Salam,
Agama Islam adalah bidang kuasa negeri-negeri di Persekutuan Tanah Melayu di
bawah jadual 9 Perlembagaan Malaysia. Setiap negeri berwenang untuk
menentukan enakmen masing-masing yang berkaitan dengan pentadbiran agama
Islam termasuk bab zakat. Sebab itu tidak ada penyelarasan dan setiap negeri
mempunyai formula yang tersendiri untuk menetapkan kadar zakat fitrah. Kalau
kita lihat pengagihan zakat negeri-negeripun berbeza. Negeri Perlis
umpamanya memulangkan 1/2 dari zakat yang dilunaskan kepada pembayar zakat
untuk diagihkan kepada mana-mana istitusi pilihannya yang telah dipersetujui
oleh Lembaga zakat. Terengganu kalau tidak silap hanya memulangkan 1/4
(mungkin silap).

Tetapi memang benar, harga beras adalah standard di semua negeri. Sepatutnya
kadar zakat bagi setiap negeri adalah sama. Tetapi mungkin juga kadar ini
ditentukan oleh peningkatan kos sara hidup. Jika begitu peningkatan kos sara
hidup meningkat paling tinggi di Terengganu dan Kelantan berbanding negeri
maju seperti Selangor.

Wallahu'alam
Hafidzi MN

2008/9/4 Lotfi al-Fikri <[EMAIL PROTECTED]>

>   Assalamu 'alaykum wr wb!
>
> Macam tak betul saja senarai yang dberikan tu tadi... rasanya itu kadar
> tahun lepas. Berikut diberikan kadar tahun ini.
>
> Berita Harian juga memaparkan kepala berita yang tidak jujur dan *
> mischievous* apabila menjeritkan bahawa "Kadar kenaikan zakat tertinggi di
> Kelantan" (saya tukar di bawah ini). Memang betul kadar kenaikannya yang
> paling tinggi, tetapi sengaja tidak disebut bahawa kadar yang paling tinggi
> ialah di Terengganu (RM8.00) dan yang paling rendah pula ialah di Selangor
> dan Pulau Pinang (RM5.00).
>
> Saya hairan juga kenapa perbedaan yang teramat ketara di antara
> negeri-negeri ini... bukankah sepatutnya dikira daripada nilai makanan ruji
> setempat... yang semuanya sama, iaitu beras/nasi? Takkan beras di Selangor
> jauh lebih murah daripada beras di Kelantan dan Terengganu kot?
>
> Wassalam.
>
> Ainullotfi
>
> Kadar zakat seluruh negara tahun ini
>
> KUALA LUMPUR: Kadar zakat fitrah tahun ini di seluruh negara meningkat di
> antara 50 sen dan RM2.80 dengan Kelantan mencatatkan kadar tertinggi iaitu
> RM7.60 berbanding RM4.80 tahun lalu.
>
> Kenaikan kadar itu dipercayai ada kaitan dengan peningkatan kos sara hidup
> berikutan kenaikan harga minyak serta kenaikan harga beras baru-baru ini.
>
> Hanya dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Selangor mengekalkan kadar lama
> iaitu, masing-masing RM5 dan RM5.20.
>  Selain Kelantan, dua negeri yang menaikkan zakat fitrah yang agak tinggi
> tahun ini ialah Terengganu dengan kenaikan RM2.50 kepada RM8, selain Pahang
> juga naik RM2.50 kepada RM7.30.
>
> Wilayah Persekutuan hanya menaikkan kadar zakat fitrah sebanyak 50 sen
> kepada RM5.20 berbanding RM4.70 tahun lalu.
>
> Sepanjang Ramadan ini, kebanyakan Majlis Agama Islam negeri membuka kaunter
> kutipan zakat setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari
> bekerja, manakala pada cuti hujung minggu dan cuti umum bermula jam 9 pagi
> hingga 3 petang.
>
> *INFO: Kadar bayaran zakat mengikut negeri*
>
>    - JOHOR - 2007 RM5.00 manakala 2008 RM6.50.
>    - KEDAH � 2007 RM5.00 manakala 2008 RM7.00.
>    - KELANTAN � 2007 RM4.80 manakala 2008 RM7.60.
>    - MELAKA � 2007 RM4.70 manakala 2008 RM 6.30.
>    - NEGERI SEMBILAN � 2007 RM5.00 manakala 2008 RM6.50.
>    - PULAU PINANG � RM5.00 untuk 2007 dan 2008.
>    - PAHANG � 2007 RM4.80 manakala 2008 RM7.30.
>    - PERAK � 2007 RM5.00 manakala 2008 RM7.00.
>    - PERLIS � 2007 antara RM5.00 hingga RM6.00 manakala 2008 antara RM6.00
>    hingga RM7.00.
>    - SABAH � 2007 RM5.20 manakala 2008 RM7.20.
>    - SARAWAK � 2007 RM5.20 manakala 2008 RM7.50.
>    - SELANGOR � RM5.20 untuk 2007 dan 2008.
>    - TERENGGANU � 2007 antara RM4.80 hingga RM5.50 manakala 2008 antara
>    RM6.00 hingga RM8.00.
>    - WILAYAH PERSEKUTUAN � 2007 RM4.70 manakala 2008 RM5.20.
>
>
>
> 2008/9/4 -aShItAnO sensei- <[EMAIL PROTECTED]>
>
>>   *   *
>>
>> : Kadar zakat fitrah mengikut negeri
>>
>>  Zakat Fitrah according to states
>>
>>    - Johor = RM5.00
>>    - Melaka = RM4.70
>>    - Negri Sembilan = RM5.00
>>    - Selangor = RM5.20
>>    - Kuala Lumpur/Putrajaya = RM4.70
>>    - Penang = RM5.00
>>    - Kedah = RM5.00
>>    - Perlis = RM5.00
>>    - Perak = RM5.00
>>    - Pahang = RM4.80
>>    - Kelantan = RM4.80
>>    - Terengganu
>>                        Grade A = RM5.50
>>                        Grade B = RM5.00
>>                        Grade C = RM4.20
>>    - Sarawak = RM5.20
>>    - Sabah = RM5.20
>>
>>
>  
>

Kirim email ke