*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sepatutnya Azizan tu la yang kena pergi cari Pakcik tu .. pergi minta
maaf diatas kecuaian anak buah dia
ni ada kah pakcik tu pulak nak pi cari dia.. isk..isk... tak faham aku
polis ni.. hidung tinggi tak bertempat.
> Setempat: Edisi KL: Silap saman salah teknikal
> Oleh Zalifah Mohd Yatim
>
> KUALA LUMPUR: Masalah teknikal mungkin menyebabkan seorang pesara yang tidak
>mempunyai lesen kereta menerima saman sebuah teksi bandar ketika membuat semakan
>saman, baru-baru ini.
>
> Timbalan Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Asisten Komisioner Azizan Mohd Aras,
>berkata pihaknya berharap pesara berkenaan tampil ke Bukit Aman supaya tindakan
>lanjut dapat diambil dengan segera.
>
> �Dia boleh datang ke Bukit Aman untuk menyelesaikan masalah berkenaan atau berjumpa
>terus dengan saya supaya tindakan dan siasatan lanjut dapat dilakukan dengan segera,�
>katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
>
> Beliau mengulas kejadian seorang pesara yang tidak mempunyai lesen kereta, tetapi
>menerima saman sebuah teksi bandar ketika membuat semakan saman trafik di balai polis
>Petaling Jaya di sini, baru-baru ini.
>
> Mohd Razali Abdullah, 44, mendakwa dia mempunyai saman yang tidak pernah
>dilakukannya di Jalan CTA 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
>bertarikh 21 November 2001.
>
> Dalam kesalahan itu, Razali disaman mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 Peraturan
>Seksyen 079(2)E yang boleh dikenakan kompaun maksimum RM300.
>
> Dia pelik bagaimana nombor pendaftaran kenderaan yang tertera pada surat saman itu
>milik sebuah teksi bandar, sedangkan nombor pendaftaran WHB2715 adalah nombor
>pendaftaran motosikal Modenas Kris.
>
> Pesara berkenaan bukan sahaja tidak mempunyai teksi, malah tidak mempunyai lesen
>memandu kereta.
>
> Dia cuba mendapatkan penjelasan di balai polis Petaling Jaya, tetapi diarah
>mengemukakan surat dan menyelesaikan sendiri masalah itu di balai polis Sepang.
>
> Razali berkata, dia tidak pernah bermotosikal ke Sepang, apatah lagi ke KLIA.
>
> �Saya menghargai peranan pihak berkuasa dalam melaksanakan undang-undang, tetapi
>apabila berlaku kesilapan seperti ini mana-mana balai polis yang dikunjungi patut
>membantu pengguna,� katanya.
>
> Sebelum itu, seorang peniaga, Gary Chong, 40, yang sudah menjelaskan saman trafik
>tahun lalu menerima perkhidmatan pesanan ringkas (SMS)menyatakan dia belum membayar
>saman itu.
>
> Menurutnya, saman letak kereta bernilai RM30 pada 11 Disember 2000 sudah dijelaskan
>pada 11 Disember 2001 di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields(IPPDB).
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: semetec <[EMAIL PROTECTED]>