Assalamu 'alaykum wr wb! Memang tak dipertikaikan kuasa negeri-negeri ke atas hal ehwal agama Islam mengikut Perlembagaan dan Undang-undang. Itu telah termaktub.
Walau bagaimanapun kadar zakat fitrah ialah perkara yang telah ditetapkan oleh syara', yang hampir disepakati ulama' sebagai satu sya' atau satu gantang Baghdad, yang didalamnya telah merangkumi kos sara hidup (sebab turun naik harga makanan ruji berkait dengan kos sara hidup). Belum ada dengar fatwa menentukan kadar zakat firah dengan cara atau kaedah yang lain lagi. Begitu juga, Majlis Fatwa Kebangsaan telah tetapkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke57 pada 10 Jun 2003 bahawa (rujuk http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=148): a) Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS bagi beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Bagdhdad bersamaan 2.60kg. b) Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras Vietnam White Rice bagi negeri Sabah dan Thai White Rice bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70kg. Soalan asalnya ialah adakah begitu ketara sekali perbedaan harga beras di antara negeri-negeri, sedangkan harga beras memang dikawal? Rasanya jawapannya senang sahaja nak dicari... pergi ke kedai dan tengok harga yang berkaitan. Atau ada sesiapa pekedai runcit (Pasar Raya Bestari?) di sini yang boleh menjawabnya? Kita takut kalau kita bayar tidak mencukupi syarat satu gantang Baghdad, maka apakah kesannya terhadap hukum zakat fitrah kita tahun tersebut, sedangkan zakat ialah salah satu daripada Rukun Islam. Wassalam. Ainullotfi p.s. Penerangan berikut juga bermanfaat: http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/08/zakat-fitrah-dengan-wang-dan-nilai.html 2008/9/4 Hafidzi Mohd Noor <[EMAIL PROTECTED]> > Salam, > Agama Islam adalah bidang kuasa negeri-negeri di Persekutuan Tanah Melayu > di bawah jadual 9 Perlembagaan Malaysia. Setiap negeri berwenang untuk > menentukan enakmen masing-masing yang berkaitan dengan pentadbiran agama > Islam termasuk bab zakat. Sebab itu tidak ada penyelarasan dan setiap negeri > mempunyai formula yang tersendiri untuk menetapkan kadar zakat fitrah. Kalau > kita lihat pengagihan zakat negeri-negeripun berbeza. Negeri Perlis > umpamanya memulangkan 1/2 dari zakat yang dilunaskan kepada pembayar zakat > untuk diagihkan kepada mana-mana istitusi pilihannya yang telah dipersetujui > oleh Lembaga zakat. Terengganu kalau tidak silap hanya memulangkan 1/4 > (mungkin silap). > > Tetapi memang benar, harga beras adalah standard di semua negeri. > Sepatutnya kadar zakat bagi setiap negeri adalah sama. Tetapi mungkin juga > kadar ini ditentukan oleh peningkatan kos sara hidup. Jika begitu > peningkatan kos sara hidup meningkat paling tinggi di Terengganu dan > Kelantan berbanding negeri maju seperti Selangor. > > Wallahu'alam > Hafidzi MN > > 2008/9/4 Lotfi al-Fikri <[EMAIL PROTECTED]> > >> Assalamu 'alaykum wr wb! >> >> Macam tak betul saja senarai yang dberikan tu tadi... rasanya itu kadar >> tahun lepas. Berikut diberikan kadar tahun ini. >> >> Berita Harian juga memaparkan kepala berita yang tidak jujur dan * >> mischievous* apabila menjeritkan bahawa "Kadar kenaikan zakat tertinggi >> di Kelantan" (saya tukar di bawah ini). Memang betul kadar kenaikannya yang >> paling tinggi, tetapi sengaja tidak disebut bahawa kadar yang paling tinggi >> ialah di Terengganu (RM8.00) dan yang paling rendah pula ialah di Selangor >> dan Pulau Pinang (RM5.00). >> >> Saya hairan juga kenapa perbedaan yang teramat ketara di antara >> negeri-negeri ini... bukankah sepatutnya dikira daripada nilai makanan ruji >> setempat... yang semuanya sama, iaitu beras/nasi? Takkan beras di Selangor >> jauh lebih murah daripada beras di Kelantan dan Terengganu kot? >> >> Wassalam. >> >> Ainullotfi >> >> Kadar zakat seluruh negara tahun ini >> >> KUALA LUMPUR: Kadar zakat fitrah tahun ini di seluruh negara meningkat di >> antara 50 sen dan RM2.80 dengan Kelantan mencatatkan kadar tertinggi iaitu >> RM7.60 berbanding RM4.80 tahun lalu. >> >> Kenaikan kadar itu dipercayai ada kaitan dengan peningkatan kos sara hidup >> berikutan kenaikan harga minyak serta kenaikan harga beras baru-baru ini. >> >> Hanya dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Selangor mengekalkan kadar lama >> iaitu, masing-masing RM5 dan RM5.20. >> Selain Kelantan, dua negeri yang menaikkan zakat fitrah yang agak tinggi >> tahun ini ialah Terengganu dengan kenaikan RM2.50 kepada RM8, selain Pahang >> juga naik RM2.50 kepada RM7.30. >> >> Wilayah Persekutuan hanya menaikkan kadar zakat fitrah sebanyak 50 sen >> kepada RM5.20 berbanding RM4.70 tahun lalu. >> >> Sepanjang Ramadan ini, kebanyakan Majlis Agama Islam negeri membuka >> kaunter kutipan zakat setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada >> hari bekerja, manakala pada cuti hujung minggu dan cuti umum bermula jam 9 >> pagi hingga 3 petang. >> >> *INFO: Kadar bayaran zakat mengikut negeri* >> >> - JOHOR - 2007 RM5.00 manakala 2008 RM6.50. >> - KEDAH � 2007 RM5.00 manakala 2008 RM7.00. >> - KELANTAN � 2007 RM4.80 manakala 2008 RM7.60. >> - MELAKA � 2007 RM4.70 manakala 2008 RM 6.30. >> - NEGERI SEMBILAN � 2007 RM5.00 manakala 2008 RM6.50. >> - PULAU PINANG � RM5.00 untuk 2007 dan 2008. >> - PAHANG � 2007 RM4.80 manakala 2008 RM7.30. >> - PERAK � 2007 RM5.00 manakala 2008 RM7.00. >> - PERLIS � 2007 antara RM5.00 hingga RM6.00 manakala 2008 antara >> RM6.00 hingga RM7.00. >> - SABAH � 2007 RM5.20 manakala 2008 RM7.20. >> - SARAWAK � 2007 RM5.20 manakala 2008 RM7.50. >> - SELANGOR � RM5.20 untuk 2007 dan 2008. >> - TERENGGANU � 2007 antara RM4.80 hingga RM5.50 manakala 2008 antara >> RM6.00 hingga RM8.00. >> - WILAYAH PERSEKUTUAN � 2007 RM4.70 manakala 2008 RM5.20. >> >>

