Salam kengkawan

FYI, TQ.

---------- Forwarded message ----------
From: Lotfi al-Fikri <[EMAIL PROTECTED]>
Date: 2008/9/4
Subject: Re: [Islah-Net] Kadar zakat fitrah mengikut negeri
To: -aShItAnO sensei- <[EMAIL PROTECTED]>
Cc: Islah-Net <[email protected]>, JIMJ Net <
[EMAIL PROTECTED]>


   Assalamu 'alaykum wr wb!

Macam tak betul saja senarai yang dberikan tu tadi... rasanya itu kadar
tahun lepas. Berikut diberikan kadar tahun ini.

Berita Harian juga memaparkan kepala berita yang tidak jujur dan *
mischievous* apabila menjeritkan bahawa "Kadar kenaikan zakat tertinggi di
Kelantan" (saya tukar di bawah ini). Memang betul kadar kenaikannya yang
paling tinggi, tetapi sengaja tidak disebut bahawa kadar yang paling tinggi
ialah di Terengganu (RM8.00) dan yang paling rendah pula ialah di Selangor
dan Pulau Pinang (RM5.00).

Saya hairan juga kenapa perbedaan yang teramat ketara di antara
negeri-negeri ini... bukankah sepatutnya dikira daripada nilai makanan ruji
setempat... yang semuanya sama, iaitu beras/nasi? Takkan beras di Selangor
jauh lebih murah daripada beras di Kelantan dan Terengganu kot?

Wassalam.

Ainullotfi

Kadar zakat seluruh negara tahun ini

KUALA LUMPUR: Kadar zakat fitrah tahun ini di seluruh negara meningkat di
antara 50 sen dan RM2.80 dengan Kelantan mencatatkan kadar tertinggi iaitu
RM7.60 berbanding RM4.80 tahun lalu.

Kenaikan kadar itu dipercayai ada kaitan dengan peningkatan kos sara hidup
berikutan kenaikan harga minyak serta kenaikan harga beras baru-baru ini.

Hanya dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Selangor mengekalkan kadar lama
iaitu, masing-masing RM5 dan RM5.20.
Selain Kelantan, dua negeri yang menaikkan zakat fitrah yang agak tinggi
tahun ini ialah Terengganu dengan kenaikan RM2.50 kepada RM8, selain Pahang
juga naik RM2.50 kepada RM7.30.

Wilayah Persekutuan hanya menaikkan kadar zakat fitrah sebanyak 50 sen
kepada RM5.20 berbanding RM4.70 tahun lalu.

Sepanjang Ramadan ini, kebanyakan Majlis Agama Islam negeri membuka kaunter
kutipan zakat setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari
bekerja, manakala pada cuti hujung minggu dan cuti umum bermula jam 9 pagi
hingga 3 petang.

*INFO: Kadar bayaran zakat mengikut negeri*

   - JOHOR - 2007 RM5.00 manakala 2008 RM6.50.
   - KEDAH � 2007 RM5.00 manakala 2008 RM7.00.
   - KELANTAN � 2007 RM4.80 manakala 2008 RM7.60.
   - MELAKA � 2007 RM4.70 manakala 2008 RM 6.30.
   - NEGERI SEMBILAN � 2007 RM5.00 manakala 2008 RM6.50.
   - PULAU PINANG � RM5.00 untuk 2007 dan 2008.
   - PAHANG � 2007 RM4.80 manakala 2008 RM7.30.
   - PERAK � 2007 RM5.00 manakala 2008 RM7.00.
   - PERLIS � 2007 antara RM5.00 hingga RM6.00 manakala 2008 antara RM6.00
   hingga RM7.00.
   - SABAH � 2007 RM5.20 manakala 2008 RM7.20.
   - SARAWAK � 2007 RM5.20 manakala 2008 RM7.50.
   - SELANGOR � RM5.20 untuk 2007 dan 2008.
   - TERENGGANU � 2007 antara RM4.80 hingga RM5.50 manakala 2008 antara
   RM6.00 hingga RM8.00.
   - WILAYAH PERSEKUTUAN � 2007 RM4.70 manakala 2008 RM5.20.



2008/9/4 -aShItAnO sensei- <[EMAIL PROTECTED]>

>    *   *
>
> : Kadar zakat fitrah mengikut negeri
>
>   Zakat Fitrah according to states
>
>    - Johor = RM5.00
>    - Melaka = RM4.70
>    - Negri Sembilan = RM5.00
>    - Selangor = RM5.20
>    - Kuala Lumpur/Putrajaya = RM4.70
>    - Penang = RM5.00
>    - Kedah = RM5.00
>    - Perlis = RM5.00
>    - Perak = RM5.00
>    - Pahang = RM4.80
>    - Kelantan = RM4.80
>    - Terengganu
>                        Grade A = RM5.50
>                        Grade B = RM5.00
>                        Grade C = RM4.20
>    - Sarawak = RM5.20
>    - Sabah = RM5.20
>
>




-- 
Leaders Live Enrollment!

Visit my Amanah2u Blog http://islamicfinance2u.blogspot.com

GALLERY 1 http://www.new.facebook.com/profile.php?id=523313603&v=photos

GALLERY 2 http://picasaweb.google.co.uk/islamicfinance2u/

Thanks & regards

FATKURRADZI JAMIL
BA Hons Acc (UK), Dip in Acc (UiTM)
Islamic Unit Trust Consultant
***********************************************
013-391 2695
[EMAIL PROTECTED]
YM ID : fatkurradzi
Skype ID : fatkurradzi
***********************************************
Unit Trust www.publicmutual.com.my
***********************************************

Kirim email ke