*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu alaikum.


Nampaknya amat amarah Ku6ku6ku6k6u dengan orang yang
dipanggilnya “Din Square”.  Mencatitkan sebahagian
daripada penulisannya:

“ juga bercakap dengan lidah bergulung dan tersimpul
apabila  cuba  memburukkan gaya hidup TG Nik Aziz yang
sederhana tersebut. Kata  beliau, orang Kelantan
miskin kerana imej MB nya yang tidak menonjolkan
kekayaan.  Sahih! Din Square bercakap menggunakan
kepala lutut, bukan kepala yang  berisi otak di atas.
Kesederhanaan hidup dua MB PAS disegani oleh majoriti 
manusia, termasuk penyokong BN. Din Square pula cuba
menghina cara hidup  tersebut. Mungin Din Square lebih
seronok melihat MB-MB lain yang  hidup  amat mewah dan
membelanjakan jutaan ringgit wang rakyat hanya untuk 
mengubahsuai rumah (ex MB Selangor, ingat?). Atau
seorang ex MB yang ditangkap cuba membawa jutaan
ringgit RM ke Australia? Atau  seorang  ex-MB  yang
mampu memiliki berpuluh-puluh kereta mewah dan pernah
cuba 
dihadapkan ke mahkamah? Atau seorang MB yang pernah
dibawa dikatakan merogol 
gadis bawah umur? Atau seorang MB muda yang dipercayai
(oleh lebih 90% undi) 
sedang membuat rasuah yang hebat? Din Square mungkin
penonton TV1  bodoh-bodoh belaka yang akan menerima
apa jua hujjah bodohnya….”

Sebenarnya itulah aspirasi yang dibawa oleh pasukan
yang didokonginya.  Jadi apalah sangat yang nak
dihairankan.  Cuba perhatikan imbasan 3 koleksi yang
tersurat di bawah untuk menjadi dalil terhadap
aspirasi tersebut:



(1)     EXCO Johor di rompak kerugian RM 250,000.00 dalam
Utusan Malaysia 12/04/2002

Johor Bahru 11 April – Sekumpulan lelaki rakyat
Indonesia Memecah masuk ke rumah Exco Kerajaan Negeri
Johor, Adam Abdul Hamid dan mengikat beliau serta
anaknya sebelum merompak wang tunai dan barang-barang
kemas bernilai kira-kira RM 250,000.00 awal pagi tadi.

Kesemua perompak yang bersenjatakan parang telah
memasuki rumah Adam di Kelapa Sawit, Kulai, dekat sini
pada pukul 5 pagi.

(2)  Saidin dirompak RM500,000 dalam Dalam Negeri
Utusan Malaysia 24/7/2002
KUALA LUMPUR 23 Julai - Bekas Ahli Dewan Undangan
Negeri Paya Jaras, Datuk Saidin Tamby dan keluarganya
dirompak wang tunai dan barangan kemas bernilai
kira-kira RM500,000 oleh lima lelaki dipercayai rakyat
asing di rumah mereka di Kampung Selayang Pandang
dekat sini, awal hari ini.

(3) Barang kemas bekas menteri bernilai RM2 juta
ditemui semula (dalam Berita Minggu 15/9/2002:
Mukadepan)

KUALA LUMPUR: Polis menahan sembilan lelaki dan dua
wanita serta menjumpai semula 70 peratus barang kemas
bernilai lebih RM2 juta yang dirompak di kediaman
bekas menteri Kebajikan Masyarakat, Tan Sri Fatimah
Hashim di Jalan Bukit Pantai di sini, pada 8 Ogos
lalu.

Ustaz Nik Aziz manalah ada duit sampai RM 0.25 juta,
mahupun RM 0.5 juta ataupun RM 2juta.  Sebab itulah
mereka merasakan Ustaz Nik Aziz memang deserve
diperburukkan, diperkecilkan dan diperhinakan cara
hidupnya....

Wassalam

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Everything you'll ever need on one web page
from News and Sport to Email and Music Charts
http://uk.my.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: =?iso-8859-1?q?amir=20afnan?= <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke