|
Pagi ini, 18 September 2002. Selamat Pagi Malaysia
menyiarkan satu program pacma biasalah... dengan tetamu tukang karut yang jugs
tidak asing lagi sebagai salah satu ahli panel debat olok-olok... Di akhir
rancangan, Mustapa Taib ini membacakan satu hadis yang katanya agak panjang dan
diriwayatkan oleh Huzaifah Ibn Yaman. Dia tidak membacakan hadis tersebut
sepenuhnya, namun antara intisarinya adalah satu ketika seorang sahabat bertanya
sekiranya dia bertemu dengan satu kerajaan yang menzalimi umatnya maka Rsulullah
menyebut wajib bagi kamu mentaatinya hatta jika sehingga raja tersebut memukul
belakang mu setiap hari dan merampas hartamu setiap bulan, maka kamu tetap wajib
mentaatinya selagi mana raja tersebut masih meninggalkan
sembahyang.
Minta bantuan para netters terutamanya yang mahir
ilmu hadis, ada sesiapa pernah terjumpa hadis ini untuk kita kongsi versi penuh
hadis tersebut.
Tapi satu mesej yang cuba disampaikan adalah, dia
sememangnya mengakui yang kerajaan BN hari ini memang zalim. Mendera orang dan
merampas harta rakyat. Tetapi mesej utamanya, taatilah kerajaan ini selagi mana
dia masih Islam.
Pastu bila ada penonton call sebut soal judi dan
arak, dia sebut, yang salah bukan kerajaan, tetapi rakyat. Kerajaan tidak
memerintahkan rakyat berjudi dan minum arak kerajaan cuma sediakan tempat je so
terpulanglah kepada rakyat untuk membuat pilihan. Ini lagi satu kes
pelik.
Tepuk dada tanya iman
|
