Pilihan raya di Putrajaya
Wednesday, August 28 @ 10:57:09 MYT
Min Aina Ila Aina
Oleh Subky Latif
SURUHANJAYA Pilihan Raya sedang mempamirkan peta dan fakta persempadanan
baru kawasan Parlimen dan DUN yang dicadangkan untuk diluluskan.
Saya sangat tertarik dengan kawasan baru yang SPR cadangkan iaitu kawasan
Parlimen Putrajaya. Ia adalah kawasan yang meliputi seluruh Wilayah
Persekutuan Putra Jaya yang menjadi tapak ibu kota negara yang baru.
Beberapa bulan lalu saya ingat Perdana Menteri menyebut bahawa pengundi yang
berdaftar di situ seramai 24 orang. Dalam kertas yang dipamirkan sekarng
terdapat lima kawasan peti undi dengan jumlah pemilih seramai 85 orang.
Dua peti undi belum berorang. Hanya tiga peti undi saja yang baru berorang
yang jumlahnya 85 orang.
Tidak dipastikan adakah bantahan orang ramai atas peta dan fakta yang
dipami! rkan itu.
Mungkin pengundinya menjadi berpuluh-puluh ribu dalam tahu 2020 dan mungkin
juga kawasan itu akan dipecahkan kepada beberapa kawasan pula kemudian.
Tetapi pada hari ini, kalau pilihan raya diadakan seelok-elok saja ia
diluluskan, maka kawasan Parlimen Putra Jayalah agaknya kawasan yang begitu
senang bagi wakilnya kerana ia bertanggungjawab kepada 85 orang saja.
Adakah antara pengundinya Dr. Mahathir dan isteri?
Belum diketahui. Tetapi mungkin.
Bonda Menteri Shahrizat Jalil menyebut bahawa Putrajaya adalah untuk Dr.
Mahathir dan kawasan baru Parlimen itu wajar diuntukkan kepadanya.
Dan saya fikir pun Dr. Mahathir tidak begitu sukar untuk menerimanya dan ia
mungkin satu isyarat awal yang beliau boleh atau hendak meninggalkan Kubang
Pasu, kawasan yang saya tandingi bersamanya tahun 1999.
Melihat kepada keputusan pilihan raya kecil Anak Bukit dan Pendang baru-baru
ini orang Melayu tidak menunjukkan kesetiaan kepada UMNO seperti! dulu kala.
Ia bergantung kepada undi bukan Melayu. Ia mungkin menuju situasi parti
Melayu yang tidak disokong oleh orang Melayu tetapi ia adalah parti Melayu
yang disokong oleh bukan Melayu.
Jika dia bertanding lagi di situ dengan segala silap matanya, dia mungkin
menang lagi tetapi majoritinya akan merosot jika tidak dipam dengan
seramai-ramai pengundi bukan Melayu.
Lagi pun mengulangnya selalu bukanlah mudah pula. Adalah lebih menyenangkan
selapas tidak lagi menjadi Perdana Menteri, beliau menjadi MP saja bagi
kawasan elit Putrajaya dan sayonara kepada Kubang Pasu.
Saya memang bercadang untuk bertanding lagi dengannya. Kalau beliau bertukar
kawasan iaitu ke Putrajaya, ia bukan suatu yang sulit bagi saya untuk ke
situ pula. Malah ia lebih dekat dan kini pun saya ditauliahkan untuk menjaga
kawasan itu sebagai sifat saya Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan.
Dengan 85 pengundi yang ada itu tidak perlu ada ceramah besar kerana
pengu! ndi terlalu kecil. Memadai pergi dari rumah ke rumah atau menulis 85
helai surat dan poskan kepada 85 orang itu. Dan ia boleh dibuat tiap-tiap
hari sepanjang kempen pilihan raya itu.
Tetapi masalahnya ialah siapakah pengundi di situ? Kemungkinannya Dr.
Mahathir dan isterinya sendiri. Yang lain-lain ialah pembesar-pembesar dan
saudagar.
Setakat ini saya sudah bertemu dengan penyokong-penyokong PAS di situ.
Mereka ahli yang komited, tetapi mereka adalah pegawai yang sudah mananda
tangani surat akujanji. Maka keberatan bagi mereka untuk menjadi penaja,
takut diketahui oleh Dr. Mahathir.
Demokrasi tidak melarang menyertai lain parti. Tetapi kalau demokrasi itu
diikuti, maka akan menyulitkan rakyat itu.
Menjadi calon di Putrajaya adalah senang. Kempen tidak teruk. Tetapi
beranikah 85 pengundi itu membuat pilihan bebas? Kalau yang beribu-ribu itu
mudah diketahui aliran kecenderungannya, maka Dr. Mahathir boleh tahu siapa
yang 85 orang i! tu undi dalam pilihan raya itu nanti.
Atau pun selain dari beliau sebagai calon. Katakan calon BN itu patung
mainan kanak-kanak, nescaya rakyat yang bernyawa dan bersekolah tinggi itu
akan mengundinya juga. Saya percaya mungkin boleh menarik minat 85 orang
itu, tetapi hantu yang tidak bermata itu menakutkan dan bukan mustahil semua
85 undi diberikan kepada patung mainan kanak-kanak itu.
Calon pembangkang bukan setakat hilang wang pertaruhan, tetapi ia mungkin
dapat kosong. Dan manakala patung tadi dapat undi penuh 85. Ini bukan satu
silap mata, tetapi satu silap pentadbiran.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes
