Nampaknya orang kita tak minat dah gotong royong ni. Walaupun Bala Wabak Denggi 
melanda negara orang buat tak kisah je. Halaman rumah depan belakang semak 
samun tak kisah, apatah lagi nak gotong royong bersih taman perumahan, surau, 
kubur dan sebagainya. Kita dah sibuk dengan Astro, Facebook, SMS, Cyber Cafe , 
Saham , MLM , Part Time , Kopitian , Pasir , Konsert , Drift , Rempit , Politik 
, dan lain-lain. Gotong royong ni buang masa je.

Macam mana nak gotong royong , ramai yang saya jumpa buat part time. Cikgu pun 
buat part time kontrak wiring. Apa taknya, semua kos sara hidup dah meningkat, 
minyak naik harga, gula naik, elektrik naik , saman ekor lagi.

Tapi yang peliknya anak-anak muda, remaja, belia yang tak bekerja ramai pula 
melepak di pasaraya, tepi jalan, ronda-ronda ke hulu ke hilir naik motosikal, 
emak bapa tunggang langgang kerja nak tanggung dia orang.

Kisah sebelum ini Semangat Gotong Royong Melayu Makin Luntur di
http://waghih.blogspot.com/2010/07/semangat-gotong-royong-melayu-makin.html 

****************************** 
Gotong-royong kurang sambutan 
Sinar Harian 29 Julai 2010 

RUMAH RAKYAT LUKUT – Program Gotong-royong Ganyang Aedes di Rumah Rakyat Lukut 
kurang mendapat sambutan penduduk. 

Menerusi 700 jumlah isi rumah, hanya satu peratus sahaja keluar melaksanakan 
kerja gotong-royong. 

Tinjauan Sinar Harian mendapati tenaga kerja dalam kalangan ahli Combi dijemput 
membantu menjayakan program berkenaan. 

Penduduk terlibat hanya beberapa orang dengan jumlah kecil disertai beberapa 
kanak-kanak menyertai pertandingan mengumpul sampah. 

Penduduk ditemui, Latifah Nor Abd Rahman, 57, berkata, dia kecewa melihat tidak 
ramai penduduk keluar bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar taman itu. 

“Hanya beberapa orang sahaja keluar bergotong-royong dan mujur dibantu dua 
pasukan Combi dari taman perumahan lain serta kakitangan pejabat Jabatan 
Kesihatan Daerah, Majlis Perbandaran Port Dickson dan SWM. 

“Sebenarnya majoriti penduduk di sini bekerja dengan pihak swasta, justeru, 
pada setiap Sabtu memerlukan mereka bekerja dan ada yang jadualnya kerjanya 
mengikut syif,” katanya pada Program Gotong-royong Ganyang Aedes. 

Menurutnya, kebiasaannya pada Ahad adalah hari cuti mereka dan jika program 
gotong-royong diadakan pada berkenaan, kemungkinan mendapat sambutan 
menggalakkan. 

Sementara itu, seorang penduduk lagi, Rohani Zainal Abidin, 52, berkata, 
kebanyakan sampah ditemui adalah tayar buruk dan tong cat. 

“Sebenarnya jika mahu diceritakan banyak faktor menyebabkan pembiakan nyamuk 
Aedes di kawasan ini, antaranya disebabkan kekangan waktu pemilik rumah 
berkenaan,” katanya. 

Ketua kampung, Dzul Ghaffar Hussin berkata, Program Gotong-royong Ganyang Aedes 
itu diadakan kerana sejak kebelakangan ini jumlah penduduk dijangkiti denggi 
semakin meningkat. 

“Berikutan itu, gotong-royong berkenaan untuk menghentikan jangkitan itu. 
Bagaimanapun, rekod daripada Jabatan Kesihatan Daerah menunjukkan pesakit 
denggi memperoleh jangki-tan denggi bukan di kawasan perumahan ini. 

“Ada yang dijangkiti di kawasan pejabat dan mendapat cuti serta balik ke 
kampung seterusnya mendapatkan rawatan di klinik kesihatan di sini,” katanya. 

Dzul Ghaffar berkata, walaupun punca jangkitan bukan daripada kawasan taman 
perumahan di sini, perkara itu perlu dianggap serius dan langkah pencegahan 
perlu digerakkan supaya semua tempat menjadi potensi pembiakan nyamuk Aedes 
dapat dihapuskan. 

“Semua penduduk perlu memainkan peranan masing-masing membersihkan kawasan 
dalam dan luar rumah mereka,” katanya. 

Rumah Rakyat Lukut terletak di kawasan pekan Lukut dan mempunyai 700 penduduk 
daripada 200 unit rumah di sini.  

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8002815.asp 




      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke