Salam kepada sahabat semua;

Nama saya Nizam, seorang arkitek yang sedang menjalankan kajian mengenai
masjid-masjid di negara kita dan interaksinya dengan masyarakat. Ketika ini
saya dalam peringkat pengumpulan data dan feedback daripada orang ramai.
Saya memohon jasa baik saudara/saudari netters semua dapat memberikan apa
sahaja feedback / pendapat / komen / cadangan / keluhan / idea atau apa
sahaja yang lahir dari benak saudara /saudari mngenai masjid yang ada
dipersekitaran kita sekarang ini. Contohnya feedback yang telah saya
perolehi adalah:

a) Masjid adalah satu instusi yang tidak dapat manjana pendapatan sendiri
dan bergantung kepada bantuan dan dana daripada luar
b) Masjid sepatutnya lebih 'ceria' dan 'bersemangat' dan bukannya kelihatan
suram
c) Orang muda takut ke masjid / gerun dengan masjid

Pandangan daripada sahabat-sahabat daripada bukan muslim juga amat-amat
dihargai.

Bantuan daripada saudara saudari amatlah saya hargai dan saya pohon doa agar
kajian saya terhadap institisi masjid ini akan dapat dijayakan.

Sekian Terima kasih.
Ikhlas
Nizam

Kirim email ke