http://utusan.com.my/utusan/Rencana/20121011/re_05/101-tahun-merdeka-Menara-101-Taipei
101 tahun merdeka, Menara 101 Taipei Azman Anuar Perbarisan dan perarakan sempena Sambutan Hari 10 Berganda atau Double Tenth di hadapan bangunan Pejabat Presiden, Ma Ying-Jeou di Taipei, Taiwan, semalam. - AFP Sambutan tarikh 10 Berganda atau Double-Tenth sempena ulang tahun kejayaan revolusi Republik China mengambil alih pemerintahan daripada Dinasti Manchu di Tanah Besar China pada 10 Oktober 1911 diraikan dengan meriah di Taiwan dengan langkah berjaga-jaga tetap diutamakan. Hal ini berlaku ekoran tercetusnya peristiwa berbalas-balas tembakan meriam air antara kapal-kapal pengawal pantai Jepun dengan Taiwan apabila sekumpulan nelayan Taiwan cuba memasuki perairan di kepulauan Senkaku/Diaoyu baru-baru ini. Tindakan itu jelas meningkatkan kembali ketegangan di Laut China Timur. Tindakan Jepun membeli pulau-pulau di kepulauan Senkaku itu adalah sebahagian usahanya untuk mengukuhkan tuntutan ke atas wilayah maritim itu yang dikenali sebagai Diaoyu oleh China, yang turut dituntut oleh Taiwan. Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Rencana/20121011/re_05/101-tahun-merdeka-Menara-101-Taipei#ixzz28vuLDG8T © Utusan Melayu (M) Bhd [Non-text portions of this message have been removed]
