dengan segera.
>
>�Dia boleh datang ke Bukit Aman untuk menyelesaikan masalah berkenaan atau 
>berjumpa terus dengan saya supaya tindakan dan siasatan lanjut dapat 
>dilakukan dengan segera,� katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
>
>Beliau mengulas kejadian seorang pesara yang tidak mempunyai lesen kereta, 
>tetapi menerima saman sebuah teksi bandar ketika membuat semakan saman 
>trafik di balai polis Petaling Jaya di sini, baru-baru ini.
>
>Mohd Razali Abdullah, 44, mendakwa dia mempunyai saman yang tidak pernah 
>dilakukannya di Jalan CTA 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 
>(KLIA) bertarikh 21 November 2001.
>
>Dalam kesalahan itu, Razali disaman mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 
>Peraturan Seksyen 079(2)E yang boleh dikenakan kompaun maksimum RM300.
>
>Dia pelik bagaimana nombor pendaftaran kenderaan yang tertera pada surat 
>saman itu milik sebuah teksi bandar, sedangkan nombor pendaftaran WHB2715 
>adalah nombor pendaftaran motosikal Modenas Kris.
>
>Pesara berkenaan bukan sahaja tidak mempunyai teksi, malah tidak mempunyai 
>lesen memandu kereta.
>
>Dia cuba mendapatkan penjelasan di balai polis Petaling Jaya, tetapi diarah 
>mengemukakan surat dan menyelesaikan sendiri masalah itu di balai polis 
>Sepang.
>
>Razali berkata, dia tidak pernah bermotosikal ke Sepang, apatah lagi ke 
>KLIA.
>
>�Saya menghargai peranan pihak berkuasa dalam melaksanakan undang-undang, 
>tetapi apabila berlaku kesilapan seperti ini mana-mana balai polis yang 
>dikunjungi patut membantu pengguna,� katanya.
>
>Sebelum itu, seorang peniaga, Gary Chong, 40, yang sudah menjelaskan saman 
>trafik tahun lalu menerima perkhidmatan pesanan ringkas (SMS)menyatakan dia 
>belum membayar saman itu.
>
>Menurutnya, saman letak kereta bernilai RM30 pada 11 Disember 2000 sudah 
>dijelaskan pada 11 Disember 2001 di Ibu Pejabat Polis Daerah 
>Brickfields(IPPDB).
>
>
>--
>_______________________________________________
>Sign-up for your own FREE Personalized E-mail at Mail.com
>http://www.mail.com/?sr=signup
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "mee goreng" <[EMAIL PROTECTED]>


_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Awe Wei" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke