Salam saudara Nizam, Apa yang saya cadangkan kepada saudara nizam sebagai seorang arkitek: Bangunan mesjid yang mesra umat. - Konsep terbuka iaitu (tanpa pintu), saya tak faham sebab apa mesjid kita ada pintu (contoh mesjid tiada berpintu ialah mesjid Kapitan keling di Pulau Pinang). - Mempunyai kemudahan asas kepada semua termasuk musafir seperti berikut: 1. Kelengkapan memasak (dapur). 2. Tempat bermalam (untuk wanita). 3. Tempat mandi. 4. Kemudahan membasuh pakaian. - Menyediakan kemudahan kepada penduduk tempatan bertujuan untuk menarik minat: - Mini market. - Dobi. - Perpustakaan. - Pusat tiusyen. Kalau perlu caj yang dikenakan ialah rendah daripada caj luar. Ini bagi mengelakkan tanggapan mesjid menjadi institusi perniagaan. Dengan caj yang rendah membawa konsep kebajikan dan secara tak langsung akan menarik minat ramai orang berjinak2 dgn mesjid. Wassalam
To: [email protected]: [email protected]: Mon, 12 Jan 2009 08:49:49 -0800SSubject: [Islah-Net] Mohon Feedback: Kajian Terhadap Masjid Salam kepada sahabat semua;Nama saya Nizam, seorang arkitek yang sedang menjalankan kajian mengenai masjid-masjid di negara kita dan interaksinya dengan masyarakat. Ketika ini saya dalam peringkat pengumpulan data dan feedback daripada orang ramai. Saya memohon jasa baik saudara/saudari netters semua dapat memberikan apa sahaja feedback / pendapat / komen / cadangan / keluhan / idea atau apa sahaja yang lahir dari benak saudara /saudari mngenai masjid yang ada dipersekitaran kita sekarang ini. Contohnya feedback yang telah saya perolehi adalah:a) Masjid adalah satu instusi yang tidak dapat manjana pendapatan sendiri dan bergantung kepada bantuan dan dana daripada luarb) Masjid sepatutnya lebih 'ceria' dan 'bersemangat' dan bukannya kelihatan suramc) Orang muda takut ke masjid / gerun dengan masjidPandangan daripada sahabat-sahabat daripada bukan muslim juga amat-amat dihargai. Bantuan daripada saudara saudari amatlah saya hargai dan saya pohon doa agar kajian saya terhadap institisi masjid ini akan dapat dijayakan. Sekian Terima kasih. Ikhlas Nizam _________________________________________________________________ What can you do with the new Windows Live? Find out http://www.microsoft.com/windows/windowslive/default.aspx

